Thursday, September 11, 2014

KETUM HANGIT! APABILA PENYOKONG PKR SENDIRI DAH MULA REJECT ANWAR



Ketamakan dan kehalobaan selain sikap biadap dan gemar membuka pelbagai rahsia yang selama ini tidak diketahui, akhirnya menimbulkan kebencian dan kekeliruan di kalangan para penyokong sendiri.

Tambahan pula dengan pendedahan yang dibuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu berhubung kemelut yang melanda di Selangor, menambahkan lagi masalah tersebut.

Para penyokong yang selama ini seringkali dibutakan dengan pelbagai cerita dongeng dan dihalang daripada berfikir secara waras, kini mula membuka mata dan otak mereka mula memproses segala apa yang mereka dengar serta lihat.

Kegilaan para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR dan DAP menyerang PAS dan Presidennya secara keterlaluan dan sangat biadap, tidak mendapat sanjungan, bahkan mendapat kejian terutama sekali apabila mereka juga sedar, PKR dan DAP selama ini hidup atas ehsan PAS yang banyak berkorban untuk memastikan Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional.



Sedar dengan kesan buruk yang akan menimpa PKR dan DAP sekiranya perangai yang ditunjukkan oleh para pemimpin PKR dan DAP berterusan, para penyokong kedua-dua parti tersebut mula menzahirkan perasaan tidak senang serta bosan mereka. Malah mereka turut menasihatkan ahli-ahli serta para penyokong agar tidak menjadi lembu yang dicucuk hidung serta langsung tidak dibenarkan berfikir.

No comments:

Post a Comment