Wednesday, May 28, 2014

Innalillah.. Kemangkatan Sultan Azlan Shah. Rakyat Perak berduka



Gambar: Alfatihah. Dengan rasa sedih dan hibanya dimaklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat petang tadi. Semoga Allah merahmati Roh Baginda. Amin.

Al-Fatihah

Sultan Azlan Shah, Sultan Perak mangkat pada 3:42 Ptg, 8 Mei 2014.

Perkara ini diumumkan oleh menteri besar Datuk Seri Zambry Abd Khadir secara langsung di RTM hari ini.

Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.

Semua hiburan dan keraian ditangguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari esok sebagai tanda berkabung.

Jenazah almarhun akan dibawa ke Istana Kuala Kangsar esok pagi dan aka dimakamkan selepas Asar.

No comments:

Post a Comment