Monday, August 25, 2014

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Arwah & Doa Selamat

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Arwah & Doa Selamat khas untuk ahli keluarga rakan-rakan UMNO Bahagian Kelana Jaya serta semua yang telah kembali ke Rahmatullah, MH370 & MH17 serta Doa Selamat utk Negara Kita Malaysia bersempena Hari Kemerdekaan ke-57 "Disini Lahirnya sebuah CINTA". Majlis telah diadakan pada hari Kahmis, 21 Ogos 2014 bertempat di Surau Al-Akidah, Jalan SS7/28, Kelana Jaya.

Terima kasih kepada semua Muslimin dan Muslimat yang hadir. Semoga roh-roh para sahabat dan umat Islam sekelian dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Serta tahniah buat negara Malaysia yang bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-57 tahun.









No comments:

Post a Comment