HAKIKAT bahawa PAS sedang dipecah belah 
kan oleh Anwar makin ketara bila sebentar tadi Mat Sabu mengumumkan 
bahawa Jawatankuasa PAS pusat akan menolak jawatan Menteri Besar 
Selangor sekiranya ditawarkan Sultan.
Kalau dah tahu nak tolak, kenapa calonkan pulak? Sememangnya PAS, terutama Jawatankuasa Pusat ini suka buat kerja sia-sia.
Bagaimanapun, Mat Sabu lupa nak cakap 
bahawa Jawatankuasa PAS Pusat yang boleh diperalatkan sekarang, tidak 
mempunyai kuasa dan kedudukan yang cukup tinggi untuk buat keputusan 
sebesar itu sebab Perlembagaan PAS menetapkan perangka dasar, pembuat 
keputusan tertinggi adalah Majlis Syura Ulama yang diketuai Nik Aziz.
Majlis itu turut dianggotai Hadi Awang.
Sebagai Timbalan Presiden, Mat Sabu tidak
 duduk dalam Majlis Syura, berbanding dengan Hadi Awang yang bukan 
sahaja Presiden dengan kuasa-kuasa tertentu, dia juga adalah seorang 
ahli Majlis Syura.  Maklum sajalah, Hadi Awang tarafnya ulamak, 
sedangkan Mat Sabu, ular dalam semak.
Justeru, kenyataan Mat Sabtu sebentar 
tadi tidak boleh dipakai kerana ia tidak mewakili pembuat dasar sebenar 
yakin Majlis Syura. Sebelum ini pun dah berapa keputusan Jawatankuasa 
PAS Pusat ini yang tak boleh dipakai kerana tidak mengikut perlembagaan 
PAS yang meletakkan Majlis Syura Ulama di tingkat paling atas – nombor 3
 belakang AlQuran dan Sunnah.
Mengukuhkan lagi kenyataan ini, Hadi 
Awang dalam sesi penerangan mengenai isu Selangor di Terengganu semalam,
 mengulangi sekali lagi ikrar menolak Azizah sebagai Menteri Besar yang 
sebelum itu disokong oleh Mat Sabu dan kuncu kuncunya dalam Majlis Syura
 Ulama.
Jadi apa keperluan Mat Sabu berulang kali
 mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat bila tahu pendiriannya 
berlaianan dengan Majlis Syura, itu yang jadi pelik.  Mesyuaratlah 
berapa banyak kali pun, dah tahu keputusan tak akan dipakai sebab 
Jawatankuasa PAS Pusat hanya melaksanakan dasar dan arahan, bukan 
merangka atau melaksana.
Itu kerja Majlis Syura.
Tapi dalam masa yang sama kita faham yang
 Mat Sabu mungkin terpaksa buat kenyataan macam itu sebab gaji dia 
dibayar oleh DAP melalui perlantikan sebagai lembaga pengarah dalam 
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.  Jumlah tepat penulis tak tahu tapi
 ikut amalan korporat yang biasa, elaun sebagai ahli lembaga pengarah 
ini koman-koman pun 5k – tak termasuk kemudahan lain.
-nblo.gs- 

No comments:
Post a Comment