“My stand on hudud is the same as the party stand,” begitu lah kata calon proksi merangkap calon “remote control” DAP Dyana Sofya.
Jika selama ini PAS mendabik dada
mengaku sudah berjaya mentarbiah orang orang kafir DAP sebagai mana yang
dicanang oleh seorang ulama serta mursyidul am nya, maka tanpa disangka
serangan dari DAP dan bangkangan dari DAP tidak datang dari ahli bukan
Islam nya tetapi datang dari seorang gadis Islam yang tidak menutup
aurat.
Bala datang berganda kepada parti PAS
yang hidup sekian lama atas teori dan retorik. Ternyata apa yang PAS
umumkan kepada sekelian umat Islam ada lah laungan palsu semata mata.
Jika Dyana sudah istihar pendirian nya
sama dengan pendirian parti DAP secara rasmi , maka sah lah DAP juga
selama ini tidak pernah pun menyokong Hudud PAS.
Ringkas nya satu undi untuk Dyana ada lah juga satu Undi untuk penolakan Hudud. Tiada dolak dalik untuk hal ini.
Dyana Sofya mengistiharkan pendirian nya terhadap penolakan hudud ketika belum berkuasa ataupun belum menang kerusi Teluk Intan.
Bayangkan apa yang mampu dilakukan nya ketika sudah menang dan ada kuasa di Parlimen nanti?
Bukan kah Dyana boleh di ‘remote
control” kan oleh DAP sebagai wakil menidak kan usul hudud di Parlimen
dan mengatakan bahawa Hudud tidak ditolak oleh orang cina atau orang
kafir tetapi oleh orang Islam sendiri melalui Dyana? Dan pendirian Dyana
boleh di jadikan sebagai bahan penyerap kepada DAP dan mengurangkan
kebencian orang Islam terhadap orang Cina DAP kerana yang menolak nya
ada lah orang Islam seperti Dyana.
Sejarah DAP mengunakan oang Islam untuk
kepentingan mereka ada lah siri ulangan seperti mereka menguna kan Nizar
Jamaluddin ketika meraih tanah untuk orang Cina DAP selama 999 tahun
dimana Melayu anak bumi Perak sendiri pun tidak dapat sedemikian.
Selain itu orang seperti Nizar
Jamaluddin hanya tahu meminta minta bagi pihak DAP tetapi tidak pernah
meminta minta bagi pihak orang melayu.
Tuntutan orang cina DAP sentiasa
mendapat tempat melalui orang melayu yang menjadi proksi mereka, namun
sebalik nya pula tidak pernah terjadi.
Kini dengan ujud nya makhluk perosak
seperti Dyana dari parti DAP yang menolak hudud dan tidak menutup aurat ,
tentu nya kedudukan PAS juga akan dalam keadaan tersepit.
Apakah PAS terpaksa munafik kan diri
nya, dan berpura pura pejam kedua mata untuk DAP dan Dyana? Dan sambil
itu bernada berbeza didepan orang Islam lain terutama nya jika ia nya
membabitkan UMNO? tentu sekali mereka yang jujur sahaja mampu menjawap
nya.
Nyata sekali Dyana ada lah calon yang
tepat dan datang pada waktu yang amat sesuai , “right person at the
right time” bagi parti DAP.
Walau pun hudud sedang di tangguh kan ,
namun apabila waktu edah nya habis, DAP pasti tidak runsing kerana
mereka sudah persiapkan wakil meghalang nya dan ia datang dari seorang
wanita muslim bernama Dyana.
No comments:
Post a Comment