Sunday, August 31, 2014

Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta



MALAYSIA;
Di sini lahirnya sebuah cinta.

Cinta teragung pada negara
Tak terucap oleh kata-kata
Marilah kita bersatu segera
Badan dan nyawa jadi senjata.

Perjuangan kemerdekaan belum berakhir


Kemerdekaan Negara yang kita nikmati ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri dan wajib dipelihara dengan penuh rasa cemburu. Cemburu dengan usaha-usaha gigih pihak yang tidak suka Islam mewarnai kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. 

Di sini lahirnya sebuah cinta

SEKADAR RENUNGAN.



Menghayati makna sebuah lagu mestilah dengan ilmu dan kefahaman yang mendalam. Tanpa ilmu sejarah dan kefahaman lagu akan hanya tinggal lagu jika tidak dihayati dan difahami betul-betul. Lagu juga ada kaitan dengan sejarah. Begitulah tema Hari Kebangsaan ke-57 kali ini. “Malaysia; Di sini lahirnya sebuah cinta.” Ada rasa cinta yang mendalam.

Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan PTPTN 2014

Majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN anjuran bersama UMNO Bahagian Kelana Jaya selaku tuan rumah, UMNO Bahagian Shah Alam dan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Majlis telah diadakan pada 26 Ogos di Kompleks Kastam Kelana Jaya. Majlis dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor. Tahniah diucapkan kepada mahasiswa-mahasiswa yang menjejakkan kaki ke menara gading. Selamat Maju Jaya dari kami, UMNO Bahagian Kelana Jaya.   


Album Genjatan Senjata setelah Peperangan 51 Hari Gaza

Inilah erti kemerdekaan bagi penduduk Gaza & Palestin yang telah berjuang menentang tentera Zionis. Melalui peperangan ini, rakyat seluruh dunia telah bersatu hati memboikot produk-produk Israel. Rakyat seluruh dunia bersatu hati mengeji Israel. Akhirnya setelah berperang selama 51 hari, rakyat Palestin menyambut Aidilfitri yang sebelum ini tidak terdaya menyambutnya. Inilah semangat kental rakyat Palestin. Semoga kejayaan ini berkekalan. Al-Fatihah kepada para syuhada yang syahid.


Thursday, August 28, 2014

Sempena Genjatan Senjata di Gaza



Ahli Biro Politik HAMAS, Izzat Al-Risyq berkata:

1. Israel tidak mencapai apa-apa kejayaan dalam operasi ketenteraan mereka selama 51 hari ini melainkan satu jenayah perang ke atas penduduk awam yang kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.

KRONOLOGI KRISIS POLITIK DI SELANGOR



Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.

Rumah Tebuka Datuk Seri Datuk FD Iskandar

UMNO Bahagian Kelana Jaya meluangkan masa memenuhi undangan Rumah Terbuka Datuk Seri Datuk FD Iskandar yang juga merupakan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kelana Jaya. Majlis diadakan di kediaman beliau pada 24 Ogos 2014. Majlis turut diserikan dengan bacaan Doa Selamat sempena anak beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Warga UMNO Bahagian Kelana Jaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat maju jaya kepada anak Datuk Seri. Terima Kasih atas layanan  Datuk Seri & Keluarga 


Hari Kesihatan, Desa Mentari Blok 2

Pada 24 Ogos yang lepas telah berlangsungnya Hari Kesihatan di Desa Mentari Blok 2. Antara prograam yang diadakan ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk-penduduk di sekitar Blok 2, Desa Mentari.

UMNO Bahagian Kelana Jaya berharap agar warga komuniti di sekitar Parlimen Kelana Jaya menjaga kesihatan dan kekal sihat. 

-Amalkan Gaya Hidup Sihat!- 


Undangan Majlis Perkahwinan Anak-anak Fuad Tukiman

Di dalam kesibukan menghadiriRumah Terbuka, warga UMNObahagian Kelana Jaya sempat memenuhi undangan Majlis Perkahwinan anak-anak Fuad Tukiman, OTAI UMNO Bahagian Kelana Jaya. Saudara Fuad Tukiman mengahwinkan ketiga-tiga anak lelakinya serentak di Dewan Serbaguna Kompleks Kastam, Kelana Jaya. Majlis berlangsung pada 24 Ogos 2014.

Ramai OTAI-OTAI UMNO Bahagian Kelana Jaya hadir ke majlis tersebut. Semoga ikatan silaturahim antara OTAI-OTAI ini terus berkelalan ke generasi seterusnya.

Terima Kasih kepada saudara Fuad Tukiman dan keluarga di atas jemputan dan layanan yang diberikan. Kami doakan pasangan pengantin terus kekal bahagia ke anak cucu


Memenuhi Undangan Perkahwinan anak Zali Khemah

Terima kasih diucapkan kepada Zali Khemah dan keluarga di atas jemputan walimatulurus anak beliau yang berlangsung di Kg. Lindungan. Majlis telah diadkan pada 24 Ogos 2014. Taniah kepada pasangan pengantin baru. 


Wednesday, August 27, 2014

Sumbangan kepada bakal Haji

Sempena musim Haji yang bakal mengunjung tiba, satu acara kecil-kecilan bagi memberi sumbangan kepada bakal haji diadakan pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO bahagian Kelana Jaya. 

Semoga bakal-bakal Haji mendapat Haji Mabrur dan selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air


Merdeka Raya UMNO Bahagian Kelana Jaya.. "Disini Lahirnya Sebuah Cinta"

Majlis Sambutan Rumah Terbuka UMNO Bahagian Kelana Jaya yang turut diadakan dalam bulan Kemerdekaan diserikan dengan sambutan Ambang Kemerdekaan. Nyanyian lagu-lagu Patriotik dan deklamasi sajak-sajak Kemerdekaan menjadi aktiviti utama sambutan Ambang Kemerdekaan.

Marilah kita Rakyat Malaysia menanamkan sifat-sifat Patriotisme terhadap negara di dalam diri kita. 
-DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA- 


Perlancaran Tabung Gaza Palestin

Perlancaran kutipan derma Tabung Gaza, Palestin turut diadakan pada Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kelana Jaya. Sebanyak RM3,666.00 berjaya dikutip pada majlis tersebut dan diberikan kepada Persatuan Aman Palestin Berhad.

Terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang menghulurkan sumbangan. Juga terima kasih kepada para hadirin yang menjayakan Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan umat Islam di Palestin, Syria, SelatanThailand dan di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia.


Warna-warni Aidilfitri UMNO bahagian Kelana Jaya 1435H

Keseronokan dan keceriaan terpancar di setiap wajah para hadirin di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Kelana Jaya. Majlis yang diadakan pada 24 Ogos lepas bertempat di perkarangan Pejabat UMNO bahagian Kelana Jaya dihadiri oleh warga UMNO Bahagian, wakil dari Parti Komponen BN dan wakil-wakil dari UMNO bahagian serta UMNO Selangor, NGO-NGO dan penduduk setempat.

Terima kasih kami ucapkan kepada para hadirin yang bersama-sama kami memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1435H ini. Semoga jalinan silaturahim ini terus berkekalan. Sehingga kita bertemu di Aidilfitri tahun hadapan.


Rumah Terbuka Aidilfitri Zuhri Othman

UMNO Bahagian Kelana Jaya serta Ajk UMNO Bahagian Kelana Jaya berbesar hati memenuhi undangan Rumah Terbuka Aidilfitri Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya, Saudara Zuhri Othman ... Terima Kasih di atas layanan yang diberikan


Rumah Terbuka Persatuan Penjaja Kiosk Angsana & Community Policing


Ybhg Datuk Haji Yusoff HM Haniff , Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya bersama Ajk UMNO Bahagian Kelana Jaya di Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Anjuran Persatuan Penjaja Kiosk Angsana dan Community Policing

Rumah Terbuka Aidilfitri IPD USJ8

UMNO Bahagian Kelana Jaya memenuhi jemputan Majlis Rumah Terbuka anjuran IPD USJ8, Subang Jaya pada 23 Ogos 2014. 

Terima Kasih di atas jemputan. Semoga ikatan uthwah ini terus terjalin


Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan ke-2 PERKOBF

Ybhg Datuk Haji Yusoff HM Haniff, Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 2 PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Selangor.

Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia



Tuesday, August 26, 2014

Khalid digesa permudah peralihan kuasa

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa memudahkan proses peralihan kuasa jawatan Menteri Besar Selangor dan mengembalikannya kepada PR untuk meredakan kemarahan rakyat terhadapnya.

Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, Abdul Khalid ketika menghadap sembah Sultan Selangor petang ini perlu menasihatkan Tuanku supaya menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendapat sokongan majoriti Adun.

Kembalikan Hak Rakyat Selangor

alt
 
BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Asas kepada prinsip demokrasi ialah hak rakyat menentukan pihak mana yang wajar membentuk kerajaan dan mengetuai kerjaan itu untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal, kebajikan dan menjaga kepentingan rakyat.

Kenyataan Akhbar Istana Bukit Kayangan Berhubung Menteri Besar Selangor

Sultan Selangor menangguhkan perletakan jawatan TS Khalid Ibrahim sehinggga Menteri Besar Selangor yang baru dipilih. Baginda Sultan Selangor juga meminta pemimpin parti PKR, DAP dan PAS mengemukakan lebih dari dua nama dari parti masing-masing untuk Baginda memilih calon Menteri Besar yang baru.

Apakah peranan Sultan dalam kemelut Menteri Besar Selangor?



Kemelut jawatan Menteri Besar di Selangor mempunyai impak mendalam kepada pemahaman dan perkembangan undang-undang Perlembagaan. Persoalan undang-undang Perlembagaan yang mempunyai jalur persoalan sama telah berlaku di Perak dahulu dan ia telah selesai dengan keputusan mahkamah. Peristiwa sebegini sudah tentu memberikan kita peluang untuk mengenali ‘diri’ dan negeri, serta seterusnya negara kita dalam konteks perundangan; supaya kita lebih mengenali dan dapat menentukan prinsip amalan demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan dan seterusnya demokrasi beraja kita.

Monday, August 25, 2014

Al-Fatihah: Hilangnya sebutir permata UMNO Bahagian Kelana Jaya, Allahyarham Mat Rapi

Pada 22 Ogos yang lalu, warga UMNO Bahagian Kelana Jaya telah dikejutkan dengan berita perginya saudara Mat Rapi menemui penciptanya. Allahyarham merupakan seorang yang aktif di dalam Pergerakan UMNO Bahagian Kelana Jaya. Al-Fatihah


Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Arwah & Doa Selamat

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Arwah & Doa Selamat khas untuk ahli keluarga rakan-rakan UMNO Bahagian Kelana Jaya serta semua yang telah kembali ke Rahmatullah, MH370 & MH17 serta Doa Selamat utk Negara Kita Malaysia bersempena Hari Kemerdekaan ke-57 "Disini Lahirnya sebuah CINTA". Majlis telah diadakan pada hari Kahmis, 21 Ogos 2014 bertempat di Surau Al-Akidah, Jalan SS7/28, Kelana Jaya.

Terima kasih kepada semua Muslimin dan Muslimat yang hadir. Semoga roh-roh para sahabat dan umat Islam sekelian dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Serta tahniah buat negara Malaysia yang bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-57 tahun.


Sunday, August 24, 2014

Gambar Rasmi Hari Berkabung MH17 Malaysia 22 Ogos 2014

Gambar rasmi sekitar hari berkabung Malaysia bagi menghormati tragedi MH17 pada 22 Ogos 2014. Pada Jumaat, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa telah bersatu hati menyertai istiadat penghormatan terakhir 20 jenazah kumpulan pertama warga Malaysia yang selamat tiba di KLIA dari Amsterdam pada pukul 10.15 pagi. Suasana hari berkabung negara begitu pilu dengan kehadiran waris mangsa serta orang awam yang turut serta memberi perhormatan terakhir jenazah nahas MH17.Pada masa yang sama, seluruh rakyat juga telah bertafakur selama 1 minit yang diumumkan menerusi saluran radio dan televisyen. Terdahulu, pesawat MH17 bersama 298 penumpang maut akibat ditembak jatuh di Sempadan Ukraine pada 17 Julai 2014 yang lalu. Untuk info, jenazah kumpulan kedua nahas MH17 akan tiba di KLIA pada ahad 24 Ogos 2014.


List of Defamation Court Cases LOST by Pakatan Rakyat leaders since GE13

1) 21 Aug 2014 

PKR VP and MP for Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar loses case for slandering her election opponent, Raja Nong Chik for corruption just 1 day before GE13. Nurul had been charged with paying RM10 million by Raja Nong Chik

Nurul Izzah reads out public apology in court and expresses regret.

http://www.malaysiakini.com/news/272326

PAS Terengganu Bidas PKR : 'Jangan Jadikan Kami Kambing Hitam'

alt


KUALA TERENGGANU 24 Ogos - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu hari ini mengingatkan PKR supaya tidak menjadikan pihaknya sebagai kambing hitam ekoran kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hari Potensi Kanak Kanak Tabika Kemas Daerah Petaling 2014

Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS Daerah Petaling 2014 diadakan di Dewan Serbaguna KASTAM, Kelana Jaya. Majlis dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Datuk Hj Yusoff  HM Haniff pada 20 Ogos 2014. 

Pelbagai potensi kanak-kanak prasekolah yang telah ditonjolkan. Antaranya, Tilawah Al-Quran, berpidato dan hasil kraftangan.

UMNO Bahagian Kelana Jaya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas layanan yang diberikan. Semoga kanak-kanak ini terus sukses!


Sunday, August 17, 2014

Rumah Terbuka PJS 4

UMNO Bahagian Kelana Jaya memenuhi jemputan Rumah Terbuka PJS 4 yang dianjurkan oleh keluarga Norazura Abdul Rahman, AJK Puteri UMNO bahagian Kelana Jaya. Terima Kasih di atas jemputan dan layanan yang diberikan


Rumah Terbuka Datuk Rozzana

UMNO Bahagian Kelana Jaya memenuhi jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Rozzana sekeluarga di kediaman mereka yang terletak di SS3, Kelana Jaya. Terima Kasih diucapkan kepada Datuk sekeluarga


Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Kelana Jaya

Pada 15 Ogos yang lepas, UMNO Bahagian Kelana Jaya telah memenuhi jemputan Rumah Terbuka anjuran Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Kelana Jaya, Saudara Hanisha Izaireen. Terima kasih di atas jemputan dan layanan yang diberikan


Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Kelana Jaya Bil. 8

Mesyuarat Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kelana Jaya Bil. 8 telah diadakan pada 15 Ogos 2014 yang lepas. Setelah selesai bermesyuarat, Datuk Abdul Halim Samad (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya) telah dikejutkan dengan sambutan ringkas Hari Lahir beliau. 

Selamat Hari Lahir, Datuk Abdul Halim Samad. Semoga Datuk terus berjuang dan berbakti kepada Nusa dan Bangsa di bawah UMNO


Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2014 Sek. Men. Keb. Seafield

YBHG DATUK HAJI YUSUFF H.M. HANIFF ,PEGAWAI KHAS KEPADA MENTERI PELAJARAN Y.A.B TIMBALAN PERDANA MENTERI TELAH BERBESAR HATI MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANG KOKURIKULUM 2014 SEK. MEN. KEB. SEAFIELD USJ 2, SUBANG JAYA. 


Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kelana Jaya 2014

Sayap Wanita UMNO Bahagian Kelana Jaya sangat proaktif. Mereka sentiasa bersemangat waja. Tahniah diucapkan kepada warga Wanita UMNO Bahagian Kelana Jaya yang mendahului Pemuda dan Puteri dalam mengadakan mesyuarat Perwakilan tahun 2014. Mesyuarat dirasmikan oleh Tan Sri Rafidah Aziz dan dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian (Datuk Yusoff HM Haniff), Naib Ketua UMNO Bahagian (Hj Abu Hasan Ashaari) dan AJKBahagian serta pemerhati-pemerhati. Mesyuarat telah diadakan dengan jayanya pada hari Rabu, 13 Ogos 2014 bertempat di Kelan Golf Negara Subang.


Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Puchong 2014

Terlebih dahulu admin ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada UMNO Bahagian Puchong di atas kejayaan mengadakan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri. Terima kasih juga kerana menjemput Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya sebagai wakil UMNO Selangor dan warga Pemuda UMNO Kelana Jaya sebagai pemerhati. Mesyuarat kali ke-11 ini diadakan di Palm Garden Hotel, IOI Resort. 


Mesyuarat Pelarasan Sambutan Aidilfitri


Mesyuarat Pelarasan Sambutan Aidilfitri UMNO Bahagaian Kelana Jaya pada 12 Ogos yang lepas. Mesyuarat memfokus kepada program Hari Raya dan beberapa program di masa akan datang

Takziah kepada Ahmad Sabki sekeluarga

 Dalam keseronokan menyambut Aidilfitri dan beraya sakan, warga UMNO Bahagian Kelana Jaya dikejutkan dengan kematian Puan Noraida Ahmad, isteri kepada Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kelana Jaya, Saudara Ahmad Sabki pada 8 Ogos 2014. Jenazah dimandikan serta disembahyangkan di Surau Norhidayah, Kg. Lindungan dan dikebumikan di kampungnya di Negeri Sembilan. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat-Nya dan dtempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh. 

Takziah diucapkan kepada Ahmad Sabki sekeluarga.

Rumah Terbuka Aidilfitri Noh Omar

Warga UMNO Bahagian Kelana Jaya telah berbesar hati memenuhi jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Deri Noh Omar dan Isteri Prof. Datin Seri  Dr Aishah Salleh di Pusat Konvensyen Shah Alam. Majlis diadakan pada hari Khamis, 7 Ogos 2014 antara jam 6 petang hingga 11 malam. Majlis diserikan dengan kehadiran Y.Bhg Tan Sri Muhyidin Yassin. Terima kasih kami ucapkan kepada Datuk Seri dan keluarga di atas layanan yang diberikan. 


Wednesday, August 13, 2014

TERKINI... KHALID IBRAHIM Batalkan Tempahan Stadium Melawati Untuk Konvensyen Nasional PKR!

Khalid Ibrahim terus-menerus menyakitkan hati Anwar Ibrahim dan PKR apabila hari ini dia membatalkan tempahan dewan bagi Kongres Tahunan PKR 2014 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 22 Ogos 2014 sehingga 24 Ogos 2014 nanti.

Selama ini, kebanyakan aktiviti PKR di Selangor dibiayai secara peribadi oleh Khalid Ibrahim. Bahkan PRK DUN Kajang turut dibiayai dengan menggunakan wang peribadinya, sehingga mencetuskan kemarahan Anwar Ibrahim apabila Khalid Ibrahim enggan menggunakan wang kerajaan negeri untuk aktiviti politik PKR.

Tuesday, August 12, 2014

LIVE UPDATE: Krisis MB Selangor – Suasana Mesyuarat EXCO Selangor


aa1

exco

Berikut merupakan liputan semasa ‘drama’ pada hari ini setelah Pemecatan 6 Ahli EXCO daripada PKR dan DAP Oleh MB semalam dan Arahan khas daripada Pakatan Rakyat yang telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi agar Exco PAS memboikot mesyuarat bersama Menteri Besar pada pagi ini.

Kerajaan Selangor Kini Milik PAS


alt
 
BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Allahu hu Akbar!!! Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Yang Maha Besar dengan kebesaranNya, Kepujian bagi Allah sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang, Tiada Tuhan melainkan Allah, tidak kami sembah melainkan Allah, Dengan tulus ikhlas kami beragama Islam keranaNya, Sekali pun dibenci oleh kafirun, musyrikun dan munafikun!

Surat Dari Istana Selangor Menolak Wan Azizah Untuk Mengadap, 6 EXCO DAP & PKR Dipecat!!!

Pihak Istana Selangor telah mengeluarkan Kenyataan Akhbar bertarikh hari ini antara lain perkenan daripada DYMM Sultan Selangor agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar, Baginda Sultan Selangor tidak berkenan menerima mengadap Presiden PKR, Dr Wan Azizah dan ketegasan Baginda tidak mahu campurtangan isu dalaman parti PKR.

Kemelut MB Selangor Memasuki Episod Baru

hadiklid


Oleh MZN

Pemecatan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dan DAP lewat petang tadi menyaksikan keberanian dan tindakan yang tidak dijangka oleh semua pihak termasuk Anwar Ibrahim dan sekutunya.

Khalid Pecat Exco PKR, DAP

Khalid Ibrahim

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan memecat tiga exco DAP dan tiga exco Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana membuat gagasan mengehadkan kuasa beliau sebagai menteri besar.

Monday, August 11, 2014

Kenapa Khalid Tersenyum bila mengadap Sultan ? Ada Khabar Gembira Kah?



Menurut sumber yang rapat dengan Pejabat Khalid Ibrahim, beberapa orang ADUN BN sudah mula mengorak langkah untuk menubuhkan “Kerajaan Perpaduan Melayu” di Selangor. Ekoran sikap lantang DAP yang menyerang Khalid kerana isu Bible dan isu isu yang berkaitan agama Islam maka ada beberapa ADUN sudah mula memikirkan langkah untuk bersatu demi agama Islam.

Krisis makin meruncing, ada ADUN mahu sertai Abdul Khalid?


KUALA LUMPUR: Krisis Selangor dilihat semakin meruncing apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor dikatakan akan meninggalkan parti dan menyertai Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas.

Belum pun sehari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai MB, difahamkan tiga ADUN PKR sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, terutama terhadap Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.