Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW,
Saidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:
1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah
seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.
2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara
iaitu:
i. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
ii. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
iii. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.
iv. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah
Muhammadur Rasulullah.’
v. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.
3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah
kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga
bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu
menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah
syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu
menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya.
Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang
menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang
menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan
anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah,
terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.
4. Saidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi
perhiasan kepada lapan perkara:
i. Menjaga perkara yang haram, perhiasan
kepada fakir.
ii. Syukur perhiasan kepada nikmat
iii. Sabar perhiasan kepada
bala.
iv. Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
v. Berlemah lembut perhiasan
kepada ilmu.
vi. Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
vii. Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
viii. Khusyuk perhiasan kepada
sembahyang.
5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari
perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia menceraikan
perhiasan itu.
6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.
7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan
urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan
kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku
tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.
8. Agama buat
kehidupan di akhirat. Harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang
tidak berharta berasa susah hati. Tetapi orang yang tidak beragama
merasa lebih sengsara
No comments:
Post a Comment