Tuesday, September 16, 2014

Azmin jangan mimpi nak jadi MB



Ekoran dari pergaduhan tempuh hari antara Azmin Ali dengan KETUM serta KIPAS, budak-budak Azmin begitu gembira dan yakin Wan Azizah akan diketepikan untuk Azmin dicadang dan dia bakal MB Selangor.

Maklumlah ikut konvensi mana ada MB yang dari orang lelaki. Hehehe ... lucu Husin Lempoyang.

Di situ Azmin perasan hingga tak mahu dengar feedback. Sebenarnya Azmin ingat orang tak tahu kes penglibatannya dalam projek PKNS Datum Jelatek.

Ketika PRU12, dia gunakan isu flat Jelatek untuk meraih undi tapi sebaik penduduk merayu bantuannya lepas PRU, Azmin langsung tak bantu.



Khabarnya Azmin terlibat untuk ambil potongan dari duit pampasan untuk penduduk. Itu yang pampasan untuk penduduk agak terlalu dan terlampau tinggi.



Akibat dari komisyen yang diambil Azmin dan Teresa Kok, selaku exco yang mendapatkan pelabur dari China, projek Datum Jelatek gagal.

Kos terlalu tinggi tapi model perniagaan untuk jual salah satu bangunan kepada pelabur China dah tak menjadi. Kawasan itu yang majoriti Melayu yang susah untuk dijual dengan harga premium.

Projek Datum bbleh dianggap terbengkalai!!!


Jika kami tahu, ingat istana tak tahu? Takkan Sultan akan lantik seorang yang diketahui tidak amanah menjadi MB. Selangor ada sejarah MB yang tak amanah hingga terpaksa di benrhentikan.
-theunspinner-

No comments:

Post a Comment