Monday, May 26, 2014

Istilah Babi



Assalamualaikum wbt..
Info khas buat saudara-saudara ku semuslim



  1. Mungkin ramai daripada umat Islam tidak tahu bahawa label label yang ditulis "This Product contain substance from Porcine" sebenarnya bermaksud "Produk ini mengandungi bahan daripada babi" 
  2. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah "The Source of this gelatin capsule is Porcine", yang bermaksud, "Kapsul gelatin ini diperbuat daripada babi"
  3. Berikut antara istilah Sains yang digunakan dala produk yang mengandungi bahan-bahan dari babi:
  • Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
  • Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
  • Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg
  • Boar: Babi hutan / liar
  • Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
  • Bacon: Daging haiwan yang disalai termasuk babi.
  • Ham: Daging pada bahagina paha babi.
  • Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan)
  • Sow Milk: susu babi.
  • Pig: Istilah umun untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg
  • Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digukan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasas daripada babi.

Sila sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Semoga Alah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah SWT memelihara kita di Dunia & Akhirat.

No comments:

Post a Comment