Wednesday, September 10, 2014

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH


PERUMPAMAAN yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. 'Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah'. 

Jika mengikut situasi semasa ternyata Sultan Selangor adalah Raja yang adil apabila menggunakan kebijaksanaan baginda bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda negeri Selangor.


Layakkah rakyat yang bernaung dibawah kuasa baginda terus bermastautin di negeri berdaulat ini?

Sejak kebelakangan ini memang ramai para pemimpin terutama pemimpin pakatan pembangkang yang semakin kurang ajar dan biadap dengan institusi Sultan.

Adakah mereka fikir mereka sudah punyai kuasa mutlak terhadap negeri? 

Adakah mereka fikir mereka penakluk negeri Selangor Darul Ehsan?

Bertepatan dengan EHSAN yang ada pada nama negeri Selangor. Sultan Selangor begitu bermurah hati dan baik terhadap rakyat negeri lain yang mencari rezeki di Selangor. Mujur tidak dihalaunya rakyat penumpang ini.

Mahu apakah lagi?

Tidak perlu mengheret Sultan dalam kancah politik kotor puak penderhaka. Tidak perlu berkata sombong konon rakyat memilih jadi hak untuk diangkat sebagai Menteri Besar berada dalam tangannya.

Sedarlah. Walau negeri Selangor ini ditadbir oleh sesiapa pun, waima dari parti mana pun. Ingatlah Sultan Selangor masih punya budi bicara dalam melantik pembesar negeri baginda. Sultan Selangor masih ada kuasa mutlak dalam memilih siapakah yang benar-benar layak mengetuai pentadbiran negeri maju ini.

Kami rakyat negeri Selangor masih berpegang teguh kepada Sultan.

Kami rakyat negeri Selangor tidak akan menjadi penderhaka kepada Sultan.

Kami rakyat negeri Selangor akan terus berdiri dan mempertahankan institusi beraja dan Sultan Selangor kerana kami sedar tanpa Sultan sebagai Ketua Negeri Selangor, maka punahlah segalanya.

Kepada PENDERHAKA dan golongan BIADAP!

Bertaubatlah! Insaflah! Sedarlah!

Tanpa kalian sebagai pentadbir walau mendapat mandat rakyat. Kalian bukan sesiapa!

Jangan cuba mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak!

Kami rakyat Selangor berpegang teguh kepada kedaulatan Sultan Melayu.

DAULAT TUANKU!!

DAULAT TUANKU!!

DAULAT TUANKU!!

No comments:

Post a Comment