Saturday, May 17, 2014

sekitar pemilihan PKR

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Kali ni saya begitu tertarik hendak menulis tentang kisah pemilihan PKR. Saya sedikit pun tidak merasa bangga dengan kekecohan yang berlaku walaupun saya amat benci dengan parti tersebut. Saya benci parti tersebut kerana penipuannya.. kerana konspirasinya.. kerana mempergunakan orang ramai demi kepentingan diri sendiri.. kerana kuat memanipulasikan situasi.. kerana mungkir janji dan seumpamanya. Lihat sajalah apa yang berlaku di dalam pemilihan parti tersebut. Segala kebencian yang saya sebutkan di atas telah berlaku di dalam proses pemilihan PKR. Jika tidak melakukan perbuatan tersebut, itu bukan PKR!



Saya berasa sedih melihat video pergaduhan pemilihan tersebut. Semua yang terlibat di dalam pergaduhan adalah orang Melayu. Orang Melayu yang naik amuk kerana di tipu.. orang Melayu yang mudah tertipu.. orang Melayu yang dianiaya.. orang Melayu yang cuba menegakkan benang yang basah.. orang Melayu yang mempertahankan haknya dan orang Melayu yang tidak sedar apa yang mereka perjuangkan.

Wahai orang Melayu PKR. Anda bukanlah gangster. Anda adalah orang berpendidikan.. orang yang bijak menilai mana satu intan, mana satu kaca. Jangan jadikan bangsa Melayu bangsa yang hina. Tolong jangan malukan bangsa. Ketika anda bergaduh, musuh bangsa & agama bersorak gembira. Lihatlah pada persamaan, bukannya pada perbezaan. Terimalah pesanan ikhlas saya walaupun saya bukan penyokong parti anda. Ini juga pesanan buat UMNO.

Akhir kata, saya sajikan gambar-gambar di bawah dan video-video yang dilampirkan. Nilailah sendiri


Kertas undi palsu?

Pengundi Bangla dan Pengundi Hantu?

Tak perlu hadir mesyuarat. Hanya minta 40,000 Pengundi Bangla mengundi di dalam bilik hotel? Wah... senang kerja.. Mungkin ini yang mereka buat sampai boleh menang kawasan Parlimen dan DUN di negeri-negeri PR semasa PRU13?


 


 


 


 


 

-Anna Cleonatra-
Vid: Youtube
Pix: Tun Faizal

No comments:

Post a Comment