Thursday, September 11, 2014

Senarai Masalah Orang Melayu Bumiputera.


Salam kerajaan yang menang memerintah hasil undian Melayu Bumiputera pada PRU13. Ini adalah 33 usul dan cadangan yang secara kritikal apa kami orang Melayu mahu. 33 usul ini adalah ditujukan kepada semua Ketua Pemuda, Exco Pemuda, Ketua Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan, GLC GLC, Menteri Menteri dan Penasihat Penasihat yang memainkan peranan dalam pembuat dasar. Tidak perlu bersusah payah membuat kajian. BBCD disini menyampaikan hasrat dan dilema melayu. Harap korang dapat click share, kongsi, copy paste dan printscreen itu diajukan kepada semua.

1. ISA dan Akta Khas Agama Islam serta Institusi Raja


Wujudkan semula akta ISA. Wujudkan akta khas yang lebih kukuh dalam melindungi Agama Islam dan Institusi Raja. Tekankan juga penekanan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah didalam rincian Islam supaya jelas apa yang boleh dipraktikkan. Memberi penekanan terhadap isu Melayu murtad dan mahukan penukaran agama. Wujudkan akta jika menghina perlembagaan akan dikenakan tindakan. Kemas kini semula sejarah bangsa Melayu kerana Melayu dihina seawal di sekolah rendah.

2. Sekolah Vernakular dan Papan tanda

Hapus Sekolah Vernakular dan wujudkan mata pelajaran tambahan Bahasa Cina dan India bermula sekolah rendah kebangsaan. Hentikan beri bajet besar kepada Sekolah Vernakular. Wujudkan segera sekolah wawasan. Kesemua papan tanda jalan dan nama kedai perlu menggunakan Bahasa Melayu.

3. Warga Asing, Pekerja Asing, Peniaga Asing

Peniaga Asing: Tarik lesen meniaga yang sewa kepada peniaga asing. Dapatkan akta supaya premis perniagaan tidak jatuh atau tidak dapat dijual atau dibeli dari pemilik Melayu Bumiputera.

Pekerja Asing: Kawalan terhadap kuantiti pekerja asing. Hadkan pengeluaran Visa kepada warga asing. Gaji RM900 perlu kawalan kerana pekerja asing nikmati sama. Pemandu teksi warga asing dan bas tidak dibenarkan.

Warga Asing: Operasi sifar pendatang asing besar besaran contoh di Kg Pandan, Kg Bharu dan Dato Keramat (contoh sahaja)

4. Selaraskan Jabatan Penguatkuasa Demi Halang Warga Asing

Selaraskan sistem kastam, imegresen, polis, jpj supaya warga asing perlu menyelesaikan saman sebelum keluar Malaysia sehingga selesai. Naikkan lagi cukai VEP Malaysia. Jika mahu menaikkan cukai VEP ke tahap yang sangat maksimum setanding cukai yang Singapura kenakan, jadi gunakan kaedah pemegang IC biru bagi melindungi mereka dengan menerima diskaun.

5. Perumahan Kos Rendah, Pemaju Swasta dan Pembelian Warga Asing

Harga rumah pemaju swasta terlampau mahal. Buat kuota pada warga asing beli rumah untuk kawal harga rumah. Jangan biarkan REHDA mengawal harga. Tempoh bayaran pinjaman bagi Melayu Bumiputera mohon dipanjangkan. Bina akta rumah lot bumi tidak boleh dijual kepada bukan bumi. Nyatakan berapa peratus tanah milik warga asing yang dah dibeli sehingga kini. Buat akta pembelian semula rumah yang dijual sekurang kurangnya memerlukan minimum 10 tahun demi mengawal harga rumah. Pinjaman khas perumahan secara terus diperlukan dari kerajaan sendiri kepada Melayu Bumiputera. Bina akta dengan dapat mengharamkan mempromosi hartanah menggunakan Bahasa cina. Utamakan rumah mampu milik dikawasan majoriti Melayu tidak kira kawasan Melayu kerajaan atau Melayu pembangkang. Janji ianya kawasan majoriti Melayu.

6. Penasihat Kerajaan, Ekonomi dan Kewangan Negara

Lantik Tun Mahathhir & Tun Daim menjadi penasihat kerajaan, ekonomi dan kewangan negara.

7. Pemegang IC Biru Melalui Subsidi Negara.

Bina satu akta dan sistem dimana hanya pemegang IC biru sahaja layak menikmati pelbagai faedah subsidi seperti subsidi minyak, beras, tepung dan lain lain. Bagi warga asing serta IC merah pula, mereka akan dikenakan harga bayaran tanpa subsidi.

8.Koperasi Gergasi Melayu Bumiputera serta Kursus Usahawan

Bina akta supaya kesemua syarikat milik Melayu Bumiputera dari pelbagai sektor dapat disenaraikan dalam satu koperasi gergasi tujuan untuk disenaraikan kepada umum di internet dan pelanggan Melayu Bumiputera sendiri dapat mengenal pasti syarikat milik Melayu bagi membantu menjana ekonomi Melayu Bumiputera. Turut perlu mengadakan kursus usahawan percuma kepada Melayu Bumiputera seluruh Malaysia.

9.GLC Kerajaan dan Agenda Melayu Bumiputera

Kaji semula semua GLC yang tidak ada agenda Melayu Bumiputera. Pastikan lantikan jawatan tertinggi GLC perlu kriteria patriotik. Jangan fikirkan kepakaran membuat keuntungan sahaja. Cuba lihat dimana agenda Melayu di Maybank, CIMB dan Sime Darby? Kurangkan syarat untuk peniaga Melayu Bumiputera dengan Bank. Beri geran kepada GLC untuk buat perumahan kos rendah.

10. Internet Judi, Spa Urut, Pelacur Brickfield Ada Didepan Mata

Bila internet judi dapat dihapuskan? Bila spa urut dapat ditutup? Bila pelacuran brickfield dapat dihalang? Semua ini ada didepan mata. Jika didepan mata pun tidak dapat tangkap, apatah lagi dalang Lahad Datu? Gayclub punca LGBT menular. Kes Bersih 1,2 dan 3 apa statusnya? Berapa banyak harta awam dan kerajaan dirosakkan tetapi kes disenyapkan. Kerosakan yang dibuat ini adalah duit rakyat, rakyat bayar cukai.

11. Rebet Bagi Tol Jika Sesak

Rebet tol diperlukan bagi setiap kali kesesakan walau apa jua angkara dan punca sekali pun. Ini kerana fungsi tol adalah untuk cepat, mudah serta pantas.

12. Cukai Pendapatan Dikurangkan

Kurangkan kadar cukai pendapatan yang mempunyai gaji RM10K kebawah. Cukai pendapatan pekerja asing perlu dikenakan tanpa kiraan minimum, dimana asal bukan IC biru sahaja bekerja, perlu dikenakan cukai yang tinggi. Gaji RM900 perlu kawalan kerana pekerja asing nikmati gaji minimum yang sama.

13. Perkeso dan KWSP

Perkeso: Naikkan pencen Perkeso kerana kos sara hidup meningkat. Perkeso perlu segera bawa usul penubuhan skim perlindungan unemployment.

KWSP: Pengurangan had umur pengeluaran KWSP dari 50-55 ke 45-50 bagi membantu menyelesaikan hutang.

14. Data CTOS adalah Tidak Effisien

Mohon CTOS tidak dijadikan satu badan berkuasa untuk rujukan kewangan kerana data mereka tidak diperbaharui dan adalah lama. Beri peluang kedua kepada Pemuda Melayu Bumiputera yang bankruptcy.

15. PTPTN Dikaji Semula

Pinjaman ptptn perlu dikaji kembali. Usul pinjaman perlu di bayar mengikut gred/cgpa yang dicapai sebagai conthh cgpa 2-2.5 (90%), 2.6-2.9 (80%), 3-3.4(60%), 3.5 (free). Tetapi perlu dilihat jenis course.

16. Agihan Zakat Seksa Umat Islam

Memudahkan agihan zakat kepada fakir. Ini kerana kerenah birokrasi jabatan zakat sentiasa menyeksa orang Islam yang dalam terdesak memerlukan keperluan. Kita sendiri sampai pernah mendengar “LEBIHAN ZAKAT”. Ini kerana sistem yang tidak effisien

17. Pendidikan Bagi Pelajar dan Guru

Guru guru yang sudah berkahwin dibenarkan ikut tempat pasangan bekerja. Bantuan gandaan alatan canggih ke sekolah dan kolej Vokasional supaya guru dan pelajar lebih berminat dan produktif dengan teknologi semasa. Perbanyakkan sekolah agama rakyat di peringkat menengah. Kurangkan kos pembelajaran universiti.

18. Jabatan Agensi Kerajaan yang Tidak Relevan

Kaji semula dan mansuhkan jabatan/agensi yang nampak tak relevan dan menghabiskan bajet kerajaan. Ini menyebabkan pertindihan kuasa spt. AADK , SPAD , Maritime. Contoh SPAD perlu diserap ke JPJ dan lain lain.

19. Sektor Pekerjaan Swasta

Wujud akta baru kepada sektor swasta untuk membenarkan pekerja bekerja atau berniaga pada waktu cuti. Diskriminasi perkauman dalam sektor perkerjaan swasta perlu diatasi. Dulu pejabat swasta di wajibkan ada beberapa percentage bagi kuota pekerja Melayu. Sekarang apa dah jadi? Jabatan berkaitan langsung tidak periksa turun padang dan hanya tunggu laporan baru periksa.

20. Tender Kontrak Jabatan Kerajaan

Central Contract perlu dihentikan dan peruntukan pada jabatan jabatan peringkat negeri perlu dikembalikan. Mudahkan kontraktor kecil Melayu Bumiputera menjalankan perniagaan dengan agensi kerajaan dan jangan beri pada kontraktor panel sahaja 100%. Tender masak asrama kantin dan kebersihan sekolah di kementerian kementerian di pelopori oleh kumpulan yang sama.

21. Hospital Naik Taraf Setiap Daerah

Hospital perlu dinaikkan taraf di setiap daerah dengan menambah 3 pakar sekurang-kurangnya supaya tidak perlu susah payah rujuk ke hospital dikawasan Lembah Klang.

22. Asrama penjagaan OKU, Gelandangan, dan Isu Masjid India

Sediakan asrama bagi penjagaan OKU serta golongan gelandangan. Rawatan bagi OKU serta gelandangan juga perlu diwujudkan. Kawasan Masjid India tidak terurus, serabut dan umpama kawasan pengumpulan sampah penagih perlu dibersihkan. Rombakan penguatkuasa DBKL yang malas dan kerah penguatkuasa jawi di kawasan ini.

23. Jangan Korporatkan Jabatan Kastam

Jangan mengkorporatkan Jabatan Kastam kerana fungsi asal adalah perkastaman dimana ini akan terabai kerana terlalu fokus dengan melancarkan pengutipan GST dan ketirisan penyeludupan barang akan terbuka jika Jabatan Kastam dikorporatkan.

24. Jangan Gunakan Indeks Pengukuran Purata

Ubah cara kerajaan analisis bukan hanya panduan “Indeks Pengukuran Purata”. Cara manual survey lebih tepat dalam memahami situasi rakyat. Kebimbangan matawang negara juga pada paras yang rendah.

25. Peniaga Melayu Bumiputera Logam dan Batu

Beri kelonggaran kepada peniaga Melayu Bumiputera barangan logam dan batu. Perketatkan penguatkuasaan terutama dalam bentuk perlesenan kuari, barang binaan bahan mentah untuk mengelakkan kenaikan harga barang oleh peniaga cina. Kawalan barang sumber ini seterusnya dapat mengawal harga rumah.

26. Harga Barangan Asas

Untuk kawal harga barangan asas, kerajaan perlu buat ladang pertanian dan ternakan disetiap negeri secara besar besaran tapi jangan jadi seperti NFC. Pasaran hendaklah dibuat oleh FAMA. LKIM pula adakan bot besar disewa kepada nelayan dan tangkapan nelayan itu dijual semula kepada FAMA.

27. Harga Kereta, Pemandu Teksi dan Perkhidmatan Awam.

Kurangkan harga kereta seperti yang dijanji didalam manifesto PRU13. Kaji jika perlu beri insentif untuk cukai jalan dan insuran. Rungutan pemandu teksi permit individu terlalu sukar mendapatkan pinjamaan untuk mengeluarkan teksi baru. Tambahan kaji jika setiap kenderaan memerlukan DashCamera. Kaji semula perkhidmatan awam. Perlu berikan insentif untuk menarik rakyat menggunakan perkhidmatan awam dengan lebih agresif.

28. Status Halal makanan dan minuman

Memperketatkan status halal makanan dan minuman dan menggandakan semakan disetiap premis Halal yang dah diberi dengan lawatan mengejut tanpa menunggu laporan orang awam.

29. Sabah, Sarawak, dan Anak Estet Melayu

Sabah dan Sarawak mempunyai rumah tetapi untuk sekolah adalah sangat berkurangan. Jumlah pelajar mencecah sehingga 1,500 bagi 1 sekolah yang kecil. Bantu anak estet dari segi pembelajaran milik SIME DARBY. Bantuan kepada kategori luar bandar perlu disegerakan sebelum PRU14 seperti Perumahan, Persekolahan, Galakan Perniagaan bagi Melayu Bumiputera.

30. Hari Tanpa Parti Setahun Sekali

Wujudkan hari tanpa parti setahun sekali yang diisi berbentuk patriotik atau cintakan negara. Kesemua rakyat, ahli parti dan Presiden setiap parti berkumpul.

31. Badminton dan Bolasepak FAM

Lahirkan lebih ramai pemain badminton Melayu dan bukan dimonopoli oleh pemain Cina sahaja. FAM perlu dikaji semula, kalau dah tak boleh diharapkan, sila ganti baru.

32. Banyakkan tempat larangan merokok dan sambung projek jambatan bengkok Johor.

33. Hapuskan BRIM dan rebat telefon RM200 yang tidak berguna serta batalkan perjanjian FTA termasuk hasrat tandatangan TPPA.

Harap korang dapat click share, kongsi, copy paste dan printscreen ini diajukan kepada Ketua Pemuda, Exco Pemuda, Ketua Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan, GLC GLC, Menteri Menteri dan Penasihat Penasihat yang memainkan peranan dalam pembuat dasar.

No comments:

Post a Comment