Thursday, September 11, 2014

ISLAM MENGIKTIRAF PEMERINTAHAN BERAJA MELALUI BUKTI HADIS NABI

1.Bukankah sebelum ini telah Allah khabarkan bahawa Kerajaan Yahudi itu diwariskan kepada Daud dan kemudian Sulaiman. Begitu juga Nabi masih meneruskan di beberapa negara yang tunduk kepadanya untuk terus di tadbir oleh para raja. Malah Nabi bersabda bahawa setelah khalifah berlalu 30 tahun maka pemerintahan akan dikuasai oleh para Raja.

2. Dan harus sedar bahawa setelah Kewafatan Ali, cucu banginda mengambil alih kepimpinan sebelum diserahkan kepada adik ipar Rasulullah saw. Seterusnya Hussein ingin mengambil semula jawatan dari Bani Umawiyah tetapi diingatkan oleh kaum kerabat Nabi yang lain akan sabda Rasul: "Ahlil Bait tidak akan lagi memegang kekhalifahan sampai akhir zaman".


3.Lantas perhatikan lah tentang sebuah kalimat:
"Sultan adalah naungan Allah di Bumi. Sesiapa yang menghinakan maka Allah akan menghinanya. Sesiapa yang memuliakan maka Allah akan mulia kannya" (Bukti Hadis Riwayat Al Baihaqi)

4.Apakah kalimat ini terpacul dari mulut lelaki gila seperti pengikut akidah khawarij (menentang menjatuhkan pemerintah Islam) sekarang atau diungkapkan oleh Kekasih Ilahi? Lantas apa yang ingin kita bicarakan kepada Nabi tatkala Nabi menyuruh kita memuliakan sultan?

5.Juga apakah kita cuba mengingkari bahawa Allah yang menghidupkan dan mematikan, menjadikan siang dan menutupnya dengan tirai malam. Hatta naik dan jatuh nya sebuah pemerintahan adalah di bawah ilmu Allah dan ketentuan dari Nya. Kerajaan UMNO BN yang dapat memerintah di Malaysia selama 57 tahun adalah kerana Izin Allah S.W.T

6.Lantas Ibnu Qayyim menulis dalam Ad Daa' wad Dawaa':
"Dari Malik bin Dinar, dia berkata: Aku pernah membaca di dalam satu riwayat bahawasanya Allah berfirman: 'Aku adalah Allah yang Menguasai para Raja. Dan hati mereka berada di tangan Ku. Jika mereka mentaati ku maka Aku jadikan mereka sebagai rahmat. Namun apabila mereka durhaka kepadaKu maka Aku jadikan mereka sebagai azab. Justeru janganlah kalian menyebokkan diri dengan mencaci para Raja. Tetapi bertaubatlah kepadaKu. Nescaya Aku akan jadikan mereka mengasihi kalian"

7.Riwayat Ibnu Hibban, At Thabari dari jalan Malik bin Dinar secara marfu'. Tetapi Al Haithami menganggap riwayat ini cacat kerana wujud Wahb bin Rasyidin yang dia anggap tertolak. Apa pun ini dapat kita fahami jika kita mengkaji 3 kategori ulama jarh Wa ta'dil di mana Ibnu Hibban dan At Thabari termasuk ulama yang jenis 'longgar' penilaian terhadap menghukum kredibiliti rawi. Namun makna yang dikandung dalam riwayat tersebut adalah shahih berdasarkan banyak riwayat shahih lain.

8.Adalah dengan ini manusia yang menyeru kepada melawan, menjatuh serta tidak mahu memuliakan Sultan seperti dituntut Nabi adalah kerana mereka mahu membawa aqidah umat Islam terbuka dan tidak rigid dengan alasan, ini adalah demokrasi, derhaka tidak ada kesalahan didalam undang undang(walaupun sebenarnya ada undang undang itu) kata Aziz Bari. Mereka ini berpaksikan ideologi liberal dan hak kesamarataan dimana mereka tidak mahu mengiktirad Raja Berpelembagaan seperti yang tercatit didalam undang undang.

9. Kita mengambil contoh ringkas, sewaktu Idris Jusoh dari terengganu mahu menjadi sekali lagi MB Terengganu, Sultan telah tidak memperkenan sekali pun Idris Jusoh mempunyai sokongan penuh dun Terengganu. Akan tetapi atas dasar memberi ketaatan seperti yang dituntut Nabi. Kerajaan UMNO BN akur pada kehendak Sultan Terengganu.

10. Contoh di negeri Perlis juga terjadi dimana Shahidan Kassim yang mendapat sokongan penuh dun serta sokongan PM juga tidak dapat menjadi MB kerana Raja Perlis tidak memperkenan walaupun PM telah menasihati Raja Perlis. Ini semua kerana didalam perlembagaan telah jelas bahawa undang undang memberi kuasa Sultan dan Raja untuk memilih serta melantik MB melalui kuasa yang ada.

11.Jika mahu mengatakan Sultan telah salah guna kuasa, anda boleh sahaja dakwa Sultan dimahkamah khas. Tetapi mengapa DAP dan PKR mohon ampun kepada Sultan? Sultan kini tidak kebal seperti dulu. Ini kerana pada Tun Mahathir melalui kuasa 2/3 kerusi telah menurunkan kekebalan Sultan dari didakwa di mahkamah supaya Sultan tidak terlepas jika melanggar undang undang turun dikenakan tindakan seperti rakyat biasa.

12. Jadi pada hari ini, Sultan juga tidak boleh bertindak sewenang wenangnya diluar bidang kuasanya. Jika tidak, baginda juga akan dibawa kemahkamah. Tohmahan kepada raja adalah maksum, raja zalim, raja pilih MB ikut suka hati semuanya kerana mereka tidak pernah memahami bidang kuasa Sultan dalam perlembagaan memilih MB.

13.Dah baca panjang panjang takkan tak nak CLICK SHARE dan KONGSI? Kalau share dan kongsi kurang kurang rakan lain pula terkena baca seperti saudara. Ini adalah ilmu dalam mempertahankan Sultan melalui tuntutan hadis Nabi.


No comments:

Post a Comment