Sunday, August 24, 2014

Gambar Rasmi Hari Berkabung MH17 Malaysia 22 Ogos 2014

Gambar rasmi sekitar hari berkabung Malaysia bagi menghormati tragedi MH17 pada 22 Ogos 2014. Pada Jumaat, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa telah bersatu hati menyertai istiadat penghormatan terakhir 20 jenazah kumpulan pertama warga Malaysia yang selamat tiba di KLIA dari Amsterdam pada pukul 10.15 pagi. Suasana hari berkabung negara begitu pilu dengan kehadiran waris mangsa serta orang awam yang turut serta memberi perhormatan terakhir jenazah nahas MH17.Pada masa yang sama, seluruh rakyat juga telah bertafakur selama 1 minit yang diumumkan menerusi saluran radio dan televisyen. Terdahulu, pesawat MH17 bersama 298 penumpang maut akibat ditembak jatuh di Sempadan Ukraine pada 17 Julai 2014 yang lalu. Untuk info, jenazah kumpulan kedua nahas MH17 akan tiba di KLIA pada ahad 24 Ogos 2014.



Gambar Wajah 20 Jenazah Kumpulan Pertama Tiba Di KLIA 22 Ogos 2014

Gambar Rasmi Hari Berkabung MH17 Malaysia 22 Ogos 2014
20 jenazah warga Malaysia yang selamat tiba di tanah air akan diberi penghormatan terakhir di Kompleks Bunga Raya KLIA sebelum dikebumikan ke kampung halaman masing-masing.










 







No comments:

Post a Comment