Menurut Ketua Koordinator Program Pemimpin Bersama Rakyat (Berkat), Yahya Sahri, meskipun Sultan Selangor boleh membuat keputusan, namun sebagai rakyat, pihaknya berhak menyatakan pilihan mereka.
"Kita amalkan proses demokrasi. Jadi kita pegang pada demokrasi berparlimen.
"Kita nyatakan sokongan, (tapi) Sultan juga ada hak. Jadi, apabila siapa-siapa dilantik, insya-ALLAH rakyat Selangor akan terus beri sokongan," katanya kepada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya Sultan Selangor memilih calon lain selain Wan Azizah meskipun pihaknya menyatakan sokongan penuh kepada Presiden PKR itu.
Mengulas lanjut, Yahya yang juga Ketua Cabang Tanjung Karang berkata, pihaknya tetap akur dengan keputusan Sultan jika baginda tidak memilih Azizah.
"Kita rakyat Selangor ada dua (pegangan). Pertama hak untuk memilih. Kedua, kalau ikut konsep Raja berperlembagaan, kita akan patuh apa saja (keputusan Sultan).
"Tapi kita nyatakan sokongan ini kerana kita mempunyai hak untuk memilih," katanya.
Pada sidang media sama, 50 pemimpin masyarakat dan pemimpin NGO Selangor menyatakan sokongan secara terbuka kepada Azizah untuk menjadi menteri besar negeri ini.
-siemensmelayumaju-
No comments:
Post a Comment