Thursday, May 15, 2014

Wahai bangsaku, sedarlah!

Wahai kaum cina. Kenapa kamu lupa perjanjian kontrak sosial yg menjadikan kamu warganegara Malaysia dan menerima hak istimewa orang Melayu & Bumiputera? Itulah janji kamu untuk mendapat warganegara Malaysia. Sekiranya kamu memungkiri janji & menentang hak istimewa orang Melayu & Bumiputera ini, adakah kamu layak untuk digelar rakyat Malaysia?


Wahai bangsaku. Pertahankanlah hak istimewa orang Melayu & Bumiputera. Hak istimewa itu adalah maruah kita sebagai bangsa pribumi di bumi Malaysia, tanah pusaka nenek moyang. Jangan biarkan hak ini dirampas. Jangan sampai hak ini tergadai.


Wahai bangsaku. Ketahuilah! Sekiranya hak istimewa itu dirampas, ia bererti maruah orang Melayu & Bumiputera turut tergadai. Jika hak itu dihapuskan, setiap bangsa di Malaysia mendapat hak sama rata. Jika hak itu tiada, setiap agama di Malaysia adalah sama!

Wahai bangsaku. Kita adalah bangsa pribumi di Malaysia & Singapore. Kita mempunyai hak istimewa sebagai bangsa pribumi di Malaysia. Jika setiap bangsa mendapat hak yang sama, apa akan jadi terhadap diri kita di bumi Malaysia? Apakah nasib kita & anak cucu kita? Janganlah kerana sengketa sesama kita, tanah kita tergadai, hak istimewa kita tergadai dan masa depan kita turut tergadai.

Wahai bangsaku. Seandainya setiap agama adalah sama, maka kesucian Islam akan tergugat. Orang ramai sudah tidak mentaati agama Islam sebagai agama rasmi negara. Kes murtad akan berleluasa. Undang-undang Islam tidak lagi praktikal. Jangan biarkan agama tergadai kerana nafsu dan kepentingan diri sendiri. Jangan biarkan sejarah kejatuhan empayar Islam berulang lagi. Memang benar di akhir zaman Islam akan bangkit. Tetapi sebelum tiba kebangkitan Islam, agama Islam akan menjadi asing. Orang ramai membenci Islam. Itulah yg berlaku sekarang. Jadi, janganlah kita tergolong di dalam golongan yg membenci Islam. Janganlah kita tergolong dalam golongan yg menjatuhkan Islam, baik secara langsung mahupun tidak langsung, baik secara terang mahupun secara sembunyi.

Wahai pemimpin bangsaku. Janganlah gadaikan agama, bangsa & negara kerana nafsu & kepentingan diri sendiri. Satukanlah yg terpisah. Damaikanlah yg bersengketa. Berikanlah kepada yang hak. Pimpinlah negara dengan telus dan penuh amanah serta tanggungjawab. Utamakanlah nasib rakyat seagama & sebangsa. Jangan jadikan musuh Islam sebagai telunjuknmu. Doakanlah rakyatmu. In Shaa Allah rakyat akan mendoakanmu.

Itulah pesananku terhadap bangsaku dan pemimpinku. Semoga kalian mendengar nasihatku. Terima kasih kerana membaca.

-Anna Cleonatra-

No comments:

Post a Comment