*Dengan terbitnya artikel ini, saya dengan ini menyokong mantan MB Terengganu, Dato Seri Ahmad Said. Solidariti untuk Mat Said Nelang!
Bukan nak tipu atau nak sokong UMNO ke apa... aku sebenarnya memang suka dengan Mat Said ni. Kalau kawan-kawan pernah baca artikel aku yang lama-lama, memang aku banyak cerita pasal Mat Said dan kebaikan dia serta aku pun backup dia kalau ada masalah semasa. Bukan sebab aku sokong UMNO, tapi memang di Terengganu, bagi aku Mat Said ni berjiwa rakyat.
Berbeza dengan menteri-menteri besar sebelumnya. Majoriti tak boleh pakai even orang luar suka dan kata baik. Ni cerita dalaman. Orang luar memang tak tahu.
Mat Said ni sek2 nelang sokmo. Berjiwa rakyat. Banyak kes dah Mat Said memang berjiwa rakyat walaupun dia ni UMNO. Kita tolak tepi hal-hal ketirisan dalam UMNO. Sebab hal-hal ketirisan ni bukannya tak ada pun dalam Pakatan Rakyat. Tak ada yang maksum. PKR sendiri misalnya, melaungkan reformasi dahulunya tetapi sekarang mereka sendiri yang sudah hilang irama reformasi itu. Bukan soal merendahkan atau soal menjadi macai.
Tapi timbang tara kita harus jujur dan seimbang. Kita harus lihat dari dasar. Dari akar.
Akarnya Mat Said ada pada rakyat. Tunjangnya pula pada Sultan.
Kuat Mat Said dari bawah. Dan disokong dari atas. Daripada payung... payung yang memayungi akar.
Mat Said dipilih oleh Sultan Mizan selepas Idrish Jusoh derhaka. Selepas TG Hadi Awang disingkirkan. Mat Said pilihan istana. Istana Terengganu ada kuasa besar. Walaupun ramai mat rempit memekik di jalanan dihadapan istana, tak pernah lagi Sultan marah mereka. Mat Rempit ni pun reti hormat istana.
Mat Said ni seorang yang lejen. Nelang sokmo bak kata sek2 ganu. Bukan nak UP dia lebih-lebih. Tapi dia tak perlu protokol. Dia tak takut sama kroni. Dia tak takut dengan KJ. Dia tak takut dengan TMJ. Apa ada pada nama dan keturunan? Dia lagi takutkan rakyat. Mana tempat Mat Said pergi yang rakyat marah dia? Ada ke? Kalau ada tu mesti rakyat yang kaki ampu kroni yang bencikan Mat Said. Itu aje....
Aku pernah ngeteh ngan Mat Said. Tahun 2012, di Dungun. Aku pakai baju kaler oreng masa tu. Ada logo gotong royong. Mat Said datang, hulur tangan salam aku. Kami borak-borak. Mesra Mat Said tak macam mesra pak-pak menteri atau yang berjawatan tinggi yang lain. Aku pun pernah jumpa TG Hadi Awang. Nak borak dengan dia punyalah payah. Dengan Mat Said senang. Jumpa, tahan je dia... tak de hal. Tapi kita kena hormat masa dia juga, jangan lama sangat.
Dia datang naik kereta hitam dia. Tak ada pengiring. Tak perlu polis. Tak perlu pengawal peribadi. Dia dengan drebar dia je. Pakaian pun tak perlu gah. Seluar slack hitam dan baju biasa. Dia tahu dia turun ke tempat rakyat. Kenapa perlu bermegah hanya kerana ada jawatan tinggi?
Projek-projek di Terengganu. Siapa punya kerja yang membantutkannya? Stadium runtuh? Siapa punya projek? Bukan Mat Said. Itu kroni lama punya cerita... Mat Said tanggung beban. Dia naik jadi Menteri Besar pun mewarisi ketirisan lama. UNIsZA misalnya, siapa yang majukan? Siapa yang tukar nama? Sebelum Mat Said namanya UDM. Itu semasa Hadi Awang.
Sekarang Mat Said sudah letak jawatan. Perlantikan adun Takir dah ditarik balik. Sebab majoriti BN sudah berkurangan. 6 orang adun BN keluar UMNO jadi bebas. Mereka dipihak Mat Said. Solidariti untuk Mat Said. Pak Jib memang tak sepatutnya singkirkan Mat Said hanya kerana kroni dan kaki ampu. Sekarang Istana mahu angkat adun PAS pula. Saya harap bukan PAS yang berkuasa di Terengganu. Saya mahukan Mat Said semula. Atau orang-orang yang setara dan lebih hebat dari Mat Said. Saya tahu orang-orang istana bijak belaka. Mereka boleh buat keputusan yang baik. Seperti keputusan mengangkat Mat Said selepas menyingkirkan Idris Jusoh dan Hadi Awang.
PAS naik nanti kecoh isu balak. Mahu bikin hudud. Itu tidak bagus. Rakyat bawahan makin teruk. Nanti mahu buat Mawlid dah tak boleh. Dana PAS sudah dikuasai satu pihak yang mahukan perubahan. Perubahan daripada sistem silam kepada sistem yang baru. Mereka mahu tajdidkan PAS. Ini hal buruk. Kalau PAS sudah kuasai semua Terengganu, ini bererti kuasa pihak tersebut sudah kukuh di Pantai Timur.
Maka, kebangkitan Islam daripada TIMUR semakin sukar.
Dalam dunia, Malaysia adalah yang paling TIMUR.
Dalam Malaysia, negeri paling TIMUR adalah Terengganu.
Dalam Malaysia, Sultan paling baik adalah Sultan Mizan.
Dalam Malaysia, menteri besar paling nelang adalah Mat Said.
Ini semua kenyataan.
Walaupun Terengganu negeri paling miskin rakyatnya.
Tetapi mereka kaya di dalam.
Cerita yang orang luar tak tahu.
Sebab saya suka merantau ke Terengganu.
Saya sering ke sana dan saya ramai kenalan di sana.
Walaupun saya berpusat di Kuala Lumpur.
Saya tahu, ada sesuatu di Terengganu.
Sekian.
-bradokapak-
No comments:
Post a Comment