1. Kebaikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan menunjukkan kata-kata lemah lembut
2.
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan prangsangka
maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya.
3.
Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa
pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan.
4. Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku.
5. Kalau kita bermewah-mewah di dunia, akan kurang ganjarannya di akhirat.
6.
Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka
curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia
akan
menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya.
7. Nasihat penting Saidina Umar Al-kKhattab
i. Jika engkau menemukan cela pada
seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana,
celamu lebih banyak darinya.
ii. Bila engkau hendak memusuhi seseorang,
maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih
berbahaya terhadapmu selain perut.
iii. Bila engkau hendak memuji
seseorang, pujilah ALLAH s.w.t. Kerana, tiada seorang manusia pun lebih
banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain
DIA.
iv. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah
kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti
engkau terpuji.
v. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka
bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati,
engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
vi. Bilamana engkau ingin
menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan
memperolehnya kecuali dengan mencarinya.
No comments:
Post a Comment