ADUN terbabit Wong Ho Leng telah dirawat di Rejang Medical Center, Sibu akibat sakit barah otak. Pada 2 Mei 2014 yang lalu beliau berada dalam keadaan koma.
Bagaimanapun tiada pilihan raya kecil akan diadakan kerana tarikh akhir mengadakan pilihan raya kecil bagi kerajaan negeri Sarawak penggal ini ialah 20 Jun 2014.
Mendiang menjadi ADUN kawasan ini sejak 2006. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Sibu apabila menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada 2010.
Undang-undang pilihan raya negara ini menetapkan tiada lagi pilihan raya kecil selepas genap tiga tahun pemerintahan sesebuah kerajaan negeri atau persekutuan.
-nblo-
No comments:
Post a Comment