Ini gara-gara Datuk Seri Anwar Ibrahim dok cakap dakwa sejak negara capai kemerdekaan 1957 sudha menjadi satu amalan hanya menghantar satu saja nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor.
Cakap Anwar itu adalah bagi mempertahankan tindak tanduk PKR hanya hantar satu nama yakni Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail saja.DAP pun begitu.
Khamis Istana Selangor menerusi Setiausaha Sulit Sultan Datuk Mohamad Munir Bani mengeluarkan satu kenyataan menegaskan kenyataan Anwar tidak tepat dan mengelirukan rakyat.
Kenyataan itu memberi latar belakang sejak zaman Barisan Nasional pemilihan calon Menteri Besar dipertsembahkan kepada Sultan Selangor oleh Perdana Menteri melalui Majlis Mengadap Sultan.
Dalam majlis ini Perdana Menteri akan mempersembahkan beberapa nama calon yang layak untuk dapat perkenaan.Dari senarai itu Sultan Selangor memilih seorang calon untuk dilantik Menteri Besar.
Selepas pilihanraya umum ke 12 2008 bilama mana Pakatan Rakyat menang di Selangor,Sultan Selangor ada mengutus surat kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk cadangkan dua nama.
Sebaliknya Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju mencalonkan hanya Tan Sri Khalid Ibrahim.
'Oleh kerana Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim telah memenuhi kriteria-krioteria untuk menjadi Menteri Besar dan menepati syarat-syarat yang telah diperuntukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 maka DYMM Sultyan Selangor telah bersetuju melantik Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor'
Pada 2013, Sultan Selangor menitahkan PR mencadangkan empat nama calon menteri besar kerana Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika kempen PRU 1 menyatakan, Khalid tidak semestinya kekal sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, ketua-ketua parti dalam PR menulis surat kepada Sultan Selangor mengesyorkan Khalid kekal dengan jawatan tersebut.
Walaupun, baginda menerima beberapa nama lain tetapi memandangkan Khalid adalah penyandang jawatan dan mempunyai hubungan baik dengan Istana serta rakyat Selangor, Baginda memperkenankan Khalid dikekalkan.
Menurut kenyataan itu ada adalah menjadi polisi Istana tidak mendedahkan nama-nama dan maklumat mengenai calon yang telah dikemukakan serta proses pemilihan menteri besar.
“Tetapi oleh kerana keadaan memaksa untuk pihak Istana mengeluarkan kenyataan, maka perkara ini perlu dijelaskan,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment