Sunday, May 25, 2014

SEDIKIT PENCERAHAN MENGENAI GST


Apakah itu GST?


GST = CUKAI BRGN DN PERKHIDMATAN (good and service tax)

Masakini kita bayar 2 cukai atas setiap barangan / perkhidmatan yang kita beli / guna iaitu :
cukai jualan. (5%) dan
cukai perkhidmatan ( 10%);
ini akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST.



Mengapa kerajaan melaksanakan GST?

Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST?

Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?

Mulai 1 April 2015.

Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?

Tidak semestinya, harga barang akan menjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6% berbanding cukai sebelum ini 16%.
 
Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.
  1. Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)
  2. Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna. 
  3. Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan Pengeluaran passport, pembelajaran di sekolah. 
  4. Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya. 
  5. Jual beli dan sewa rumah kediaman 
  6. Perkhidmatan kewangan terpilih

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?

Pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakan kerajaan.

Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?

Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada:

melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?
Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016

Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016

Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan

Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015

Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015

Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?

Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?

Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?
Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

Perubahan harga barang atau Perkhidmatan amat minimun apabila GST dilaksanakan

Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Apa yg penting:

GST bukan cukai baru, tetapi menggantikn cukai jualan & perkhidmatan. Masakini rakyat dah bayar 2 cukai tu.

GST mengambil kira pola perbelanjaan mengikut kategori pendapatan. Makanan & keperluan asas tidak dikenakan cukai.

GST bukan kos kepada perniagaan

IHP=INDEKS HARGA PENGGUNA akan turun bagi sesetengah barangan/ perkhidmatan seperti:
- Pakaian, kasut
- Hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan, dll
- Komunikasi

IHP MENINGKAT
- Minuman beralkohol & tembakau
- Pendidikn swasta
- Restoran dan hotel

GST bagi menggantikan kelemahan dalam kutipan cukai selama ini:
Seperti cukai bertindih, ketirisan,dll.

GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini peniaga mungkin tak terlepas dan terpaksa bayar - itu yang dikatakan meningkat agaknya

GST DIKENAKN ATAS:
- Setiap peringkat pengedaran
- atas nilai tambah
- Atas barangan dan perkhidmtan yang diimport
- Atas jualan barang dan perkhidmatan di Malaysia

GST JUGA DIKENALI SBG VALUE ADDED TAX ( VAT) ATAU CUKAI NILAI TAMBAH.

GST (VAT)
Cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan melainkn yang dikecualikn oleh kerajaan.

Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih brkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya:

1) cukai terselindung
Kesan: cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan

2) cukai bertindih - berlaku dalam 2 keadaan
a) cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu samada cukai jualan atau cukai perkhidmatan
Kesan: pelanggan terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang di kenakan merupakan sebahagian kos menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan
b) cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barangan berkenaan dikenakan cukai barangan serta perkhidmatan
Kesan: pengguna terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.

Pandangan mereka yang sekarang tak bayar cukai penggunaan terutama golongan miskin terpaksa bayar cukai penggunaan bila GST dilaksanakan (tuduhan pembangkang)

- Sebenarnya rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.

- Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam inbois atau resit kerana ia terselindung di dalam harga barangan.


- Sebagai contoh setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongn miskin, sebnyk RM 2.38 adalah utk cukai. Tetapi apabila GST dilksanakan dan dikenakan pada 4% beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM 2.17 sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka.

Adakah GST akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik?
IHP akan mengalami penurunan sebanyak 0.10% . Harga bagi 8 komponen turun:
- Pelbgai barangan dan perkhidmatan
- Restoran dan hotel
- Komunikasi
- Pengangkutan
- Hiasan, perkakasan & penyelenggaraan
- Perumahan, air, elektrik, gas, & bahan api
- Pakaian dan kasut
- Minuman alkohol dan tembakau

Apa peranan pengguna:
- Membuat perbandingn harga sebelum berbelanja
- Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna
- Melaporkan apa2 kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang berwajib atau persatuan pengguna
- Berbelanja secara berhemah

No comments:

Post a Comment