Monday, May 19, 2014

Kerana Dyana- Selain Umat Islam DAP Juga Bertelingkah




Bagaimana agak nya perasaan orang yang sudah lama berkecimpung didalam politik dan parti politik serta bergantung hidup dengan sebuah parti, tiba tiba calon yang menjadi pilihan pucok kepimpinan ada lah calon payung terjun?


Calon payung terjun ini pula ada lah calon yang tiada pengalaman, selain tiada rekod berbakti serta pengalaman berpolitik. Tentu sekali terasa hina dan tersisih pada sesiapa yang melalui dan merasai keadaan umpama ini.

Begitu lah perasaan sebahagian ahli “senior” dan veteren dalam parti DAP terutama nya di Perak.

Pencalonan Dyana nampak begitu gemilang dari luaran tetapi didalam parti DAP sendiri keadaan tidak lah sebegitu tenang. Ia amat berlawanan. Berkocak dan bergolak, itu lah sebenar nya terjadi.
Jika atas sebab pencalonan Dyana umat Islam menjadi keliru kerana melihat pendirian PAS umpama pesawat MH370 memusing 360 darjah, maka dalam DAP begitu juga.

DAP Perak kini mengalami perpecahan dalaman , sama ada pecah menanti belah atau betapa serious dan dalam nya perpecahan DAP belum lah dapat di nilaikan lagi buat masa ini.
Tapi apa yang dapat dilihat pasti sekali pencalonan Dyana ada lah atas kerja persendirian dan kerja diktator dinasti Lim yang sentiasa mengenepikan perundingan demokrasi dalam DAP.
Tentu ini tidak menghairan kan apabila kamelut CEC dapat disaksikan betapa kemenangan calon diatur atas kehendak keluarga Lim.

Dari recce dan sumber dalaman DAP konon nya kem sepupu Ngeh dan Nga mencadangkan pembantu Nga,ia itu Chong Ze Min sebagai calon kerusi itu tetapi harapan mereka tidak di layan oleh kepimpinan, sementara Kulasegaran pula mahu menamakan penceramah terkenal dan proksi mereka ia itu Hew Kuan Yew.

Jadi atas penolakan ini oleh kepimpinan dinasti Lim maka perasaan tidak puas hati terbenam dan berbuku didalam kem kem diatas.

Pucuk kepimpinan DAP nampak nya mahu kan Dyana sejajar dengan kehendak kem wanita DAP Chong Eng.
Maka kini terserlah lah DAP Perak sahaja sudah ada 3 kem yang tidak sebulu.
Jauh mana kemarahan sesama mereka bakal dapat di lihat dalam beberapa hari sebelum hari mengundi nanti dimana sokongan dan aktiviti kempen boleh dilihat di kawasan yang di kuasai oleh “warlord” DAP ini.

Jadi nyata dan sah, selain umat Islam bercakaran sama sendiri kerana peribadi Dyana seperti tidak menutup aurat dan menolak hukum hudud kini menjadi bala kepada PAS kerana agak tersentak dengan kedudukan itu menjadi bahan ejekan dan pulangan paku buah keras, DAP juga mendapat bala diatas perkara yang serupa.

No comments:

Post a Comment