Artikel ini ditulis oleh seorang Melayu
pengundi UMNO. Admin ucapkan terima kasih kerana undi UMNO. Undi anda
amat berharga & kami amat menghargainya. Teruskan mengundi kami ;)
Admin juga ingin mengucapkan syabas kerana berani menegur pemimpin
tertinggi. Berani kerana benar. Tak salah menegur untuk kebaikan
bersama. Para pemimpin di atasan hingga ke bawah wajib baca dan berindak
serta berubah ke arah kebaikan bangsa & agama dengan SEGERA!. Admin
harap para pemimpin UMNO janganlah kecewakan harapan rakyat yang
mengundi mereka. Ini juga
peringatan untuk admin. Kepada yang kecewa dengan kepimpinan UMNO,
admin bagi pihak UMNO keseluruhannya memohon kemaafan. Teruslah menegur
kami. Teruslah berjuang bersama kami. In Shaa Allah, akan kami perbaiki
kesalahan kami.
Sekali lagi, maafkanlah kami jika mengecewakan harapan rakyat yang
mengundi kami.
Salam ikhlas dan doa dari kami, UMNO Bahagian Kelana Jaya untuk rakyat Malaysia.
Surat Terbuka kepada YAB PM oleh seorang Melayu
7 Mei 2014
YAB Dato' Sri,
Saya mewakili orang Melayu yang telah mengundi UMNO ingin melahirkan rasa terkilan dan
dukacita terhadap perkembangan yang berlaku di Tanah Air kami.
2.
Kami faham betapa getirnya cabaran yang terpaksa diharungi oleh YAB
untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara berbilang bangsa
ini. Kami juga akur bahawa perlu ada 'give & take' dan toleransi sesama kaum.
3.
Pada tanggal 5 Mei yang lalu, genaplah setahun usia kerajaan BN diberi
mandat sekali lagi untuk terus kekal memerintah. Buat pengetahuan YAB,
sukacita diperingatkan bahawa mandat memerintah kali ini diberikan
kepada BN oleh majoritinya orang Melayu.
4.
Di sini juga ingin disuarakan bahawa orang Melayu yang mengundi UMNO
tempoh hari, kebanyakannya bukanlah ahli UMNO. Saya juga tidak
berkecuali, saya bukan ahli UMNO, tetapi mengundi BN.
5.
Muktahir ini, kami, orang Melayu berasa gusar kemanakah bahtera UMNO,
satu-satunya kapal melayu yang dikemudi? Kami begitu rungsing kerana
secara amnya, hak-hak Melayu sudah tidak lagi menjadi keutamaan UMNO
mengikut kaca mata kami.
6.
Orang-orang di sekeliling YAB sudah tentu sekali memberikan laporan
'khidmat cemerlang', dan kononnya YAB Dato Sri sangat di sayangi rakyat
(mungkin mereka memberi contoh: betapa ramainya yg memakai baju 'I LOVE
PM'). Tetapi hakikat yang sebenarnya tidaklah begitu memberangsangkan.
7.
YAB lulusan pengajian luar negara, kami yakin Dato' Sri tergolong dalam
golongan cerdik pandai dan mampu gunakan mata hati bagi menepis antara
'pujian yang melalaikan dan merosakkan' dengan 'kritikan yang membina
& ikhlas'.
8.
Sebagai golongan cerdik pandai, tentu sekali YAB dapat menilai betapa
cepatnya jatuh pemimpin yang dipandang lemah dan tidak mampu menegakkan
pendirian di hadapan rakyat.
9.
Akhir-akhir ini, kami dapati begitu banyak isu sensitif melibatkan
agama kami (Islam) dan bangsa kami
(Melayu) acap kali dihina dan
dimalukan oleh kaum lain. Contohnya, isu mengajak makan babi di bulan
puasa. Ia isu yang sangat sensitif. Di manakah pula pendirian kabinet
berkenaan isu tersebut?
10.
Kami berikan mandat kepada BN atas dasar kepercayaan. Tidak berapa lama
dahulu, ada Menteri kabinet yg mengisytiharkan adanya dalang tragedi
Lahad Datu di kalangan pembangkang. Kami percaya beliau. Sehingga kini,
tiada pula tangkapan dalang tersebut dari kalangan
pembangkang.
11.
Pembangkang sewenang-wenangnya menghinjak maruah UMNO dengan propaganda
dan fitnah mereka. Adakah YAB akan hanya berdiam diri seribu bahasa dan
mengharapkan mereka akan berhenti menghina UMNO?
12.
Jika YAB pilih unuk berdiam diri, itu hak Dato' Sri, Tetapi bagi kami
orang Melayu, kami masih ada maruah, dan tidak sanggup dibangsatkan oleh
anak-cucu kami
13. Marilah kita mengambil pengajaran daripada robohnya Kota Mekah pada tahun 1511. Untuk
bina empayar, masa berpuluh tahun diambil. Untuk ianya musnah, hanya sekelip mata.
14.
YAB Dato' Sri mewarisi kerajaan yang baik. Bapa-bapa pengasas negara
kita tentu sekali berasa bangga dan senang hati sekiranya Dato' Sri
dapat meneruskan kesinambungan perjuangan survival bangsa Melayu.
15.
Kami, orang Melayu juga berharap agar slogan 'Hidup Melayu' tidak hanya
meniti di bibir Melayu ketika mengemis sokongan Melayu semasa
pilihanraya atau pemilihan UMNO sahaja. Ini negara Malaysia, hak Melayu
mesti dipertahankan.
16.
Identiti bangsa MESTI diabadikan di dalam dokumen-dokumen rasmi
kerajaan bagi memudahkan hak istimewa Melayu dan Bumiputera diberikan
kepada yang berhak.
17. Untuk makluman YAB Dato' Sri, kepercayaan rata-rata rakyat, khususnya orang Melayu terhadap Dato'
Sri kian pudar kerana kami dapati UMNO sudah bukan lagi parti Melayu, tetapi hanya lebih kepada ingin
mengekalkan kuasa pemerintahan. Pandangan ikhlas kami, kedudukan UMNO umpama telur dihujung tanduk.
18.
Kami faham, YAB Dato' Sri mungkin menghadapi tekanan dari segala sudut
oleh puak chauvinis dan extrimis. Dari sudut yang lain, kami mahukan YAB
Dato' Sri faham bahawa orang Melayu juga jika dihimpit dan ditindas
sehingga ke satu sudut, akan turut bangkit memberikan tekanan kepada
YAB. Maka, adalah lebih bijak seandainya Dato' Sri
dapat melayan tuntutan majoriti
daripada menimbulkan rasa kesangsian di kalangan rakyat majoriti
Melayu.
19.
Pemberian BR1M walaupun adalah langkah yang patut dipuji, tetapi pada
pandangan kami bukanlah tindakan yang baik. Agak ironi apabila kerajaan
mengumumkan langkah penjimatan terhadap pelbagai agensi kerajaan, tetapi
pada masa yang sama membelanjakan berbillion ringgit untuk duit
'one-off' setahun sekali. Bukankah lebih baik sekiranya duit sebanyak
itu
dilaburkan untuk prasarana dan infrastruktur
kritikal seperti pendidikan dan kesihatan? Pemberian BR1M adalah umpama
candu. Sekali dapat, selamanya rakyat akan ketagih, dan masalah bakal
timbul sekiranya kerajaan sudah tidak lagi mampu menanggung kos BR1M
yang kian meningkat saban tahun.
20.
YAB Dato' Sri, kami berharap agar Dato' Sri dapat mengambil pandangan
daripada bekas PM, Tun Dr Mahathir tentang bagaimana resepi
mengemudi negara berbilang kaum dengan tegas. Di
bawah pemerintahan Tun Mahathir, tiada puak chauvinis yang berani
mendongak langit menuntut itu & ini. Malah, mereka memberikan
kerjasama yang baik bagi bersama-sama membangunkan negara.
21.
Saya berharap agar Dato' Sri dapat meneliti ke semua isi kandungan
surat terbuka ini dan menilai dengan sejujur-jujurnya dengan mata hati
Dato' Sri dan tidak hanya mengharapkan 'makmal-makmal' dan PEMANDU untuk
menjalankan tugas
berfikir.
Akhir
kata, saya mendoakan agar Dato' Sri sekeluarga dicucuri rahmat dan
semoga Dato' Sri terbuka hati untuk menerima kritik dan saran oleh orang
Melayu pula.
Yang ikhlas,
Seorang Melayu pengundi UMNO
No comments:
Post a Comment