Saturday, November 8, 2014

SISTER IN ISLAM


SIS ada banyak kesilapan yang telah dibetulkan oleh ramai pihak tetapi SIS tidak mengendahkan teguran-teguran tersebut. Begitu banyak kertas kerja dan buku telah ditulis memperbetulkan fahaman mereka.

Mahkamah Rayuan Iktiraf Hak Transgender?? Whaattt?


Semoga diberikan perunjuk
Janganlah hendaknya kalian bergembira dengan kemenangan di atas jalan yang tersasar.
Sesungguhnya kita akan berhadapan dengan mahkamah yang lebih hebat dan tepat yang bakal menentukan kebahagian dan kemenangan yang kekal buat selamanya mahu pun sebaliknya.
Kembalilah....

Pasangan gay terharu melihat ‘anak mereka’.....

BJ Barone dan Frankie Nelson merasa ‘gembira dan terharu’ yang bersangatan dengan kelahiran ‘anak mereka’ yang kemudiannya diberi nama sebagai Milo.
‘Kegembiraan’ yang tidak dapat dibendung itu terserlah apabila mereka menemui ‘anak mereka’ yang baru dilahirkan oleh ibu tumpang kepada Milo.
BJ Barone dan Frankie Nelson memasuki bilik bersalin tanpa berbaju untuk mendukung dan mendakap Milo kerana mempercayai bahawa sentuhan kulit-ke-kulit membantu mempertautkan hubungan ikatan di antara anak yang baru lahir dengan orang tua (ibu) mereka.

Friday, November 7, 2014

Majlis Penyampaian Sijil Tabika KEMAS PEKA Kg Lindungan

Majlis Penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar Tabika KEMAS Peka telah diadakan pada 5 November 2014 dan dirasmikan oleh Saudara Rodzi Ahmad, Setiausaha UMNO Bahagian Kelana Jaya. Saudara Rodzi telah mewakili YBhg Datuk Yusoff HM Haniff, selaku Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Admin mengucapkan setinggi-tinggi tahnniah kepada pelajar Tabika KEMAS yang telah menamatkan persekolahan bagi tahung 2014. Semoga anak murid sekelian terus sukses!


Thursday, November 6, 2014

Rumah Terbuka Deepavali IPF Malaysia 2014

Pada 2 November 2014, telah diadakan Rumah Terbuka Deepavali IPF Malaysia 2014 di padang Blok 5, Desa Mentari. Majlis diserikan dengan kehadiran Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Noh Omar dan isteri, Datuk Noraini Ahmad, Madam Ong Chong Swen, Mr Loh Seng Kok serta rombongan dari UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Kelihatan begitu ramai warga India telah hadir memeriahkan rumah terbuka ini. Admin ucapkan terima kasih kerana sudi menjemput warga UMNO Bahagian Kelana Jaya dan terima kasih juga di atas layanan yang diberikan


Konvensyen UMNO Selangor 2014

Konvensyen UMNO Selangor telah diadakan di Dewan Tun Razak, PWTC pada 1 November 2014. Admin berharap agar warga dan kepimpinan UMNO di Selangor khususnya menerima teguran yang disampaikan oleh YAB Presiden UMNO dan mula menyusun, merangka dan bertindak meraih semula undi penduduk setempat.


Program Ziarah Jumaat @ SS9 Sg Way

Program Ziarah Jumaat ini telah diadakan pada 31 Oktober 2014 bertempat di kawasan perumahan SS9 Sg Way. Program ini bertujuan melawat penduduk setempat dan para sahabat UMNO Bahagian Kelana Jaya yang uzur. Sedikit sumbangan dihulurkan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung. Program ini dianjurkan oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Terima kasih UMNO Bahagian Kelana Jaya serta syabas kepada Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kelana Jaya. Kepada penduduk di komuniti Kelana Jaya dan sahabat UMNO yang keuzuran, kami di sini mendoakan agar kalian cepat sembuh 


Sunday, October 26, 2014

Kejohanan Bola Jaring Terbuka Anjuran Aktivis Muda Kelana Jaya & JPP Zon 11 & 13

Pada 26 Oktober 2014 yang lepas, telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Terbuka yang dianjur oleh Aktivis Muda Kelana Jaya bersama JPP Zon 11 & 13. Acara diadakan di Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya dan disertai oleh 16 pasukan bertanding. 

Pasukan-pasukan yang bertanding ialah:

1) PUS
2) ZPC Team 
3) BSJ Havoc Team 
4) SGC United 
5) Akhbar
6) Huffaz Netball Team (HNT)
7) S.M Pilocious
8) Victorious Secret 
9) Cereal Killers 
10) Main Je Lar
11) BSP Team 
12) Darkhorses
14) Lagend
15) Untitled
16) MMU Melaka 

Acara telah dimulakan seawal 8 pagi dan berakhir pada jam 7 malam. Taniah kepada pemenang!

Majlis pembukaan dirasmikan oleh YBhg Datuk Hj Yusoff HM Haniff, Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya & Majlis penutup dirasmikan oleh Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Sdri Zahida Zarik Khan