Thursday, May 15, 2014

Perletakan Jawatan Lee Chin Cheh vs Perletakan Jawatan Ahmad Said

Perletakan Jawatan Lee Chin Cheh

Pada 27 Januari yang lepas, Adun Kajang, Lee Chin Cheh melepaskan jawatannya dengan alasan untuk kepentingan Pakatan Rakyat di Selangor. Lee Chin Cheh memenangi kerusi ADUN Kajang pada pilihanraya 5 Mei lepas. Tidak sampai setahun berkhidmat, Lee telah meletakkan jawatan. Tindakan Lee telah dikutuk oleh beberapa orang pro BN kerana mengkhianati amanah rakyat. Dengan alasan untuk mengukuhkan kedudukan Pakatan di Selangor, timbul pula persoalan. Pakatan menang besar di Selangor pada PRU yang lepas.. apakah kedudukan Pakatan masih belum kukuh? Mengapakah begitu mudah melepaskan jawatan yang diamanahkan? Mereka ingat rakyat ni apa? ikut suka hati jer nak letak jawatan! Oleh kerana itu, satu pilihanraya kecil terpaksa di adakan.



Rupa-rupanya, Anwar Ibrahim ingin bertapak di bumi Selangor. Itulah kisah disebalik perletakkan jawatan Lee Chin Cheh! Anwar pula menggunakan alasan hendak selamatkan rakyat Kajang! Satu alasan yang tidak boleh saya terima. Hendak selamatkan rakyat Kajang dari siapa? dari Lee Chin Cheh ker? dari PKR ker? Bukankah Kajang dikuasai oleh PKR? Masih belum selamatkah Kajang? Apabila Anwar didapati bersalah di dalam kes liwatnya, maka gugurlah harapan Anwar untuk bertanding di Kajang. Kekosongan jawatan itu diisi oleh bonekanya yang paling setia: Wan Azizah. Wan Azizah pula memberi alasan demi suami. Alasan bertanding demi suami ini diterima rakyat Kajang dan akhirnya memberi kemenangan kepada Wan Azizah.

Begitulah secara ringkasnya bagaimana Pakatan Rakyat mengukuhkan kedudukannya di Selangor dan bagaimana rakyat Kajang diselamatkan! Setelah beberapa bulan berlalu, adakah kedudukan Pakatan Rakyat benar-benar kukuh? Adakah rakyat Kajang benar-benar berasa selamat? Inilah dia permainan politik Pakatan yang diterajui oleh bangsa Melayu. Hebatnya Melayu bermain politik. Saya bangga dengan kehebatan Melayu bermain politik ni. Tapi saya sedih kerana permainan politik ini demi diri sendiri.. demi suami. Bukannya demi perjuangan rakyat, bangsa & agama!



Perletakan Jawatan Ahmad Said

Pada 12 Mei 2014, negara dikejutkan dengan perletakan jawatan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad bin Said. Berikutan perletakan jawatan itu, Ahmad Razif dilantik menjadi menteri besar Terengganu. Ku ingatkan panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Ku ingatkan tiada masalah dengan perletakan jawatan tersebut rupa-rupanya ada api di dalam serkam.. ada dendam terbuku di dalam hati.. ada kisah di sebalik perletakan jawatan tersebut. Apakah kisah dan alasan disebalik perletakan jawatan itu, tidak dketahui. Hanya tuan empunya badan yang tahu.

Beberapa jam setelah angkat sumpah menteri besar oleh Ahmad Razif, bekas MB Terengganu itu mengumumkan keluar UMNO dan menjadi parti bebas! Beberapa wakil rakyat UMNO yang merupakan sehabat sejati, sehidup semati turut mengumumkan keluar parti dan menjadi parti bebas. Begitu mudahnya mereka keluar parti sesuka hati mereka. Adakah mereka mengambil kira pandangan rakyat yang menggundi mereka kerana UMNO? Ya! ada rakyat yang menggundi kerana UMNO, bukannya kerana calon! Sekiranya mereka menjadi parti bebas, adakah rakyat akan menerima mereka? Bolehkah mereka menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai parti bebas? Bolehkah mereka menyelesaikan masalah rakyat tanpa lambang keris? Jika tidak, maka rakyatlah yang menjadi mangsa. Kasihanilah rakyat. Jangan melibatkan rakyat di dalam emosi anda. Jangan memecah-belahan Melayu kerana sengketa yang remeh. Utamakanlah rakyat, Melayu dan Islam bukannya diri sendiri.

Ingatlah! perbuatan anda merugikan bangsa dan masa depan anda. Bersyukurlah dengan apa yang anda miliki. Bersyukurlah dengan pengalaman yang anda pelajari. Janganlah kerana tamak dan gilakan kuasa, anda menyumbang kepada perpecahan bangsa sendiri. Janganlah kerana emosi dan dendam anda memalukan bangsa. Saya sedikit pun tak berasa bangga dengan perbuatan anda. Perbuatan anda membuatkan musuh bangsa dan agama bersorak gembira katkala kita mengingati peristiwa 13 Mei.

Ingatlah! kerana UMNO, anda menjadi menteri besar, anda menjadi wakil rakyat. Kerana UMNO anda mendapat gelaran YB, Dato' dan sebagainya. Kerana UMNO, anda berbakti kepada rakyat. Kerana UMNO anda membantu rakyat. Kerana UMNO, anda dan keluarga anda hidup senang lenang. Kerana UMNO anda dimuliakan sehingga digelar 'Robin Hood'. Kerana UMNOlah perjuang sebenar bangsa, agama dan negara. Hebatnya UMNO kerana ahlinya. Lemahnya UMNO juga kerana ahlinya. Ahli UMNO yang menentukan perjalanan UMNO dari dulu, kini dan selamanya. Peringatan ini juga ditujukan kepada ahli-ahli UMNO yang lain.



Sekian coloteh saya. Semoga di hari ini, 13 Mei 2014 kita mengingati Peristiwa 13 Mei dan sedekahkanlah Al-fatihah ke atas roh-roh Islam yang terkorban dalam peristiwa tersebut. Al-fatihah.

-Anna Cleonatra-

No comments:

Post a Comment