PKR Kelantan dilaporkan kecewa dengan keputusan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kepada calon PAS.
Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR Kelantan, Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud dalam satu kenyataan dilaporkan Tranungkite berkata, hanya kerana hendak menyelamatkan kedudukannya sebagai Presiden dan sebagai bakal Menteri Besar Selangor, Wan Azizah sanggup mengecewakan ahli PKR di Kelantan dengan tunduk dan memberikan kerusi yang sebelum ini memang milik PKR kepada PAS sebagai galang ganti sokongannya di Selangor.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor sebelum ini memang kerusi PKR pada Pilihanraya Umum Ke-13 namun kalah kepada calon dari BN dengan majoriti hanya seribu lebih sahaja. Namun katanya tidak sepatutnya Wan Azizah mencampuri urusan politik di Kelantan.
PKR Kelantan sudah masak benar dengan perangai PAS Kelantan yang gila kuasa dan mensabotaj semua calon-calon PKR yang bertanding sebelum ini semasa PRU13. PAS Kelantan juga ujarnya lagi tidak turun membantu calon-calon dari PKR kerana sifat ego dan sombong walaupun pimpinan atasan sudah mempersetujui kerjasama antara parti dalam Pakatan Pembangkang.
Kekecewaan ini dizahirkan dengan berkata, ahli-ahli PKR Kelantan tidak akan turun membantu dalam PRK Pengkalan Kubor kali ini kerana kerusi tersebut bukan lagi milik mereka, jadi terserahlah kepada PAS untuk merangka strategi bagi memenangi kerusi tersebut tanpa bantuan daripada PKR Kelantan.
Pada 9 September lalu, Wan Azizah menerusi kenyataan medianya berkata PKR menyerahkan DUN Pengkalan Kubor kepada PAS demi untuk memastikan keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat dapat dipertahankan.
“Untuk berhadapan dengan Umno/Barisan Nasional secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang Umno/Barisan Nasional. Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.
“Untuk berhadapan dengan Umno/Barisan Nasional secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang Umno/Barisan Nasional. Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.
“Oleh yang demikian, KEADILAN telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar,” katanya.
-pisau.net-
No comments:
Post a Comment