Sunday, October 26, 2014

Kejohanan Bola Jaring Terbuka Anjuran Aktivis Muda Kelana Jaya & JPP Zon 11 & 13

Pada 26 Oktober 2014 yang lepas, telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Terbuka yang dianjur oleh Aktivis Muda Kelana Jaya bersama JPP Zon 11 & 13. Acara diadakan di Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya dan disertai oleh 16 pasukan bertanding. 

Pasukan-pasukan yang bertanding ialah:

1) PUS
2) ZPC Team 
3) BSJ Havoc Team 
4) SGC United 
5) Akhbar
6) Huffaz Netball Team (HNT)
7) S.M Pilocious
8) Victorious Secret 
9) Cereal Killers 
10) Main Je Lar
11) BSP Team 
12) Darkhorses
14) Lagend
15) Untitled
16) MMU Melaka 

Acara telah dimulakan seawal 8 pagi dan berakhir pada jam 7 malam. Taniah kepada pemenang!

Majlis pembukaan dirasmikan oleh YBhg Datuk Hj Yusoff HM Haniff, Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya & Majlis penutup dirasmikan oleh Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Sdri Zahida Zarik Khan

Friday, October 24, 2014

Walkabout Biro Kebajikan @ PJS 6, Kg Lindungan

UMNO Bahagian Kelana Jaya, Biro Kebajikan UMNO Bahagian & Pengerusi JPPP Zon PJS  6, Kg Lindungan telah mengadakan walkabout di sekitar PJS 6 bagi melihat sendiri nasib penduduk sekitar. Program walkabout ini telah diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 1436H.

Tahniah admin ucapkan di atas keprihatinan UMNO Bahagian Kelana Jaya


Friday, October 10, 2014

Majlis Tahlil Allahyarham Tn Hj Zakaria Badar

Pada lewat malam 7 Oktober yang lepas, AJK Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya, Saudara Zaidi Mazalan turut meluangkan masa  menghadiri Majlis Tahlil dan bacaan Yassin Allahyarham Tn Hj Zakaria Badar yang meninggal dunia pada Hari Raya Aidiladha yang lepas. 

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para Solehin


Majlis Tahlil Allahyarham En. Ismail Ali

Pada 7 Oktober yang lalu, AJK Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya, Saudara Zaidi Mazalan telah menghadiri Majlis Tahlil Allahyarham En. Ismail Ali. Allahyarham merupakan AJK UMNO Cawangan Taman Dato Hormat.

Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham



Sekitar Majlis Ibadah Korban di Surau Nur Hidayah, Kg Lindungan

Di sini admin kongsikan bersama beberapa keping gambar Majlis Ibadah Korban di Surau Nur Hidayah, Kg Lindungan. Sekiranya ada yang ingin berkongsi gambar bersama kami, sila email di: umnokelanajaya@gmail.com

Terima kasih kepada semua yang menjayakan ibadah kurban. 


Majlis Penyerahan Lembu Korban & Sumbangan

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang lepas, UMNO Bahagian Kelana Jaya telah menyumbangkan lembu kurban dan sumbangan Hari Raya Aidiladha kepada wakil-wakil JPPP (Jawatankuasa Perwakilan Persatuan Penduduk) untuk diserahkan kepada surau-surau, masjid-masjid dan Persatuan Penduduk di kawasan Komuniti Kelana Jaya. Sumbangan disampaikan oleh YBhg Datuk Haji Yusoff HM Haniff, Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya. Majlis telah diadakan pada 4 Oktober 2014 bertempat di perkarangan Surau Nur Hidayah, Kg Lindungan.

Tahniah admin ucapkan. Semoga pahala ibadat korban ini diterima Allah SWT


Saturday, October 4, 2014

Program Ziarah Kasih bersama Belia

Program Ziarah Kasih telah diadakan selama 2 hari bermula 27 September 2014. Program ini dianjurkan bersama Persatuan Belia dan UMNO Bahagian Kelana Jaya. Program ini bertujuan untuk menghulurkan sumbangan kepada golongan susah di sekitar komuniti Kelana Jaya sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal kunjung tiba. 

Tahniah admin ucapkan kepada UMNO Bahagian Kelana Jaya dan Persatuan Belia di atas kejayaan progam ini. Admin harap agar sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban keluarga yang menerima