Wednesday, September 10, 2014

Bukan kerana Tun M... tapi kerana MAS & MALAYSIA..



Dikongsikan oleh seorang likers kpd inbox KCD... Kita renung-renungkanlah...

“Adam Mohd
Sep 4th, 2:29pm

assalammualaikum Tun, 

Saya sungguh berbesar hati andai Tun dapat membaca luahan hati saya sebagai pekerja MAS. Tun,Saya sudah 20 Tahun bekerja dengan MAS. Pada Tahun 1995 14 aug saya sudah mula bekerja dengan anak syarikat penerbangan MAS ini. pada masa itu walaupun kami pekerja-pekerja di Pengangkutan Udara MAS ini tak se glamour pekerja-pekerja MAS yang lain, namun berbangga dapat bekerja dengan syarikat pernerbangan Negara. 

Tun, Selama 20 tahun saya bekerja di MAS ini berbagai pengalaman dan berbagai perkara yang berlaku di depan mata. Pada zaman itu MAS cukup Gah di bawah pimpinan Tan Sri Tajudin Ramli.Namun semasa ekonomi negara goyah zaman 1998, saya masih ingat Tun mengingatkan TanSri Tajudin agar beliau boleh membuat apa jua perancangan bagi mengurangkan kos, tetapi jangan sesekali di buang pekerja MAS. Alhamdulillah semua pekerja-pekerja lega. Kami juga masih ingat Tun tidak membenarkan Air Asia untuk membuat terminal sendiri kerana KLIA yang sedia ada boleh di luaskan lagi.

Namun setelah Tun mengundurkan diri dari Tampuk kepimpinan negara, berbagai perkara yang berlaku kepada MAS seolah-olah Kami hanya membuat kerugian pada negara.Sedih sungguh dengan nasib kami ini. Aset yang sedia ada telah dijual sewenang-wenangnya oleh Dato Idris jala yang kononnya pelan pemulihan MAS.Akhirnya bangunan MAS yang dahulu gah di tengah tengah kota KL tergadai. Dari situ lah titik tolaknya kami warga MAS terus terusan merudum. Tun, Saya cukup bangga dapat bekerja dengan satu-satunya penerbangan negara yang di iktiraf oleh dunia ini. Saya rasa semua warga-warga MAS yang senior amat sayangkan MAS ini. Pada kami, kami warga MAS adalah wakil yang mewakili seluruh rakyat negara malaysia yang berterbangan ke seantaro dunia.

Zaman Tun dahulunya, kementerian pelancongan giat mempromosikan negara dengan mengambil bahagian dalam acara flora exhibition yang mana ada logo MAS sekali.Oleh yang demikian mohon Tun memberi sedikit nasihat pada peneraju MAS, agar kami boleh kembali seperti zaman kegemilangan yang pernah MAS kecapi sekaligus membanggakan negara malaysia. saya masih setia di MAS kerana saya adalah warganegara malaysia yang mana satu-satunya syarikat penerbangan negara yang ada.Semoga MAS kembali ke landasan era kegemilangannya.

Saya juga ingin mengesyorkan agar Logo MAS kembali kepada asalnya, yang mana Tan Sri Pernah di tanya kenapa Logo MAS seolah olah melawan angin. Jawapan Tan Sri Aziz adalah kerana tulisan jawi dan al-quran di baca dari kanan ke kiri, oleh sebab itu logo mas itu juga mesti mengikut tulisan jawi dan al-quran.Saya yakin mungkin itulah antara penyebab MAS di kenali di dunia dan juga perancangan Tun yang cekap.Saya lihat MAS semakin merudum setelah logo tersebut di tukar dari yang asal. Oleh itu saya merayu kepada Tun agar logo tersebut kembali kepada asal. Saya juga berharap semua warga malaysia mendoakan agar MAS bertambah maju dan terus maju...... ASSALAMUALAIKUM”

No comments:

Post a Comment