Wednesday, May 28, 2014

USUL MANSUH RAMD AKAN DIBAWA JIKA MENANG PRK TELUK INTAN - DYANA SOFYA

SELEPAS statement calon DAP Teluk Intan untuk tidak menyokong perlaksanaan hudud di parlimen jika menang, kali ini statement panas daripada wakil DAP ini semakin berbaur perkauman walaupun kepada kaumnya sendiri. Mansuhkan Rejimen Askar Melayu Di Raja. 

Jika calon DAP ini menang, satu usul akan dibawa ke parlimen untuk membuka penyertaan kaum lain terutama bangsa Cina ke dalam Rejimen Askar Di Raja. Dan seterusnya membuang terus perkataan Melayu kerana dikatakan kerajaan Malaysia lebih mengutamakan Melayu daripada bangsa lain. 

Sessi Mendengar Aduan

Pejabat UMNO Bahagian Kelana Jaya sentiasa membuka pintu untuk mendengar permasalahan penduduk Komuniti Sekitar Kelana Jaya. Datanglah ke pejabat kami pada setiap hari Selasa untuk mengadu masalah anda



Walkabout: Tindakan susulan aduan lif rosak

Kesinambungan Lawatan kerja pada 23 Mei yg lalu, Hari ini Lawatan Kerja Turun Padang Wakil Dari JKR Dan ICU Turun Padang Ke Desa Mentari blok 4, 5 & 6 utk melihat permasalahan perkhidmatan lif yg sekian Lama rosak..



Adat Berkabung Kemangkatan Sultan Perak




Pada zaman dahulu, Istiadat Berkabung dilaksanakan dengan setiap orang lelaki dalam istana bercukur dan wanita berkerat rambut. Kini, istiadat berkabung cuma ada kaitan dengan peraturan pakaian dan pembatalan acara rasmi sahaja.

Istiadat Kemangkatan Raja Pemerintah Negeri Perak




Apabila seseorang Raja Pemerintah mangkat maka adalah menjadi tanggungjawab dan kerja Setiausaha Dewan Negeri Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri mengumumkan perkara yang menyedihkan itu kepada semua Raja-Raja, Orang Besar-besar dan rakyat jelata.

Innalillah.. Kemangkatan Sultan Azlan Shah. Rakyat Perak berduka



Gambar: Alfatihah. Dengan rasa sedih dan hibanya dimaklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat petang tadi. Semoga Allah merahmati Roh Baginda. Amin.

Al-Fatihah

Sultan Azlan Shah, Sultan Perak mangkat pada 3:42 Ptg, 8 Mei 2014.

Perkara ini diumumkan oleh menteri besar Datuk Seri Zambry Abd Khadir secara langsung di RTM hari ini.

Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.

Semua hiburan dan keraian ditangguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari esok sebagai tanda berkabung.

Jenazah almarhun akan dibawa ke Istana Kuala Kangsar esok pagi dan aka dimakamkan selepas Asar.

Tuesday, May 27, 2014

Kronologi Israk dan Mikraj


Sebelum Israk dan Mikraj


Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.  dicuci dengan air zamzam,
dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Monday, May 26, 2014

Istilah Babi



Assalamualaikum wbt..
Info khas buat saudara-saudara ku semuslim

AGM PEMANIS KE-2

PEMANIS merupakan Persatuan Mantan Ahli Majlis Selangor yang terdiri daripada mantan-mantan ahli majlis yang pernah berkhidmat dan menabur budi di bumi Selangor. Pengerusi PEMANIS  merupakan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Datuk Yusoff HM Haniff. PEMANIS memberi ruang dan peluang kepada mantan-mantan ahli majlis untuk terus menabur khidmat dan bakti ke arah kesejahteraan bumi Selangor. Antara yang dibincangkan adalah berkenaan isu-isu dan permasalahan bandar kerana Selangor merangkumi 95% bandar. 

Walkabout: 25 Mei 2014.. walimatulurus

Ybhg Datuk Haji Yusoff HM Haniff serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kelana Jaya memenuhi jemputan Walimatulurus Perkahwinan Anak Encik Kamarudin di Blok 2 Kg Lindungan


Majlis Potong Jambul Cucu Kamarudin Sambrin


Walkabout: 25 Mei 2014

Ybhg Datuk Haji Yusoff HM Haniff, Setiausaha UBKJ Encik Mohamad Rodzi serta Ahli Jawatankuasanya menghadiri Jemputan Majlis Potong Jambul cucu kpd Encik Kamarudin Sambrin di Blok 3 Kg Lindungan

Sukaneka KRT SS9, Sungai Way


Penyerahan Wang Pendahuluan Pendidikan PTPTN


Ybhg Datuk Haji Yusoff HM Haniff ,Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Dan selaku Ketua UBKJ bergambar Kenangan bersama sebahagian Penerima Pinjaman PTPN Parlimen Kelana Jaya Selepas Merasmikan Majlis Penyerahan PTPN di Dewan Komuniti UBKJ pagi tadi turut Bersama Naib Pengerusi Biro Pendidikan UBKJ Puan Hanisha Izaireen Halil Dan Naib Ketua Pemuda Saudara Adrianizam Shah Adanan

Walkabout.. lawat orang sakit Blok 9 Desa Mentari

Datuk Haji Yusoff HM Haniff, bersama Pengerusi Biro Kebajikan Puan Zaleha Muhyidden serta Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Kelana Jaya, menziarahi penduduk yang sakit dikediaman di Blok 9 Desa Mentari..


Walkabout..lawat orang sakit Desa Mentari Blok 10

Datuk Haji Yusoff HM Haniff bersama Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kelana Jaya Puan Zaleha Mahiyuddin serta Setiausaha UMNO Bahagian Kelana Jaya Encik Mohamad Rodzi serta Ahli jawatan Kuasanya, datang mengziarahi Encik Mohd Rasli bin Mat Resat yang Sedang Sakit di Rumahnya di Blok 10 Desa Mentari.


Walkabout 23 Mei 2014: Perbincangan isu lif

Lawatan Turun Padang ,Datuk Haji Yusoff HM Haniff Ketua UBKJ bersama Pengerusi serta Penduduk Desa Mentari berkenaan Permasalahan Perkhidmatan Lif di Semua Blok Desa Mentari




Sunday, May 25, 2014

Dari Dewan Latihan RIDA ke Maktab MARA ke ITM dan akhirnya ke UiTM..

UiTM: Terang Lagi Bersuluh! Pada tahun 1956 masa mula 2 Dewan latihan RIDA ditubuhkan adalah bertujuan untuk mendidik orang orang melayu cara bertani, menjahit, membuat pukat, membuat jala, menjadi jadi nelayan, membuat bakul, dan membuat kerja kira kira yang mudah, tak pulak ada yang pertikai dan kecoh nak masuk, semua pakat masuk Universiti Malaya.

Asal Usul Khinzir

Disebut cerita semasa zaman Nabi Allah Nuh a.s. berlakunya banjir besar di dunia.
Maka telah diperintah oleh Allah S.W.T. supaya baginda membina bahtera untuk menyelamatkan orang-orang yang beriman serta haiwan yang didatangkan secara berpasangan tidak ketinggalan juga benih-benih tumbuhan.
Semasa perlayaran itu, timbulnya masalah, dimana hendak dibuang najis yang semakin banyak di dalam bahtera tersebut.
Maka dengan kuasa Allah diciptakan satu haiwan untuk makan najis tersebut.
Haiwan itu juga dijadikan dari najis.
Untuk mengawal populasi haiwan tersebut maka tugas itu diserahkan kepada harimau.
Ketika harimau memegang punggung haiwan tersebut, maka terkeluar lagi seekor haiwan kecil yang seakan-akan haiwan pertama tadi.
Haiwan yang pertama tadi adalah KHINZIR dan yang kedua itu adalah TIKUS.
Wallahua'alam.

Babi dari segi sains

Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.
Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.
Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.
Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.

Admin: Ini la sebabnya Allah mengharamkan babi kepada manusia ciptaan-Nya. Namun, ada manusia yang degil yang menghalalkan babi..

SEDIKIT PENCERAHAN MENGENAI GST


Apakah itu GST?


GST = CUKAI BRGN DN PERKHIDMATAN (good and service tax)

Masakini kita bayar 2 cukai atas setiap barangan / perkhidmatan yang kita beli / guna iaitu :
cukai jualan. (5%) dan
cukai perkhidmatan ( 10%);
ini akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST.


Nak hudud cari UMNO, nak kerusi cari DAP? Nak Islam cari UMNO, nak politik cari DAP!


Adakah PAS menjadi pengamal POLSAS - politik suku agama suku?

Saya melihat PRK Bkt Gelugor & PRK Teluk Intan sebagai bukti amalan POLSAS ini.

Dalam keadaan PAS sibuk mendesak Ahli Parlimen UMNO menyokong usul hudud PAS Kelantan; tetapi diwaktu yang sama mereka menyokong dan mengundi calon-calon DAP bagi PRK Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menentang hudud PAS!

Statistik Dayasaing Global 2014

Dayasaing Global 2014, negara Malaysia meningkat ke tangga ke 12 berbanding tangga ke 15 pada tahun 2013. Ini terkandung dalam Laporan IMD World Competitiveness Center yang di keluarkan hari ini. Amerika Syarikat dan Switzerland masih kekal di tangga 1 dan 2.

Prestasi Malaysia dalam 4 faktor dayasaing utama adalah Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur. Berita ini akan meningkatkan tarikan kepada pelaburan swasta. Peningkatan pelaburan swasta akan membuka ruang ekonomi gandaan (economic spin-off) kepada sektor-sektor pembekal, pemborong dan peruncit. Ini juga akan meningkatkan peluang pekerjaan dan gaji.

Dalam konteks kecekapan kerajaan menduduki tangga ke 15 dengan komponen utama serta kedudukan seperti berikut:
a. Kewangan Awam - 15
b. Dasar Fiskal - 11
c. Rangka kerja Institusi - 13
Kecekapan kerajaan menduduki tangga begitu tinggi membuktikan integiti kerajaan amat tinggi. Tuduhan pembangkang yang kerajaan mengamalkan ketirisan, rasuah dan kronisma adalah tidak berasas.

Kedudukan negara Malaysia dikukuhkan lagi dengan Laporan Ease of Doing Business oleh World Bank yang di terbitkan awal tahun ini di mana negara kita duduk di tangga ke 6 di dunia.



Tak mungkin negara Malaysia mencapai tangga yang tinggi jika kerajaan mengamalkan ketirisan, rasuah dan kronisma.



-DS Husni Hanadzlah-

Friday, May 23, 2014

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (HMM): Siam Lancang dalam HMM - Realiti atau Fantasi?

AssalamuAlaikum, Salam Sejahtera kepada semua!

Kali ini saya mahu mengajak anda mengkaji lagi rahsia di dalam Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). Mari kita lihat bagaimana 'READ BETWEEN THE LINES' dalam konteks menterjemah maksud tersirat dalam HMM. Di akhir artikel ini anda akan dapati pencerahan secara akademik bagaimana plot yang diambil dari HMM ini sebenarnya adalah bayangan kepada kisah sejarah yang sebenarnya terjadi di Indochina,beribu-ribu tahun dahulu melalui 'cross-reference' dengan riwayat-riwayat asing,catatan atau ulasan dari sejarahwan.Saya akan ajak anda kaji secara akademik dan logik,bukan angguk-angguk cakap wasiat orang mati yang dah ditokok tambah dari mulut ke mulut atau percaya repekan 'pendatangness' yang memang buta sejarah.

Kisah bani Jawi dalam Tafsir Ibnu Kathir & Ibnu Athir

 


 Bangsa Melayu adalah teras yang utuh bagi Bani Jawi yang berketurunan terus dari nabi Ibrahim a.s.

Thursday, May 22, 2014

Biodata Datuk Mah Siew Keong vs Biodata Dyana Sofea




Mah Siew Keong, seorang peguam yang berusia 53 tahun. Beliau tamat pelajaran sekolah rendah dan menengah di Sekolah Horley Methodist Teluk Intan. Sejurus itu, beliau melanjutkan pelajaran ke London University, England dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian B.Sc. (Hons). Seterusnya, beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan MBA daripada City University London dan Ijazah Muda Undang-Undang LLB (Hons) dengan kepujian daripada East London University. 

Statistic of DEB and Article 153 by Yuktes Vijay

Yesterday I finished analysing and reviewing datas and policies made in line with the disputed article 153... In fact managed a quick glance at Deb and bumiputera shares etc to debunk a common myth that malay supremacy reigns in Malaysia...

Sekitar Kempen PRK Teluk Intan Petang Tadi, Calon BN Terima Kejutan!


Ketika mengadakan program “walkabout” petang tadi, Calon BN bagi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong dikejutkan oleh tindakan seorang penyokong Parti Keadilan Rakyat dalam pilihan raya lalu, Saari bin Baki. Saari menjemput beliau dan rombongan ke rumahnya bagi mengadakan acara menurunkan bendera PKR. 

Wednesday, May 21, 2014

Kelas Tajwid (1) 20 Mei 2014

Majlis Ilmu .. Pengajian Tajwid Perkemaskan Bacaan Al Quran Ajuran Biro Dakwah Islamiah UBKJ Setiap Minggu Pertama Dan Ketiga setiap bulan.

Hari : Selasa 
Jam : 5 ptg - 6 ptg
Tempat : Dewan Komuniti UMNO Bahagian Kelana Jaya..
Oleh Ustaz Soffi , Iman Masjid Kelana Putra Kelana Jaya..

# Jom Perkemaskan Bacaan Al Quran.




Kenapa ganggu UiTM, kenapa tidak SJKC?



KOLUM Cuit minggu lepas telah meramalkan Dyana Sofya akan menjadi calon DAP pada PRK Parlimen Teluk Intan. Betul, Setiausaha Politik Lim Kit Siang itulah yang diangkat menjadi calon.

PENDIRIAN RASMI PERSATUAN ALUMNI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM (PIMPIN) BERHUBUNG KENYATAAN MENGENAI UiTM OLEH CALON PARTI DAP DI PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN TELUK INTAN, PERAK

Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN) ingin melahirkan kekesalan di atas kenyataan calon Parti Demokratik Rakyat (DAP), pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan; Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun, seorang graduan undang-undang dari UiTM mengenai alma maternya yang dinyatakannya melalui siri ceramah kempen PRK Teluk Intan.

Kalau Bukan Kerana UMNO yang Menjaga UiTM, Dyana Pun Tak Berpeluang Belajar Kat UiTM

#PRKTelukIntan: TAN SRI PROF SAHOL JAWAB FITNAH CALON DAP !!! 


Penuntut yang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih berdasarkan merit dan cukup syarat, bukan berdasarkan fahaman politik dan status keluarga masing-masing, kata Naib Canselornya Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar (gambar).

The Great Hunger Kerajaan Islam hulurkan bantuan

Mengimbau kegemilangan silam...

Sejarah yang dilupakan...
Semasa Ireland dimamah kebuluran kira-kira 160 tahun dahulu, Daulah Uthmaniyah Turki telah sudi memberi bantuan melalui sumbangan kewangan sebanyak Sterling 1,000 (atau nilai kini, kira-kira USD 1,052,000 ) bersama 3 buah kapal yang sarat dengan bekalan makanan.

Dakwaan Dyana Sofya terhadap UiTM keterlaluan


uitm_L_140519
UiTM adalah satu-satunya universiti yang mempunyai kursus khas untuk anak-anak miskin daripada luar bandar. Sehingga kini kira-kira 30,000 pelajar miskin telah diambil menerusi program Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB). - Foto Shamsul Hidayat Omar 

Tuesday, May 20, 2014

Warkah Terbuka dari Senior Dyana

Ungkapan calon DAP Dyana sebelum ini telah diungkapkan berkali-kali oleh pemimpin tertinggi DAP. Bezanya dahulu Cina yang mengungkapkan dan sekarang Melayu yang ungkapkan.. mesej  yang dibawa tetap sama iaitu ingin menghapuskan Keistimewaan Melayu. Sungguh licik permainan DAP ini persis permainan PAP suatu ketika dulu.

#PRKTelukIntan: PENIPUAN DAP, pencalonan calon Melayu #Dyana BUKAN sejarah baru

Kononnya sejarah baru. Bukan sejarah baru langsung. Tujuannya - hanya untuk kaburi mata orang Melayu bahawa kononnya DAP bukan anti Melayu. Strategi ini sudah lama digunakan oleh banyak pihak sebelum ini, termasuk Jepun dan Parti Komunis Malaya.

Politik Kristianisasi

Sebelum PRU12, peranan gereja tidak menonjol sepertimana sekarang.
Sejak politik Kristianisasi berakar-umbi, ketegangan di antara kaum dan di antara agama meningkat.
Seminar guru di Johor baru-baru ini mengesan adanya “ancaman Kristianisasi”. Tidak ada mana-mana jabatan agama atau pertubuhan Islam pernah memberi amaran bahawa umat Islam menghadapi ancaman dakwah Buddhisme.

Mah Siew Keong dipilih kerana pengalaman dan jasanya di Teluk Intan, kata Muhyiddin


 
Pengalaman dan jasa Datuk Mah Siew Keong membangunkan kawasan Parlimen Teluk Intan sebelum ini antara faktor beliau dipilih semula bagi mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata Mah, yang sebelum ini anggota Parlimen Teluk Intan selama dua penggal sejak pilihan raya umum 1999, amat dikenali di kawasan ini dan mampu berkhidmat kepada masyarakat di kawasan itu.
Beliau berharap 60,349 pemilih berdaftar di kawasan ini, termasuk 59,927 pengundi biasa, memberikan sokongan kepada Mah, yang merupakan anak jati Teluk Intan.

"Pucuk pimpinan memilih Mah berdasarkan pengalamannya dalam kerajaan dan parti, (tambahan pula) masyarakat di kawasan itu mengenali beliau yang banyak berjasa kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon PRK Parlimen Teluk Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di Teluk Intan, hari ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mah, 53, dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Ditanya mengenai Mah yang dianggap sebagai calon kitar semula, Muhyiddin berkata: "Ini bukan calon kitar semula. Saya dah beberapa kali recycle. Yang penting kita tahu apa harapan pengundi di sini."

Ini adalah kali kelima Mah bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan, dengan kali pertama pada PRU 1999 dan terakhir pada PRU 2013. Beliau memenangi kerusi itu pada PRU 1999 dan PRU 2004, dan kalah kepada calon DAP pada PRU 2008 dan PRU 2013.
Muhyiddin berkata: "Memang dalam keadaan tertentu ada menang dan kalah. Kali ini kita harap trend akan berubah sebab kita telah membuat keputusan secara mendalam, bukan sambil lewa atau semberono."

Menyentuh mengenai ibu Dyana Sofya, iaitu Yammy Samat, 59, yang merupakan anggota Umno, Timbalan Pengerusi BN itu berkata ia bukan risiko kepada parti komponen itu.
"Kita tidak mengambil kira latar belakang (calon lawan atau DAP), siapa ibunya dan keluarganya. Yang penting, kita hendak menjual calon kita yang baik, segak, bertenaga dan banyak pengalaman," katanya.

Ditanya mengenai peluang BN pada PRK ini, Muhyiddin berkata: "Kita 50-50 setakat hari ini, walaupun kita yakin trend pengundi juga akan berlaku dalam beberapa hari mendatang, sama ada mereka (pengundi) dipengaruhi oleh parti yang bertanding."
Muhyiddin berkata BN menggerakkan jenteranya di semua peringkat, dan "yang penting jentera parti kita akan bergerak, (dan) kita mesti yakinkan pengundi dengan dasar BN yang kita bukan parti perkauman, kita parti untuk semua kaum."

"Itulah yang kita telah dan akan laksanakan," katanya.
Beliau berkata jentera BN pada PRK kali ini lebih padu jika dibandingkan sebelum ini, dan atas dasar itu," saya yakin kita berupaya untuk menggerakkan jentera sehingga memperoleh kejayaan."
Pengundian awal PRK Parlimen Teluk Intan akan diadakan 27 Mei ini, manakala pengundian ditetapkan pada 31 Mei. – Bernama, 19 Mei, 2014.

Terkini...Calon BEBAS Bukit Gelugor Dilanggar Kereta Rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang di Hadapan Bangunan DUN Pulau Pinang.













Foto ANTI Semua Salah UMNO - ASSU.

















Foto ANTI Semua Salah UMNO - ASSU.





















Jam 1:00 tengah hari tadi, Abu Backer Sidek, calon BEBAS P.51 Bukit Gelugor telah dilanggar oleh kereta rasmi yang membawa Lim Guan Eng di luar pintu pagar bangunan DUN Pulau Pinang dan kini calon BEBAS itu sedang diberikan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Dalam perkembangan tersebut, Abu Backer yang berada di luar bangunan DUN Pulau Pinang dikatakan berhasrat untuk bersemuka dengan Lim Guan Eng sebaik-baik sahaja Sidang DUN Pulau Pinang berakhir.

Lebih kurang jam 2:00 petang, kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu bergerak ke pintu pagar bangunan DUN. Abu Backer yang berada di luar, terus meluru dan berusaha menahan kenderaan tersebut. Bagaimanapun beberapa anggota keselamatan yang berada di situ, segera menahan Abu Backer Sidek dan cuba menghalangnya daripada mengganggu laluan Ketua Menteri.
Abu Backer enggan berganjak. Pada ketika kereta yang membawa Lim Guan Eng itu melanggarnya, Abu Backer sempat diselamatkan oleh anggota-anggota keselamatan. Beberapa orang saksi menyatakan, Lim Guan Eng yang berada di dalam kereta, kemudiannya mengarahkan pemandunya meneruskan perjalanan dan langsung tidak menurunkan tingkap atau menjenguk Abu Backer. Wajahnya kelihatan selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Perlanggaran tersebut menyebabkan Abu Backer terlentang dan mengalami kecederaan. Sehingga jam 2:40 petang, Abu Backer masih terbaring di atas jalanraya itu. Hanya pada 2:50 petang sahaja, barulah Abu Backer dibawa ke Hospital Pula Pinang untuk diberikan rawatan.

-Tok Guru-

Monday, May 19, 2014

Kerana Dyana- Selain Umat Islam DAP Juga Bertelingkah




Bagaimana agak nya perasaan orang yang sudah lama berkecimpung didalam politik dan parti politik serta bergantung hidup dengan sebuah parti, tiba tiba calon yang menjadi pilihan pucok kepimpinan ada lah calon payung terjun?

Allah Menguji Pengundi Islam PAS.


Bismillah Alhamdulillah.....
PRK Teluk Intan menunjukkan satu pertandingan yang unik pada kali ini. Barisan Nasional terus konsisten dengan semangat setiakawan apabila terus meletakkan calon Cina GERAKAN walaupun ada desakan secara dalaman supaya UMNO diberi tempat bertanding pada kali ini.

DAP pula beria-ia benar mahu menarik perhatian pengundi Melayu apabila mencuba nasib dengan meletakan calon Melayu bertanding pada PRK kali ini.

Sunday, May 18, 2014

inilah sifat orang Melayu yang mesti diubah


SEBATANG POKOK DAPAT MEMBUAT JUTAAN BATANG MANCIS,TAPI SATU BATANG MANCIS JUGA MEMBAKAR JUTAAN POKOK.

JADI, SATU FIKIRAN NEGATIF DAPAT MEMBAKAR SEMUA FIKIRAN POSITIF. MANCIS MEMPUNYAI KEPALA, TETAPI TIDAK MEMPUNYAI OTAK, OLEH KERENA ITU SETIAP KALI ADA GESEKAN KECIL, SANG MANCIS TRUS TERBAKAR. KITA MEMPUNYAI KEPALA, DAN JUGA OTAK, JADI KITA TIDAK PERLU TERBAKAR MARAH HANYA KERENA GESEKAN KECIL.

KETIKA BURUNG HIDUP, IA MAKAN ULAT, KETIKA BURUNG MATI, ULAT MAKAN BURUNG.WAKTU TERUS BERPUTAR SEPANJANG ZAMAN. KITARAN KEHIDUPAN TERUS BERLAKU.JANGAN MERENDAHKAN SIAPAPUN DALAM HIDUP, BUKAN KERENA SIAPA MEREKA, TETAPI KERENA SIAPA DIRI KITA.

KITA MUNGKIN BERKUASA TAPI WAKTU LEBIH BERKUASA DARIPADA KITA. WAKTU KITA SEDANG BERJAYA, KITA MERASA BANYAK TEMAN DI SEKELILING KITA. WAKTU KITA SAKIT, KITA BARU TAHU BAHAWA SIHAT ITU SANGAT PENTING, JAUH MELEBIHI HARTA.

KETIKA KITA TUA, KITA BARU TAHU KALAU MASIH BANYAK YANG BELUM DIKERJAKAN. DAN, SETELAH DI AMBANG AJAL, KITA BARU TAHU BEGITU BANYAK WAKTU YANG TERBUANG SIA-SIA.

HIDUP TIDAKLAH LAMA, SUDAH SAATNYA KITA BERSAMA-SAMA MEMBUAT HIDUP LEBIH BERHARGA.SALING MENGHARGAI, SALING MEMBANTU DAN MEMBERI, JUGA SALING MENYOKONG.

JADILAH TEMAN PERJALANAN HIDUP YG TANPA BANYAK SOAL DAN SYARAT.BELIEVE IN "CAUSE AND EFFECT" APA YANG DITABUR, ITULAH YANG AKAN KITA TUAI .. ;p

MOHON SEMUA BACA TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG BERGELAR PELAJAR UNIVERSITI..


Sibuk kejar kehidupan.
Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

DAP Guna Wanita Melayu Tentang Hudud PAS




“My stand on hudud is the same as the party stand,” begitu lah kata calon proksi merangkap calon “remote control” DAP Dyana Sofya.

Shamsiah Fateh diperlatakan PKM, Dyana Sofea diperalatkan DAP

DALAM mana-mana peperangan, tidak ada kelebihan yang lebih baik melainkan jika dua pihak yang berseteru dapat memperalatkan penyokong atau tentera pihak lawan untuk menjadi duri dalam daging bagi pihak mereka.

Israel melakukannya di Palestine, Amerika melakukannya di Afganistan dan Iraq, Rusia melakukannya di Amerika dan sebagainya.

MH370: Ada pihak sedang menyembunyikan sesuatu - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamed yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial.

Katanya pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.


Saturday, May 17, 2014

Bandar-bandar Palestin yang hilang


Video dokumentari ini diterbitkan oleh TV Al-Jazeera. Ia memaparkan bandar-bandar yang hilang rentetan penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948.
Haifa, Nazareth dan Jaffa kini telah dipadam dan digantikan dengan Tel Aviv, tetapi suatu ketika dahulu, ia menyimpan seribu satu cerita kehidupan rakyat Palestin termasuk kebudayaan dan perdagangan.



Admin berharap rakyat Malaysia mengambil iktibar dari apa yang berlaku ke atas negara Palestin. Admin juga memohon agar tiada di antara rakyat Malaysia dari peringkat atasan (Pemimpin) hingga ke bawah (rakyat) yang bekerjasama dengan Israel dan sekutunya. Marilah sama-sama mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara

sekitar pemilihan PKR

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Kali ni saya begitu tertarik hendak menulis tentang kisah pemilihan PKR. Saya sedikit pun tidak merasa bangga dengan kekecohan yang berlaku walaupun saya amat benci dengan parti tersebut. Saya benci parti tersebut kerana penipuannya.. kerana konspirasinya.. kerana mempergunakan orang ramai demi kepentingan diri sendiri.. kerana kuat memanipulasikan situasi.. kerana mungkir janji dan seumpamanya. Lihat sajalah apa yang berlaku di dalam pemilihan parti tersebut. Segala kebencian yang saya sebutkan di atas telah berlaku di dalam proses pemilihan PKR. Jika tidak melakukan perbuatan tersebut, itu bukan PKR!

Friday, May 16, 2014

JOM MENJADI AHLI UMNO BAHAGIAN KELANA JAYA


JOM DAFTAR DIREKTORI USAHAWAN


Walkabout: Blok 1& 2 PJS 6A, Kg Lindungan

Aduan Rakyat Penduduk Blok 1&2 Pjs6A Bersama kepimpinan UMNO BAHAGIAN KELANA JAYA diketuai Datuk Haji Yusuff bersama Pengerusi Blok 1&2 Encik Tarmizi. Terima kasih di atas aduan dan kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat. UMNO Bahagian Kelana Jaya akan sedaya upaya menyelesaikan permasalahan penduduk.

Bukan Salah Ibu Mengandung...
Ini kawan Nak Tanya, setelah setahun selepas Pru13 berlalu berapa kali hang nampak kelibat, batang hidung Yb Dun Seri setia turun kawasan ..setelah beberapa Aduan dbuat oleh penduduk mengadu permasalahan tidakdiendah oleh pihak berwajib ..Akhirnya Pengerusi Penduduk Blok 1& 2 PJs 6 menjemput Kepimpinan UMNO Bahagian Kelana Jaya Datuk Haji Yusoff HM Haniff serta Ahli Jawatan kuasanya untuk Turun Padang Membantu.
# Jalan Berlubang pun tidak dihirau jgn kata permalahan yg lebih besar. - penduduk

SELAMAT HARI GURU 2014

Sempena sambutan Hari Guru di seleruh negara, pihak UMNO BAHAGIAN KELANA JAYA menyediakan pulut kuning untuk diedarkan kepada sekolah-sekolah di sekitar Parlimen Kelana Jaya yang banyak bekerjasama dengan kami. Di sini juga kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru. Terima Kasih, Cikgu



DUN SERI SETIA


Bil
Cawangan
Wanita
Pemuda
Puteri
1
DESA HORMAT
X
X
X
2
DESA HORMAT TAMBAHAN
X
X
X
3
DESA MENTARI BLOK 8

X

4
DESA MENTARI  FASA 1
X
X
X
5
FLAT PKNS PJS 8
X
X
X
6
FTZ, PETALING JAYA
X
X
X
7
KAMPONG BAKTI
X
X
X
8
KAMPONG LINDUNGAN
X
X
X
9
KAMPONG MELOR
X
X
X
10
KAMPONG PENAGA
X
X

11
KELANA BANDAR
X
X

12
KELANA BARU
X

X
13
KELANA CENTRE POINT
X
X
X
14
KELANA EHSAN

X
X
15
KELANA INDAH
X
X
X
16
KELANA INDAH BARU
X
X

17
KELANA JATI
X
X
X
18
KELANA JAYA
X

X
19
LENGKOK GOLF
X
X
X
20
MENTARI 7
X
X
X
21
PANGSAPURI ANGSANA USJ 1
X
X
X
22
PANGSAPURI PJS 8 MAKMUR
X
X
X
23
PANGSAPURI SRI LINDUNGAN
X
X
X
24
PANGSAPURI SRI MELEWAR
X
X
X
25
PANGSAPURI SS 8
X
X
X
26
PENAGA BARU
X
X

27
PENAGA INDAH
X
X

28
PENAGA JAYA
X
X
X
29
PENAGA JAYA BARU
X
X
X
30
PENAGA PERMAI
X
X
X
31
PJS 6 UTARA

X

32
RUMAH PANJANG KTM, KG MEDAN
X
X
X
33
SERI PENAGA INDAH
X
X

34
SRI BUKIT BATU 3 PEKAN
X
X

35
SRI LINDONGAN
X
X

36
SS 5
X


37
SS 5A
X
X
X
38
SS 5A BANDAR
X
X
X
39
SS 5B

X
X
40
SS 5D
X
X
X
41
SS 6
X
X
X
42
SS 7
X
X
X
43
SS 7 / SERI DAGANG
X
X

44
SS 8 / SUNGEI WAY
X
X
X
45
SS 9
X
X
X

Bil
Cawangan
Wanita
Pemuda
Puteri
46
SUNGAI WAY / SUBANG
X
X

47
SUNGAI WAY BARU
X
X

48
SUNGAI WAY INDAH
X
X

49
SUNGAI WAY JAYA
X
X

50
SUNGAI WAY KELANA
X
X

51
TAMAN DATO’ HORMAT
X
X
X
52
TAMAN DESARIA
X
X

53
TAMAN DESARIA FASA 5 A
X
X
X
54
TAMAN MESRA BATU 3
X
X
X
55
TAMAN SRI SUBANG
X
X


**Dikemaskini pada 31 Disember 2013