Saturday, November 8, 2014

SISTER IN ISLAM


SIS ada banyak kesilapan yang telah dibetulkan oleh ramai pihak tetapi SIS tidak mengendahkan teguran-teguran tersebut. Begitu banyak kertas kerja dan buku telah ditulis memperbetulkan fahaman mereka.

SIS membuat banyak fakta yang bersalahan dengan asas Islam, dan oleh kerana SIS didokongi oleh media yang menyokong gagasan agama dipinggirkan dari norma kehidupan manusia seperti Malaysiakini, MalayMail Online, Free Malaysia Today, Malaysian Insider dll, maka banyak silap faham itu lebih luas tersebar kepada masyarakat.
Saya secara peribadi menyokong gesaan agar SIS Forum Berhad difatwakan haram oleh MAIS dan Jabatan Mufti Selangor.
Antara tulisan dan pembetulan Wanita ISMA terhadap fakta menyeleweng yang telah disampaikan SIS:
SIS membuat kesalahan besar disini dengan mentakrifkan hak-hak wanita di dalam Islam dengan merujuk kepada surah al-Mujaadalah yang dikatakan diturunkan kerana Hindun mengadu perihal Abu Sufyan suaminya yang kedekut lantaran tidak memberi nafkah kepadanya dan anak-anaknya.
Ini adalah fakta yang salah kerana surah Mujadalah diturunkan apabila Khaulah binti Tha’labah datang mengadu kepada Rasulullah perihal suaminya yang telah menziharkannya sedangkan beliau telah menghabiskan seluruh hayatnya untuk suami dan melahirkan anak-anaknya. Surah ini menunjukkan wanita mempunyai hak bersuara supaya dapat memastikan haknya tidak dicerobohi sesuka hati dari pihak suami. Kesilapan tidak merujuk kepada surah yang betul dan asbab penurunannya ini adalah sangat ketara.
Suri Kempe dari SIS juga mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a telah memperbetulkan Abu Hurairah r.a dalam tradisi yang berkonflik dengan al Quran. Dengan kenyataan bersahaja begitu, tanpa memberi contoh dan menghuraikan, juga tanpa merujuk kepada disiplin Ilmu Ulum hadis yang benar, pihak SIS telah menanam satu bentuk keraguan kepada perawi hadis yang thiqah (dipercayai dan diperakui).
Dalam artikel 2 dan 3, SIS senada dengan gerakan hak asasi wanita seperti JAG dengan mengharamkan apa yang telah dihalalkan iaitu gesaan agar umur minimum perkahwinan dinaikkan ke umur 18 tahun dan membantah campurtangan Mahkamah Syariah dalam kes-kes sebegini.
Wanita ISMA mengajak SIS membezakan antara kanak-kanak dan remaja sebelum menetapkan kadar umur secara sembrono yang mungkin menggalakkan penzinaan. SIS tidak pula menjadikan seruan menjauhi zina sebagai satu wadah perjuangan mereka.
Dalam artikel 4 dan 5, beberapa pandangan SIS, konsisten menongkah arus ajaran Islam yang syumul :
· Mempersoalkan keadilan undang-undang hudud ke atas wanita[8]
· Bersama JAG Membantah Pesalah Sumbang Mahram Disebat[9]
Menyokong kebebasan menukar agama bagi Muslim[10]
Menyokong peserta Muslim menyertai pertandingan ratu cantik dan mempertikaikan sistem fatwa di Malaysia[11]
SIS adalah salah satu kumpulan yang menandatangani dokumen mendesak Malaysia mengambil CEDAW sepenuhnya sedangkan CEDAW mengandungi elemen yang bertentangan dengan undang-undang dan hukum perkahwinan Malaysia.
SIS cenderung untuk mengenepikan hadis, seerah dan tafsiran ulama muktabar dalam menentukan kewajiban berhijab.

No comments:

Post a Comment