Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata tindakan PAS itu juga menunjukkan kedangkalan parti itu tentang gelaran sebenar ustad yang merujuk kepada maksud sebagai tuan, guru, ketua ataupun profesor jika di Mesir.
"Tak perlu timbul masalah ini. Yang penting calon BN sendiri tidak pernah mendakwa dirinya ustad. Mungkin dia buka madrasah dan sebab itu dipanggil masyarakat sekeliling sebagai ustad.
"Artis-artis yang masuk PAS juga digelar ustad dan ustazah...tidak ada siapa pun nak mempertikaikannya," katanya kepada pemberita di Pusat Daerah Mengundi Telaga Bata di sini, Isnin.
Sebelum ini PAS mempertikaikan gelaran ustaz diberikan kepada Mat Razi yang disifatkan tidak layak diberi gelaran itu kerana calon BN itu bukan seorang guru agama sepenuh masa.
Fathul Bari mendakwa tindakan PAS itu juga sebenarnya bertujuan untuk membunuh karektor calon BN.
"Ini semata-mata mahu membunuh karektor calon BN. Ini bukan cara Islam yang sepatutnya kita bersaing secara sihat dan bukannya mengkritik gelaran itu atau cara memakai jubah dan berkopiah calon BN ini," katanya.
Beliau berkata PAS perlu melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebelum ini yang menyebut syarat menjadi menteri besar sendiri tidak menyebut ia semestinya seorang ulama.
PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 25 Ogos lepas akibat kanser hati.
Mat Razi akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. Hari pengundian ditetapkan 25 Sept ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.
-siemensmelayumaju-
No comments:
Post a Comment