Showing posts with label BANI JAWI. Show all posts
Showing posts with label BANI JAWI. Show all posts

Friday, September 19, 2014

Melayu Pengecut Tak Pernah Pertahankan Tanah Melayu – Vincent Choo

image
Betul ka melayu tak pernah pertahankan negara didalam perang?
Betul jugak tu.. setau Pisau la..selama ini cina cina inilah yang bangkit pertahankan negara..ramai yang terkorban..ramai yang cedera dan ramai anak anak cina menjadi yatim piatu..
Tahukah korang di negara yang bergelar tanah melayu tetapi kedaulatannya di pertahankan oleh bangsa pendatang cina..
So..selama ini menurut Vincent Choo kita sudah ditipu oleh Umno BN..tugu negara patut ditukar harus letakkan patung patung pejuang cina.. barulah pengorbanan pendatang dihargai..
Justeru Pisau berharap sangatlah melayu belacan di negara ini jangan perasan sangatlah!
Pisau kata ” patutlah puak ni tuntut sama rata..”

Thursday, September 18, 2014

Bumiputera, kepada yang bukan Bumiputera

Ketika perlembagaan didrafkan, warga Malaya menganggap itu adalah kompromi terbaik. Imigran Cina dan India telah tinggal di situ hanya selama 2 generasi, paling lama. (kecuali golongan peranakan Cina dan India (Chitty Peranakan) yang telah menetap sejak 1400an).

Pertama sekali saya ingin mengajak anda membayangkan senario ini. Bayangkan dalam masa 8 tahun, generasi kedua bagi 6-8 juta orang Bangladesh, Indonesia dan Nepal mula menuntut kewarganegaraan secara beramai-ramai, berbekalkan fakta mereka dilahirkan di Malaysia, bercakap Bahasa Melayu lebih baik dari orang Malaysia sendiri dan menjalani gaya hidup orang Malaysia.

Thursday, September 11, 2014

Senarai Masalah Orang Melayu Bumiputera.


Salam kerajaan yang menang memerintah hasil undian Melayu Bumiputera pada PRU13. Ini adalah 33 usul dan cadangan yang secara kritikal apa kami orang Melayu mahu. 33 usul ini adalah ditujukan kepada semua Ketua Pemuda, Exco Pemuda, Ketua Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan, GLC GLC, Menteri Menteri dan Penasihat Penasihat yang memainkan peranan dalam pembuat dasar. Tidak perlu bersusah payah membuat kajian. BBCD disini menyampaikan hasrat dan dilema melayu. Harap korang dapat click share, kongsi, copy paste dan printscreen itu diajukan kepada semua.

1. ISA dan Akta Khas Agama Islam serta Institusi Raja

Wednesday, September 10, 2014

Melayu Masih Ada Juara kah ? @ Misi Mencari Pemimpin Melayu


Dalam video kedua komen dari Tan Sri Sanusi ini, beliau ada memberi satu saranan atau cabaran yang bernas kepada orang Melayu dalam misi kita mengisi kelompangan yang jelas terasa dalam bentuk seorang Juara Melayu. 

Sunday, September 7, 2014

Amaran buat Cauvinis : 7 Wasiat Raja-Raja Melayu


alt


BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Saya menerima pengkisahan dibawah daripada seorang rakan-cyber, dan saya mahu berkongsinya dengan rakan sahabat semua sebagai pengajaran dan iktibar untuk renungan kita bersama!

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan bukan Melayu yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan  Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut.

Saturday, July 19, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Dol Said

Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Wednesday, July 9, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Datuk Maharaja Lela


Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili datang ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Datuk Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Datuk Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).

Sunday, June 29, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Dato' Bahaman


Nama sebenar Dato' Bahaman adalah Abdul Rahman. Ayahnya bernama Tuanku Imam Nuh berasal dari Bangkinang. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman, anak Tok Setia Perkasa Semantan yang berketururnan Bugis dari Sulawesi Selatan. Beliau juga lebih dikenali sebagai Seman adalah seorang yang pandai bersilat dan juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu sehinggakan sungai itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang pembesar bernama Dato' Bahaman . Punca utama pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang , terutamanya sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan British ke atas kawasannya.

Tuesday, June 24, 2014

Bagaimana Freemason Menjajah Malaysia?

Siapa Ahli Freemason Malaysia?


Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini.

Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.

Friday, June 20, 2014

Isu Raja Berperlembagaan.


Semalam ada orang tanya saya, apa fungsi raja dalam kehidupan seharian kita?

Saya kata TAK ADA FUNGSI.
==========================================================================

Lepas tu dia kata lagi, kalau camtu kita pi hapus je lah raja-raja ni.

Saya kata tak boleh bro.....

Pasal apa pulak?

Sunday, June 15, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Mat Hassan Panglima Munas (Tok Janggut)


Inggeris cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki tersebut dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.
PROFIL
HAJI MAT HASSAN PANGLIMA MUNAS
Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).
Sumbangan: pejuang kebebasan Kelantan.

Monday, June 9, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Panglima Tok Rashid

Nama Panglima Tok Rashid yang berasal dari Sg Daun, Yan, Kedah mula disebut secara umum oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Ahmad pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dalam mengkisahkan asal usul silat tersebut. Di ceritakan bahawa Tok Rashid telah mempelajari ilmu daripada Panglima Ismail dan turut mengantikannya sebagai Panglima Kanan Negeri Kedah.

Sunday, June 8, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Haji Sulong Al-Fatani


Seorang daripada ulama di nusantara yang terbabit dalam perjuangan menegakkan Islam ialah Haji Sulong Al-Fatani. Nama sebenarnya ialah Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir bin Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin Ahmad Al-Fatani. Beliau yang merupakan pejuang Islam yang dianggap sesetengah pihak sebagai ’Imam Bonjol Patani’ bukan sahaja menghabiskan usianya menegakkan syiar agamanya tetapi mengakhiri hayatnya untuk perjjuangan Islam.

Peristiwa kematian Haji Sulong Al-Fatani diselebungi misteri hingga sekarang kerana selepas dipanggil menemui seorang pegawai penyiasat polis, dia terus hilang. Kehilangan Haji Sulong Al-Fatani itu menjadi tampatan hebat kepada umat Islam Patani kerana mereka bukan saja kehilangan tokoh agama tetapi juga seorang pejuang Islam.

Monday, June 2, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Panglima Ismail

Panglima Ismail merupakan seorang panglima kanan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845), sultan Kedah Darul Aman yang ke 22. Semasa pemerintahan baginda terdapat beberapa peperangan antara negeri Kedah dan Thai sehingga baginda terpaksa melarikan diri ke Perak, Melaka dan sehingga ke Temasik kerana Inggeris tidak mahu memberi pelindungan.

Wednesday, May 28, 2014

USUL MANSUH RAMD AKAN DIBAWA JIKA MENANG PRK TELUK INTAN - DYANA SOFYA

SELEPAS statement calon DAP Teluk Intan untuk tidak menyokong perlaksanaan hudud di parlimen jika menang, kali ini statement panas daripada wakil DAP ini semakin berbaur perkauman walaupun kepada kaumnya sendiri. Mansuhkan Rejimen Askar Melayu Di Raja. 

Jika calon DAP ini menang, satu usul akan dibawa ke parlimen untuk membuka penyertaan kaum lain terutama bangsa Cina ke dalam Rejimen Askar Di Raja. Dan seterusnya membuang terus perkataan Melayu kerana dikatakan kerajaan Malaysia lebih mengutamakan Melayu daripada bangsa lain. 

Adat Berkabung Kemangkatan Sultan Perak




Pada zaman dahulu, Istiadat Berkabung dilaksanakan dengan setiap orang lelaki dalam istana bercukur dan wanita berkerat rambut. Kini, istiadat berkabung cuma ada kaitan dengan peraturan pakaian dan pembatalan acara rasmi sahaja.

Istiadat Kemangkatan Raja Pemerintah Negeri Perak




Apabila seseorang Raja Pemerintah mangkat maka adalah menjadi tanggungjawab dan kerja Setiausaha Dewan Negeri Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri mengumumkan perkara yang menyedihkan itu kepada semua Raja-Raja, Orang Besar-besar dan rakyat jelata.

Innalillah.. Kemangkatan Sultan Azlan Shah. Rakyat Perak berduka



Gambar: Alfatihah. Dengan rasa sedih dan hibanya dimaklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat petang tadi. Semoga Allah merahmati Roh Baginda. Amin.

Al-Fatihah

Sultan Azlan Shah, Sultan Perak mangkat pada 3:42 Ptg, 8 Mei 2014.

Perkara ini diumumkan oleh menteri besar Datuk Seri Zambry Abd Khadir secara langsung di RTM hari ini.

Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.

Semua hiburan dan keraian ditangguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari esok sebagai tanda berkabung.

Jenazah almarhun akan dibawa ke Istana Kuala Kangsar esok pagi dan aka dimakamkan selepas Asar.

Friday, May 23, 2014

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (HMM): Siam Lancang dalam HMM - Realiti atau Fantasi?

AssalamuAlaikum, Salam Sejahtera kepada semua!

Kali ini saya mahu mengajak anda mengkaji lagi rahsia di dalam Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). Mari kita lihat bagaimana 'READ BETWEEN THE LINES' dalam konteks menterjemah maksud tersirat dalam HMM. Di akhir artikel ini anda akan dapati pencerahan secara akademik bagaimana plot yang diambil dari HMM ini sebenarnya adalah bayangan kepada kisah sejarah yang sebenarnya terjadi di Indochina,beribu-ribu tahun dahulu melalui 'cross-reference' dengan riwayat-riwayat asing,catatan atau ulasan dari sejarahwan.Saya akan ajak anda kaji secara akademik dan logik,bukan angguk-angguk cakap wasiat orang mati yang dah ditokok tambah dari mulut ke mulut atau percaya repekan 'pendatangness' yang memang buta sejarah.

Kisah bani Jawi dalam Tafsir Ibnu Kathir & Ibnu Athir

 


 Bangsa Melayu adalah teras yang utuh bagi Bani Jawi yang berketurunan terus dari nabi Ibrahim a.s.