Mah
Siew Keong, seorang peguam yang berusia 53 tahun. Beliau tamat
pelajaran sekolah rendah dan menengah di Sekolah Horley Methodist Teluk
Intan. Sejurus itu, beliau melanjutkan pelajaran ke London University,
England dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan
kepujian B.Sc. (Hons). Seterusnya, beliau berjaya mendapat Ijazah
Sarjana Pentadbiran Perniagaan MBA daripada City University London dan
Ijazah Muda Undang-Undang LLB (Hons) dengan kepujian daripada East
London University.
Perjalanan politik Mah Siew Keong:
• 1995 dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Hilir Perak mewakili Parti Gerakan
• 1995 terpilih sebagai ADUN Pasir Bedamar dalam Pilihan Raya Umum (PRU)
• 1999 terpilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan dalam PRU
• 2004 berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan dalam PRU dan dilantik
sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
• 2006 bertukar portfolio kabinet dan mengambil alih jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• 2013 terpilih sebagai Presiden Nasional Parti Gerakan
Mah Siew Keong
gigih berkhidmat untuk rakyat tanpa mengenal penat lelah. Beliau giat
berjuang untuk mendapatkan peruntukan kerajaan yang berjumlah puluhan
juta ringgit bagi tujuan pembinaan benteng yang menjangkau 10km di
sepanjang Sungai Perak dan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang
telahpun lama membelenggui penduduk setempat. Ketika beliau menjawat
sebagai Timbalan Menteri, Mah Siew Keong juga komited dalam
mengembangkan sektor perindustrian dan perdagangan, pembangunan tempatan
dan infrastruktur Teluk Intan. Beliau juga berjuang untuk mendapatkan
peruntukan bagi pendidikan, tokong dan persatuan-persatuan.
Beliau juga
aktif menceburi diri dalam aktiviti-aktiviti persatuan tempatan dan
pertubuhan amal di mana beliau turut berperanan sebagai penasihat kepada
banyak organisasi setempat dan sentiasa aktif memberi sumbangan dan
idea yang bernas seperti:
• Menubuh pusat dialisis di Perak atas kerjasama dengan pertubuhan tempatan
Berjaya mendapatkan 153 geran kawasan pertanian bagi penduduk Kampung Sungai Suli
• Memberi peruntukan untuk penubuhan Yayasan Perubatan Chung-Hua Hilir Perak
• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembukaan kolej komuniti di Teluk Intan
• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembinaan terminal bas di Bandar Baru Teluk Intan
• Menyokong secara aktif dan memberi peruntukan kepada usaha pembinaan sebuah krematorium Cina Hilir Perak
• Mengatur supaya Yayasan Datin Seri Ting Sui Ngit memberikan peruntukan sebanyak RM20 ribu dan RM100 ribu kepada Che Phong Khor Moral Uplifting Association dan Persatuan Kebajikan Dialisis Hilir Perak secara berasingan.
Biarpun Mah Siew
Keong tewas dalam PRU tahun 2008 dan 2013, namun beliau tetap mengambil
berat terhadap kebajikan penduduk Teluk Intan dan berhasrat untuk terus
berkhidmat kepada penduduk tempatan. Selain daripada berpengalaman,
berdedikasi dan komited, beliau juga merupakan seorang penduduk Teluk
Intan yang menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat tempatan. Marilah
kita mengundi Mah Siew Keong untuk membolehkan beliau dipilih sebagai
wakil rakyat dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk
Teluk Intan serta membawakan arus pembangunan, kemajuan dan kemakmuran
kepada negeri Perak dan Teluk Intan sehingga membolehkan Teluk Intan
muncul sebagai salah sebuah bandar yang pesat membangun dengan prospek
kemajuan yang amat cerah dalam negeri.
--------------------------------------- *** --------------------------------------------------
Boleh
tak sesiapa tolong kami kemaskini resume si Dyana pula? Setakat ini,
yang kami tahu calon boneka DAP ini adalah Graduan UiTM jurusan
Undang-undang dan bertugas menjaga bapa cauvinis Cina terulung di tanah
Melayu selama beberapa tahun. Selain itu, YILLEK!
Nasihat
kami kepada Dyana, tariklah diri sementara masa masih ada dan
cepat-cepatlah mendirikan rumah tangga. Nanti kalau sudah ganyut macam
Faekah Husin dan blogger Omakkau, siapa pun tidak mahu pandang lagi.
No comments:
Post a Comment