Bangsa Melayu adalah teras yang utuh bagi Bani Jawi yang berketurunan terus dari nabi Ibrahim a.s.
Kisah
Bani Jawi ini terdapat di dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu
Athir, begini ceritanya. Anak-anak nabi Ibrahim dari Siti
Qanturah/Keturah(dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim tadi
dengan perasaan sedih dan berkata "Wahai bapa kami, tidak adakah dari
kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat
kedudukan kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti
saudara-saudara kami dari nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas
mereka dengan diutuskan ramai rasul di kalangan mereka."
Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu. Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki mertabat Rasul Pilihan. Begitu juga mengenai Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi dan Rasul Pilihan Allah, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan.
Nabi Ibrahim sering berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka "Ya
Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan
ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah
dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha
Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat
keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari
orang-orang yang bertakwa."
Begitulah
sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi
perkhabaran "Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada
anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di
sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke
Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum
sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya
mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya
atau pun rasul."
Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim "Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ke serahkan tugasku ini."
Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim "Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ke serahkan tugasku ini."
Dikhabarkan
bahawa nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah ke Tibet dan Burma
selama 9 tahun meninggalkan anak yang masih kecil Ismail bersama ibunya
Siti Hajar di suatu padang pasir yang tandus. Apabila kembali kerana
diperintahkan oleh Allah baginda melihat anaknya sudah besar berumur 9
tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah
perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah
pengorbanan nabi ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit
kaki nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam.
Kisah Bani Jawi tersebut jelas dikhabarkan di dalam Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir. Penyempurnaan agama Allah yang dipikul oleh Bani Jawi telah mengangkat mertabat mereka ke setinggi-tinggi mertabat Rasul di syurga Firdaus walau pun mereka bukan Rasul.
Oleh
itu, wahai kaumku ! sedarilah tentang asal usul keturunanmu dan bangsa
tidak akan dapat dipisahkan dari umat manusia kerana Allah telah
memaktubkannya di dalam Al-Quran bertujuan untuk saling mengenali tetapi
yang paling mulia dari sesuatu bangsa itu ialah yang paling bertakwa.
Allah
telah memaktubkan Quraish dengan kemuliaan mereka diutuskan nabi yang
terunggul sekali. Agama Allah dibawa atas tiket kaum sebelumnya oleh
Bani Israil sehingga memuliakan mereka dan memertabatkan mereka. Maka di
atas tiket kaum Bani Jawi Allah mengangkat agama nabi Ibrahim dan
memuliakan Bani Jawi.
Kini
Bani Jawi perlu bangkit atas millat Ibrahim membawa agama yang satu dan
janganlah berpecah-belah dalam millat Ibrahim. Agama yang diwahyukan
kepada nabi Muhammad s.a.w. itu adalah agama yang telah diwasiatkan
kepada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa ialah agama yang satu atau Agama
Tauhid menyeru manusia kepada keesaan Allah. Dengan itu sesuatu kaum
akan dimuliakan dan dimertabatkan dengan agama ini seperti firman Allah;
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
النور: ٥٥
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." An-Nur 55
Marilah wahai kaumku Bani Jawi ! Bangunlah dari tidur lenamu ! Jangan kamu menjejaki langkah kaum yang binasa seperti yang dinyatakan oleh Allah di dalam kitabNya lebih banyak mengenai kerosakan dan kebinasaan kaum Bani Israil. Mereka dihalau dari tanah tumpah darah mereka oleh musuh yang sangat kuat oleh kerana perbalahan yang berlaku di kalangan mereka sendiri dan mengabaikan keesaan Allah dan penyatuan ummah.
Bacalah surah Al-Baqarah kalau kamu seoarang pemimpin kerana Rasulullah s.a.w. melantik ketua orang yang memahami surah Al-Baqarah. Di dalamnya terdapat cerita kaum Bani Israil yang melakukan pelbagai kerenah terhadap rasul-rasul dan nabi-nabi mereka.
Kaum Bani Jawi juga banyak persamaan dengan kerenah Bani Israil kerana ada persamaan DNA dengan Manashe bein Joseph (dialek Hebrew), anak nabi Yusuf cucu kepada nabi Yaakub. Nabi Yaakub digelar Israil dan anak-anaknya adalah Bani Israil. Manashe cuci tangan dari perbalahan bapa-bapa saudaranya terhadap Yusuf dan berhijrah ke Timur . Terdapat satu pertembungan DNA Bani Jawi dengan Manashe ketika baginda berkahwin dengan perempuan Bani Jawi dan membina empayar yang luas sehingga diwarisi oleh cicitnya Iskandar Zulkarnain.
-zam-zzzzzzzzzz.blogspot.com-
No comments:
Post a Comment