Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

Thursday, November 6, 2014

Konvensyen UMNO Selangor 2014

Konvensyen UMNO Selangor telah diadakan di Dewan Tun Razak, PWTC pada 1 November 2014. Admin berharap agar warga dan kepimpinan UMNO di Selangor khususnya menerima teguran yang disampaikan oleh YAB Presiden UMNO dan mula menyusun, merangka dan bertindak meraih semula undi penduduk setempat.


Friday, October 10, 2014

Majlis Tahlil Allahyarham Tn Hj Zakaria Badar

Pada lewat malam 7 Oktober yang lepas, AJK Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya, Saudara Zaidi Mazalan turut meluangkan masa  menghadiri Majlis Tahlil dan bacaan Yassin Allahyarham Tn Hj Zakaria Badar yang meninggal dunia pada Hari Raya Aidiladha yang lepas. 

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para Solehin


Majlis Tahlil Allahyarham En. Ismail Ali

Pada 7 Oktober yang lalu, AJK Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya, Saudara Zaidi Mazalan telah menghadiri Majlis Tahlil Allahyarham En. Ismail Ali. Allahyarham merupakan AJK UMNO Cawangan Taman Dato Hormat.

Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham



Monday, September 22, 2014

The Malaysia Book of Record keunikan di Mesyuarat Perwakilan PJU

Pada hari Ahad 21 September yang lalu, Datuk Yusoff HM Haniff telah dijemput ke Mesyuarat Perwakilan PJU, mewakili UMNO Perhubungan Negeri Selangor. Rombongan turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kelana Jaya, Mesyuarat telah diadakan di UNITAR dan dirasmikan oleh YB. Dato' Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumah dan Kerajaan Tempatan.

 Para tetamu dan perwakilan di sajikan dengan kepelbagaian jenis kuih Tradisional Melayu dan direkodkan di dalam Malaysia Book of Record sebagai Pelbagai Kuih Tradisional Melayu Terbanyak.

Tahniah admin ucapkan kepada UMNO PJU dan UNITAR.


Saturday, September 20, 2014

Daulat Tuanku! Laporan Polis Dibuat di Balai Polis USJ 8

Satu laporan polis telah dibuat pada 19 September di Balai Polis USJ 8 berkenaan dengan kenyataan berbau hasutan dan menghina Sultan Selangor berhubung krisis Menteri Besar Selangor. Turut hadir membuat laporan ialah NGO-NGO di Daerah Petaling Jaya, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya serta wakil dari UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Admin ingin mengucapkan syabas dan terima kasih di atas sokongan dalam mempertahankan Kedaulatan Sultan dan Institusi Raja. 


Tuesday, September 16, 2014

Album Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya 2014

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya 2014 telah selamat diadakan pada hari Ahad 14 September 2014 bertempat di Dewan Auditorium Angkasa, Kelana Jaya. Dianggarkan lebih 500 orang yang terdiri daripada Perwakilan setiap sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, NGO-NGO dan para pemerhati hadir ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat Perwakilan kali ini dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.  

Tahniah kepada mereka yang hadir dan menjayakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya 2014. 


Tuesday, September 9, 2014

Mesyuarat Bahagian UMNO Bahagian Kelana Jaya

Mesyuarat Bahagian UMNO Bahagian Kelana Jaya telah diadakan pada 8 September 2014 memfokus kepada penganjuran Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya 2014. Mesyuarat Perwakilan tersebut dijangkan akan diadakan pada 14 September 2014 di Dewan Angkasa, Kelana Jaya. 

Semua Perwakilan wajib hadir!

Monday, September 8, 2014

Jemputan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Subang

Tahniah! Warga UMNO Bahagian Kelana Jaya ucapkan kepada rakan seperjuangan di UMNO Bahagian Subang kerana selesai menjalankan tanggungjawab. Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Subang telah diadakan pada hari Ahad, 7 September 2014 bertempat di Kelab Rahman Putra. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin. 

UMNO Bahagian Kelana Jaya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas layanan yang diberikan. Marilah kita berganding bahu memartabatkan bangsa Melayu, Islam dan Tanah Melayu 


Derma kilat untuk Gaza di Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya ke-11

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya ke-11 telah diadakan pada 6 Septermber 2014 bertempat di Kompleks KASTAM, Kelana Jaya. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj Yusoff HM Haniff yang juga merupakan ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya. 



Kemeriahan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kelana Jaya 2014

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kelana Jaya 2014 telah diadakan pada hari Sabtu, 6 September 204 bertempat di Holiday Villa Subang Jaya. Mesyuarat dirasmikan oleh YB, Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican, Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas.  

Sebahagian daripada Perwakilan Puteri Bergambar kenangan bersama AJK UMNO Bahagian Kelana Jaya yang hadir memeriahkan Mesyuarat.

Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Kelana Jaya

Mesyuarat khas UMNO Bahgian Kelana Jaya ini diadakan pada 4 September 2014 bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Kelana Jaya. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti dan permasalahan yang dihadapi oleh komuniti setempat 


Thursday, August 28, 2014

Rumah Tebuka Datuk Seri Datuk FD Iskandar

UMNO Bahagian Kelana Jaya meluangkan masa memenuhi undangan Rumah Terbuka Datuk Seri Datuk FD Iskandar yang juga merupakan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kelana Jaya. Majlis diadakan di kediaman beliau pada 24 Ogos 2014. Majlis turut diserikan dengan bacaan Doa Selamat sempena anak beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Warga UMNO Bahagian Kelana Jaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat maju jaya kepada anak Datuk Seri. Terima Kasih atas layanan  Datuk Seri & Keluarga 


Undangan Majlis Perkahwinan Anak-anak Fuad Tukiman

Di dalam kesibukan menghadiriRumah Terbuka, warga UMNObahagian Kelana Jaya sempat memenuhi undangan Majlis Perkahwinan anak-anak Fuad Tukiman, OTAI UMNO Bahagian Kelana Jaya. Saudara Fuad Tukiman mengahwinkan ketiga-tiga anak lelakinya serentak di Dewan Serbaguna Kompleks Kastam, Kelana Jaya. Majlis berlangsung pada 24 Ogos 2014.

Ramai OTAI-OTAI UMNO Bahagian Kelana Jaya hadir ke majlis tersebut. Semoga ikatan silaturahim antara OTAI-OTAI ini terus berkelalan ke generasi seterusnya.

Terima Kasih kepada saudara Fuad Tukiman dan keluarga di atas jemputan dan layanan yang diberikan. Kami doakan pasangan pengantin terus kekal bahagia ke anak cucu


Memenuhi Undangan Perkahwinan anak Zali Khemah

Terima kasih diucapkan kepada Zali Khemah dan keluarga di atas jemputan walimatulurus anak beliau yang berlangsung di Kg. Lindungan. Majlis telah diadkan pada 24 Ogos 2014. Taniah kepada pasangan pengantin baru. 


Wednesday, August 27, 2014

Merdeka Raya UMNO Bahagian Kelana Jaya.. "Disini Lahirnya Sebuah Cinta"

Majlis Sambutan Rumah Terbuka UMNO Bahagian Kelana Jaya yang turut diadakan dalam bulan Kemerdekaan diserikan dengan sambutan Ambang Kemerdekaan. Nyanyian lagu-lagu Patriotik dan deklamasi sajak-sajak Kemerdekaan menjadi aktiviti utama sambutan Ambang Kemerdekaan.

Marilah kita Rakyat Malaysia menanamkan sifat-sifat Patriotisme terhadap negara di dalam diri kita. 
-DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA- 


Warna-warni Aidilfitri UMNO bahagian Kelana Jaya 1435H

Keseronokan dan keceriaan terpancar di setiap wajah para hadirin di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Kelana Jaya. Majlis yang diadakan pada 24 Ogos lepas bertempat di perkarangan Pejabat UMNO bahagian Kelana Jaya dihadiri oleh warga UMNO Bahagian, wakil dari Parti Komponen BN dan wakil-wakil dari UMNO bahagian serta UMNO Selangor, NGO-NGO dan penduduk setempat.

Terima kasih kami ucapkan kepada para hadirin yang bersama-sama kami memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1435H ini. Semoga jalinan silaturahim ini terus berkekalan. Sehingga kita bertemu di Aidilfitri tahun hadapan.


Rumah Terbuka Aidilfitri Zuhri Othman

UMNO Bahagian Kelana Jaya serta Ajk UMNO Bahagian Kelana Jaya berbesar hati memenuhi undangan Rumah Terbuka Aidilfitri Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya, Saudara Zuhri Othman ... Terima Kasih di atas layanan yang diberikan


Monday, August 25, 2014

Al-Fatihah: Hilangnya sebutir permata UMNO Bahagian Kelana Jaya, Allahyarham Mat Rapi

Pada 22 Ogos yang lalu, warga UMNO Bahagian Kelana Jaya telah dikejutkan dengan berita perginya saudara Mat Rapi menemui penciptanya. Allahyarham merupakan seorang yang aktif di dalam Pergerakan UMNO Bahagian Kelana Jaya. Al-Fatihah


Sunday, August 17, 2014

Rumah Terbuka PJS 4

UMNO Bahagian Kelana Jaya memenuhi jemputan Rumah Terbuka PJS 4 yang dianjurkan oleh keluarga Norazura Abdul Rahman, AJK Puteri UMNO bahagian Kelana Jaya. Terima Kasih di atas jemputan dan layanan yang diberikan


Rumah Terbuka Datuk Rozzana

UMNO Bahagian Kelana Jaya memenuhi jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Rozzana sekeluarga di kediaman mereka yang terletak di SS3, Kelana Jaya. Terima Kasih diucapkan kepada Datuk sekeluarga