Showing posts with label PARLIMEN KJ. Show all posts
Showing posts with label PARLIMEN KJ. Show all posts

Friday, November 7, 2014

Majlis Penyampaian Sijil Tabika KEMAS PEKA Kg Lindungan

Majlis Penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar Tabika KEMAS Peka telah diadakan pada 5 November 2014 dan dirasmikan oleh Saudara Rodzi Ahmad, Setiausaha UMNO Bahagian Kelana Jaya. Saudara Rodzi telah mewakili YBhg Datuk Yusoff HM Haniff, selaku Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Admin mengucapkan setinggi-tinggi tahnniah kepada pelajar Tabika KEMAS yang telah menamatkan persekolahan bagi tahung 2014. Semoga anak murid sekelian terus sukses!


Thursday, November 6, 2014

Rumah Terbuka Deepavali IPF Malaysia 2014

Pada 2 November 2014, telah diadakan Rumah Terbuka Deepavali IPF Malaysia 2014 di padang Blok 5, Desa Mentari. Majlis diserikan dengan kehadiran Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Noh Omar dan isteri, Datuk Noraini Ahmad, Madam Ong Chong Swen, Mr Loh Seng Kok serta rombongan dari UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Kelihatan begitu ramai warga India telah hadir memeriahkan rumah terbuka ini. Admin ucapkan terima kasih kerana sudi menjemput warga UMNO Bahagian Kelana Jaya dan terima kasih juga di atas layanan yang diberikan


Program Ziarah Jumaat @ SS9 Sg Way

Program Ziarah Jumaat ini telah diadakan pada 31 Oktober 2014 bertempat di kawasan perumahan SS9 Sg Way. Program ini bertujuan melawat penduduk setempat dan para sahabat UMNO Bahagian Kelana Jaya yang uzur. Sedikit sumbangan dihulurkan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung. Program ini dianjurkan oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Terima kasih UMNO Bahagian Kelana Jaya serta syabas kepada Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kelana Jaya. Kepada penduduk di komuniti Kelana Jaya dan sahabat UMNO yang keuzuran, kami di sini mendoakan agar kalian cepat sembuh 


Sunday, October 26, 2014

Kejohanan Bola Jaring Terbuka Anjuran Aktivis Muda Kelana Jaya & JPP Zon 11 & 13

Pada 26 Oktober 2014 yang lepas, telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Terbuka yang dianjur oleh Aktivis Muda Kelana Jaya bersama JPP Zon 11 & 13. Acara diadakan di Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya dan disertai oleh 16 pasukan bertanding. 

Pasukan-pasukan yang bertanding ialah:

1) PUS
2) ZPC Team 
3) BSJ Havoc Team 
4) SGC United 
5) Akhbar
6) Huffaz Netball Team (HNT)
7) S.M Pilocious
8) Victorious Secret 
9) Cereal Killers 
10) Main Je Lar
11) BSP Team 
12) Darkhorses
14) Lagend
15) Untitled
16) MMU Melaka 

Acara telah dimulakan seawal 8 pagi dan berakhir pada jam 7 malam. Taniah kepada pemenang!

Majlis pembukaan dirasmikan oleh YBhg Datuk Hj Yusoff HM Haniff, Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya & Majlis penutup dirasmikan oleh Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Sdri Zahida Zarik Khan

Friday, October 24, 2014

Walkabout Biro Kebajikan @ PJS 6, Kg Lindungan

UMNO Bahagian Kelana Jaya, Biro Kebajikan UMNO Bahagian & Pengerusi JPPP Zon PJS  6, Kg Lindungan telah mengadakan walkabout di sekitar PJS 6 bagi melihat sendiri nasib penduduk sekitar. Program walkabout ini telah diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 1436H.

Tahniah admin ucapkan di atas keprihatinan UMNO Bahagian Kelana Jaya


Friday, October 10, 2014

Sekitar Majlis Ibadah Korban di Surau Nur Hidayah, Kg Lindungan

Di sini admin kongsikan bersama beberapa keping gambar Majlis Ibadah Korban di Surau Nur Hidayah, Kg Lindungan. Sekiranya ada yang ingin berkongsi gambar bersama kami, sila email di: umnokelanajaya@gmail.com

Terima kasih kepada semua yang menjayakan ibadah kurban. 


Majlis Penyerahan Lembu Korban & Sumbangan

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang lepas, UMNO Bahagian Kelana Jaya telah menyumbangkan lembu kurban dan sumbangan Hari Raya Aidiladha kepada wakil-wakil JPPP (Jawatankuasa Perwakilan Persatuan Penduduk) untuk diserahkan kepada surau-surau, masjid-masjid dan Persatuan Penduduk di kawasan Komuniti Kelana Jaya. Sumbangan disampaikan oleh YBhg Datuk Haji Yusoff HM Haniff, Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya. Majlis telah diadakan pada 4 Oktober 2014 bertempat di perkarangan Surau Nur Hidayah, Kg Lindungan.

Tahniah admin ucapkan. Semoga pahala ibadat korban ini diterima Allah SWT


Saturday, October 4, 2014

Program Ziarah Kasih bersama Belia

Program Ziarah Kasih telah diadakan selama 2 hari bermula 27 September 2014. Program ini dianjurkan bersama Persatuan Belia dan UMNO Bahagian Kelana Jaya. Program ini bertujuan untuk menghulurkan sumbangan kepada golongan susah di sekitar komuniti Kelana Jaya sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal kunjung tiba. 

Tahniah admin ucapkan kepada UMNO Bahagian Kelana Jaya dan Persatuan Belia di atas kejayaan progam ini. Admin harap agar sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban keluarga yang menerima 


Tuesday, September 16, 2014

Isu Sampah: Penduduk marah Nik Nazmi

Ni apa punya cite ni... dah patut ditukarkan aje ataupun buat la rumah sampah ooooiiii... YB Nik Nazmi ( PKR ) hang pantau la kawasan hang ni...klu Sultan Selangor sendiri boleh murka ngan Parti hang apatah lagi kami rakyat biasa... buat keje tu bior ler betoi nor..... hang tolong jawab sat...


Wednesday, September 10, 2014

Serbuan Maruku oleh MBPJ. Dalam Petaling Jaya tak ada satu perniagaan haram selain maruku.


Petaling Jaya kawasan yang dimenangi oleh Tony Pua DAP hasil pilihan Melayu Petaling Jaya. Baru sahaja sebentar tadi masa kelihatan seorang pakcik tua yang berumur 60 ke atas baru saja hendak memulakan perniagaan. Pakcik yang membawa roda 3 dan sebuah payung bersama maruku bersama penimbang akhirnya dirampas didalam serbuan mengejut kerana kesalah menjual maruku secara haram. Pakcik yang tidak sempat menjual walau satu maruku itu akhirnya telah diberi surat saman berserta barangnya dirampas. Pakcik itu dilihat merayu rayu sehingga hampir menangis supaya jangan mengambil marukunya. Tindakan MBPJ seakan memberi isyarat bahawa didalam Petaling Jaya negeri Selangor tidak ada satu rumah urut dan internet judi didalam Petaling Jaya.


The 7 Dangerous Acts after meal



* Don't smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).

* Don't eat fruits immediately -When you eat your fruits with meals, the fruit is stuck in the stomach along with the contents of the meals and cannot reach the intestines in time. Lying there they get spoilt and spoil the remaining food in the stomach too. Thus it is recommended that you eat a fruit at least one hour after eating a meal or before your meal and preferably in the morning with empty stomach. It is in the morning that the body can best use the nutrients in the fruit and get enough energy to start the day.

Tuesday, September 9, 2014

Imigresen Dibuka Pada Hari Ahad Menyusahkan?



Ada penduduk setempat mengadu kepada admin bahawa Imigresen yang dibuka pada hari Ahad menyusahkan kerana hanya satu kaunter saja yang dibuka. Akibatnya orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu giliran yang sangat lama. 

Monday, September 8, 2014

Coretan untuk mereka yang masih tidak memiliki rumah…

Agak lama saya tidak menulis dan berkongsi sesuatu di blog Tips Hartanah.. kekangan masa dengan kerja pengurusan aset dan menguruskan pejabat baru membuatkan masa saya sangat terhad.  Tiba-tiba pagi ni terasa seperti ingin berkongsikan sesuatu… apabila melihat kawan-kawan dan kenalan yang masih ada tidak memiliki rumah – walaupun ada umur yang sudah lanjut 40an.

Bantahan Penduduk ke atas Pembinaan Gereja 4 Tingkat di Kawasan Majoriti Melayu

Admin memang tunggu masa jer nak tengok penduduk Islam setempat membantah pembinaan gereja ni. Admin takde niat nak menghasut. Tapi admin tertanya-tanya apakah motif gereja dibina di kawasan majoriti penduduk Melayu beragama Islam? Kenapa projek ini diluluskan oleh MBPJ? Admin sedih mengenangkan masa depan agama Islam di Tanah Melayu.


Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil @ Surau Ikhtifiqiah SS5D

Majlis dianjurkan oleh Biro Dakwah Islamiah UMNO Bahagian Kelana Jaya bertempat di Surau Ikhtifiqiah Jalan SS5D pada 4 Septerber yang lepas. Majlis dimulai dengan Solat Mahgrib berjemaah, di ikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil dan diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah. 

Warga UMNO Bahagian Kelana Jaya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas layanan dan kerjasama yang diberikan. Semoga ikatan ukhwah ini berkekalan. 


Sunday, August 31, 2014

Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan PTPTN 2014

Majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN anjuran bersama UMNO Bahagian Kelana Jaya selaku tuan rumah, UMNO Bahagian Shah Alam dan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Majlis telah diadakan pada 26 Ogos di Kompleks Kastam Kelana Jaya. Majlis dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor. Tahniah diucapkan kepada mahasiswa-mahasiswa yang menjejakkan kaki ke menara gading. Selamat Maju Jaya dari kami, UMNO Bahagian Kelana Jaya.   


Thursday, August 28, 2014

Hari Kesihatan, Desa Mentari Blok 2

Pada 24 Ogos yang lepas telah berlangsungnya Hari Kesihatan di Desa Mentari Blok 2. Antara prograam yang diadakan ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk-penduduk di sekitar Blok 2, Desa Mentari.

UMNO Bahagian Kelana Jaya berharap agar warga komuniti di sekitar Parlimen Kelana Jaya menjaga kesihatan dan kekal sihat. 

-Amalkan Gaya Hidup Sihat!- 


Wednesday, August 27, 2014

Sumbangan kepada bakal Haji

Sempena musim Haji yang bakal mengunjung tiba, satu acara kecil-kecilan bagi memberi sumbangan kepada bakal haji diadakan pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO bahagian Kelana Jaya. 

Semoga bakal-bakal Haji mendapat Haji Mabrur dan selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air


Perlancaran Tabung Gaza Palestin

Perlancaran kutipan derma Tabung Gaza, Palestin turut diadakan pada Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kelana Jaya. Sebanyak RM3,666.00 berjaya dikutip pada majlis tersebut dan diberikan kepada Persatuan Aman Palestin Berhad.

Terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang menghulurkan sumbangan. Juga terima kasih kepada para hadirin yang menjayakan Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan umat Islam di Palestin, Syria, SelatanThailand dan di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia.


Rumah Terbuka Persatuan Penjaja Kiosk Angsana & Community Policing


Ybhg Datuk Haji Yusoff HM Haniff , Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya bersama Ajk UMNO Bahagian Kelana Jaya di Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Anjuran Persatuan Penjaja Kiosk Angsana dan Community Policing