Tuesday, September 16, 2014

Baru hal sampah, Penyelaras kawasan macam tak buat kerja? Baru hal sampah, Penyelaras kawasan macam tak buat kerja?



Rata-rata, kawasan Pengkalan Kubur kelihatan kurang bersih dan bila masuk kampong, sampah dilonggokkan untuk dibakar. Lain pula sampah yang bersepah. Kawasan daerah ini kecil dan bukannya jauh dari pekan Tumpat.

Pengkalan Kubor merupakan satu kawasan destinasi membeli belah di sempadan Malaysia - Thai yang dibangunkan kerajaan pusat. Untuk mengekalkan tarikan, perlu dijaga kebersihan. Namun di kawasan yang merupakan kegiatan ekonomi utama kawasan, keadaan tong-tong sampah di situ pun sangat tak terjaga.

Nampaknya tong sampah pun hanya di kawasan tepi jalan besar dan jauhnya antara satu tong sampah dengan satu tong sampah berbatu jatuh. Dalam kampung, tak ada langsung tong sampah.

Pengurusan sampah berada di bawah kerajaan tempatan yang dikawalselia oleh kerajaan negeri. Jika ada yang kurang sana sini, Penyalaras kawasan boleh berurus dengan pihak kerajaan tempatan dan negeri.

Calun PAS, Wan Rosdi adalah Penyelaras kawasan Pengkalan Kubor untuk ahli Parlimen Tumpat yang semanjang duduk di Kolumpo. Apa yang Penyelaras Kawasan buat?

Baru hal sampah, dah tak berurus.

-theunspinners-

No comments:

Post a Comment