Tuesday, August 12, 2014

LIVE UPDATE: Krisis MB Selangor – Suasana Mesyuarat EXCO Selangor


aa1

exco

Berikut merupakan liputan semasa ‘drama’ pada hari ini setelah Pemecatan 6 Ahli EXCO daripada PKR dan DAP Oleh MB semalam dan Arahan khas daripada Pakatan Rakyat yang telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi agar Exco PAS memboikot mesyuarat bersama Menteri Besar pada pagi ini.


12.35 Tengahari – Sidang Media Menteri Besar Selangor bersama 4 Ahli Exco PAS

m1

12.30 Tengahari – ‘Arahan pemecatan enam exco PKR dan DAP diperkenan Sultan Selangor dan perlu kosongkan pejabat,’ kata Setiausaha kerajaan Selangor.

12.10 Tengahari – Sedang berlangsung sidang media Oleh Bekas EXCO yang telah dipecat.
Antara kandungan kenyataan sidang media ialah :-
- Mereka mendakwa tindakan MB memecat mereka adalah menyalahi undang – undang tubuh kerajaan negeri selangor.
- Mereka juga mendakwa bahawa MB tidak pernah mengadap sultan bagi memperoleh perkenan sultan untuk memecat Ahli exco PKR dan DAP. Kini MB mengaku pula akan menulis surat rasmi kepada sultan. Oleh itu MB telah jelas salah guna kuasa dan mandat yangg diberi oleh Pakatan Rakyat.
- Oleh itu, mereka menyeru MB untuk meletakkan jawatan secara terhormat kerana kehilangan mandat exco daripada PKR, DAP dan rakyat. MB juga telah hilang mandat dari PKR dan DAP setelah dipecat daripada PKR. Bekas exco yang dipecat juga merayu agar MB segera melepaskan jawatan dengan segera agar keadaan politik di selangor stabil dan perkembangan ekonomi tidak terbantut.
- Oleh kerana proses pemecatan yang tidak sah dan melanggar undang – undang tubuh kerajaan negeri, maka mereka membuat keputusan akan kekal sebagai exco dan akan menjalankan tugas – tugas seperti biasa.

aa4

11.15 Pagi – Ketibaan Bekas EXCO, EAN YONG HIAN WAH, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram.
Beliau menyatakan bahawa tindakan MB memecat EXCO tidak sah mengikut undang – undang.
Beliau juga mengesa MB berundur dan memberi kuasa kepada rakyat memilih kerajaan baru ( Pilihanraya Negeri Selangor ).
 
ean

10.30 Pagi – Ketibaan Bekas EXCO, ELIZABETH WONG KEAT PING Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar ke bekas pejabatnya.

eli

10.10 Pagi – Kesemua 4 EXCO PAS dan MB telah masuk kedalam bilik mesyuarat kerajaan negeri tanpa kehadiran bekas Exco daripada PKR dan DAP.

9.46 Pagi – Ketibaan EXCO Y.B. TUAN DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia & Sukan, Infrastruktur & Kemudahan Awam.
Ditanya mengenai gesaan PKR dan DAP supaya exco PAS memulaukan mesyuarat exco hari ini, Yunus berkata, beliau hadir pagi ini demi rakyat dan atas arahan parti.
“Saya telah dipilih oleh Sultan. Saya bertugas untuk rakyat.
“Saya hadir hari ini atas arahan parti, ” katanya.
Ketika ditanya lagi, adakah beliau mengingkari arahan daripada Pakatan Yunus berkata, “Jangan tanya soalan yang provokasi, tak baik,”.

aa3

9.45 Pagi – Ketibaan EXCO Y.B. TUAN SALLEHEN BIN MUKHYI, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa. Beliau memberi ucapan ringkas, ‘ Saya dilantik rakyat untuk bekerja untuk rakyat”.
Ketika ditanya berkenaan kemungkinan ADUN UMNO akan dilantik mengisi kekosongan kerusi EXCO yang ditinggalkan oleh DAP dan PKR, beliau menjawab ” soal sama ada untuk memilih exco daripada Umno tidak timbul memandangkang parti itu merupakan pembangkang di Selangor”.

9.41 Pagi – Ketibaan EXCO Dr. HALIMAH BINTI ALI. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan & Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan.

9.40 Pagi – Ketibaan Bekas EXCO DATUK TENG CHANG KHIM, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan. Beliau berkata akan masuk pejabat macam biasa kerana ada temujanji dengan Dewan Perniagaan berkaitan pelaburan. Beliau juga tidak akan masuk mesyuarat EXCO dan mendakwa kerajaan selangor telah dihijack oleh Independent.

aa

9.30 Pagi – Ketibaan Bekas EXCO, GANABATIRAU VERAMAN, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin.

aa2

9.15 Pagi – ketibaan Menteri Besar Selangor di Bangunan SUK, Shah Alam.

9.00 Pagi – Ramai pihak media sedang menanti di perkarangan bangunan SUK.

sukk


- Suara Generasi Baru-

No comments:

Post a Comment