DALAM mana-mana peperangan, tidak ada
kelebihan yang lebih baik melainkan jika dua pihak yang berseteru dapat
memperalatkan penyokong atau tentera pihak lawan untuk menjadi duri
dalam daging bagi pihak mereka.
Israel melakukannya di Palestine, Amerika melakukannya di Afganistan dan Iraq, Rusia melakukannya di Amerika dan sebagainya.
Negara kita pun tidak terkecuali, malah
sejarahnya boleh dilihat sejauh zaman kesultanan Melayu Melaka lagi bila
Portugis berjaya menembusi pertahanan kota tersebut setelah si Kitol
mendedahkan rahsianya kepada mereka.
Semasa zaman darurat pula, Parti Komunis
Malaya (PKM) yang dianggotai majoriti orang cina berusaha keras
mendapatkan sokongan kaum majoriti di negara ini, iaitu orang Melayu
sehingga mereka menubuhkan Regimen ke 10 yang dikhaskan untuk komunis
dari kaum itu.
Walaupun Islam dan orang Melayu adalah
ibarat perkaitan yang tidak boleh dipisahkan, tapi ada juga dikalangan
kita yang terpengaruh dengan idealogi komunis yang antara lain menolak
sebarang bentuk fahaman agama.
Tergolong di dalam kelompok ini adalah
wanita bernama Shamsiah Fakeh. Keterujaannya dengan fahaman komunis
telah meletakkannya sebagai salah seorang pemimpin utama dalam
pergerakakan komunis. Mula-mula tu memang ingat masuk PKM untuk lawan
British, tapi bila dah hari-hari didedahkan dengan fahaman komunisme,
langsung jadi komunis teruslah.
Zaman moden hari ini, ada parti politik
yang agenda perjuangannya pernah dilabel Nik Aziz sebagai adik komunis,
turut tidak ketinggalan memperalatkan perempuan Melayu untuk dijadikan
contoh bahawa kaum majoriti negara itu turut menyokong perjuangan
mereka, sama seperti PKM memperalatkan Shamsiah Fakeh dulu.
Hakikatnya, kawasan yang nak diletakkan
perempuan ini sebagai wakil, bukanlah kawasan majoriti Melayu pun, tapi
kawasan majoriti cina, dan kalaupun dia menang itu adalah kerana undi
cina yang diketahui menjadi tulang belakang parti politik berkenaan,
bukan kerana sokongan Melayu.
Semua orang tahu tentang hakikat
tersebut, tapi dalam dunia yang penuh dengan maklumat putar belit, ada
orang boleh menjadi ‘buta’ walaupun matanya celik terutama di kalangan
orang Melayu dan parti politik berkenaan tahu tentang ini.
Jadi semua pihak perlu berhati-hatilah
dengan taktik politik yang macam ini. Janganlah sesekali terpedaya
kononnya orang ini akan membawa suara Melayu, takde mananya. Dia
sebetulnya hanya diperalatkan, sama ada sedar atau tidak sahaja.
Lihat saja video di atas. Bukankah dia mengatakan apa yang diperjuangkan DAP? bukannya PAS. Dengarlah apa yang diperkatakan. Adakah PR memperjuangkan apa yang dikatakan? Atau kata-kata itu hanya sekadar dibibir saja untuk menang pilihanraya?
Lihat saja video di atas. Bukankah dia mengatakan apa yang diperjuangkan DAP? bukannya PAS. Dengarlah apa yang diperkatakan. Adakah PR memperjuangkan apa yang dikatakan? Atau kata-kata itu hanya sekadar dibibir saja untuk menang pilihanraya?
No comments:
Post a Comment