Petaling Jaya kawasan yang dimenangi oleh Tony Pua DAP hasil pilihan Melayu Petaling Jaya. Baru sahaja sebentar tadi masa kelihatan seorang pakcik tua yang berumur 60 ke atas baru saja hendak memulakan perniagaan. Pakcik yang membawa roda 3 dan sebuah payung bersama maruku bersama penimbang akhirnya dirampas didalam serbuan mengejut kerana kesalah menjual maruku secara haram. Pakcik yang tidak sempat menjual walau satu maruku itu akhirnya telah diberi surat saman berserta barangnya dirampas. Pakcik itu dilihat merayu rayu sehingga hampir menangis supaya jangan mengambil marukunya. Tindakan MBPJ seakan memberi isyarat bahawa didalam Petaling Jaya negeri Selangor tidak ada satu rumah urut dan internet judi didalam Petaling Jaya.
-BBCD-
No comments:
Post a Comment