Thursday, May 15, 2014

Indahnya jika semua kaum cina patriotik

Admin bangga dengan adanya kaum Cina yg bersama-sama dengan Melayu berjuang demi kemerdekaan & menghormati bangsa Melayu. Namun, bilangan mereka sudah semakin merosot. Majoriti Cina yang ada sekarang ni 'berdendam' dengan kaum Melayu. Mereka menghina kaum Melayu saban hari. Mereka sudah lupa orang Melayu & Bumiputera menerima mereka sebagai warganegara Malaysia kerana kontrak sosial. Mereka setuju menerima hak istimewa orang Melayu & Bumiputera. Ikutilah penulisan di bawah yg membuatkan admin hormat kepada kaum Cina dan berterima kasih kepada mereka yang berjuang menentang komunis dan menghormati bangsa lain:


Saya faham.. kami orang lama pun kecewa.. bawa lah bersabar.. bukan kita saja yang kecewa, ramai lagi rakyat yang kecewa.. bukan Melayu saja yang kecewa.. Cina & India yang cintakan keamanan juga kecewa.


Di suatu masa dahulu saya dilatih untuk kenalpasti beberapa jenis Cina yang ada di Malaysia. Satu jenis Cina yag mahu berniaga dan cari makan, beradap berbudi. Satu jenis lagi yang mahu berpolitik dan cari kuasa. Ada Cina yang sanggup berperang melawan Cia yang mereka anggap penderhaka kepada kerajaan. Mereka ini berganding bahu bersama orang Melayu tapi tak lah ramai sgt kerana mereka takut keluarga mereka akan dibunuh oleh Cina yang hanya mahu mengganas dan jadi penceroboh.

Dalam tahun 1975 saya menjadi ketua kepada satu plantun yang dilatih untuk berperang di hutan dalam tugas-tugas khas (special mission). Mereka semuanya Cina.. dinamakan Special Grade Agents. Hanya kami dua orang saja Melayu.. iaitu Oderly saya yg menguruskan hal makan minum dan hal peribadi dalam operasi. Sepanjang operasi, saya telah menyaksikan ketangkasan dan kesungguhan mereka mempertahankan maruah negara. Special Mission sudah pasti akan bertembung dengan pengganas komunis kerana berdasarkan maklumat sahih.. Lokasi pertempuran di hutan berbukit sempadan NS dan Pahang. Tahun 1975, iaitu beberapa hari selepas Balai Polis Simpang Pertang di tawan oleh sekumpulan Pengganas pada jam 1 tgh hari. Mungkin ramai yang terkejut terutama YDP NS apabila beliau membaca kisah ini kerana Balai Polis kampungnya telah ditawan komunis dalam tahun 1975, lebih kurang sama tarikh Tok Him di tahan di bawah ISA.

Saya dapat saksikan bagaimana pasukan yang kesemuanya cina berbalas tembak dengan pengganas komunis Cina. Dalam keadaan genting ini, meraka lebih mementingkan keselamat saya dari diri mereka sendiri. Walaupun beberapa orang pengganas ini dapat melepaskan diri namun operasi berjaya kerana dua musuh ditembak mati oleh senjata ajen Cina sendiri.

Apa yang saya kesal hari ini dan juga rakan sejawat Cina & India yang sama-sama berjuang dahulu dan yang masih hidup amat kesal akan pemimpin hari ini yg tidak dapat bezakan Cina pengkhianat anak didik dan anak cucu PKM dengan Cina & India yang patriotik.. PM bedai semacam semua sebab dia tak tahu hal-hal macam saya cerita ni. Yang ada kelilingnya kaki ampu & kaki puji.. Menteri & punahsihat disebelah pun kuda kayu.. pandai pakai uniform askar & polis tapi tak tau apa-apa.

Admiral Cheng Ho telah berpesan kepada kaum Cina di Melaka supaya menghormati orang Melayu. Justru terbentuklah Baba & Nyonya Melaka.. hidup seharian cara Melayu. Kalau Najib orangnya bijak mengapa tidak buat macam Cheng Ho, bentuk Baba & Nyonya Malaysia???.. semua masalah In Shaa Allah Selesai.."

No comments:

Post a Comment