Tun Dr Mahathir Mohamed yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi
tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa
gangguan" daripada kapal terbang komersial.
Katanya pesawat
Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan
salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.
"Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk
mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana
MH370 salah satu darinya.
"Boleh atau tidak juruterbang MH370
hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh
mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," katanya dalam
tulisan terbaru di blognya.
Katanya, dengan alasan tertentu,
media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi
Perisikan Pusat (CIA) Amerika.
Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem 'pendaratan automatik anti keganasan'.
"Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan
yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu,"
katanya.
Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin
ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan
MH370 ini.
"Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan," katanya lagi.
Dalam tulisan yang bertajuk 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come
Down', Dr Mahathir berkata apa yang naik pasti akan turun.
"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau.
Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk
mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam.
"Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.
"Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,"katanya.
Tulisan Dr Mahanthir ini memberikan teori konspirasi baru terhadap
misteri kehilangan penerbangan MH370 yang telah masuk hari ke 72 hari
ini.
No comments:
Post a Comment