Dayasaing Global 2014, negara Malaysia meningkat ke tangga ke 12
berbanding tangga ke 15 pada tahun 2013. Ini terkandung dalam Laporan
IMD World Competitiveness Center yang di keluarkan hari ini. Amerika
Syarikat dan Switzerland masih kekal di tangga 1 dan 2.
Prestasi Malaysia dalam 4 faktor dayasaing utama adalah Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan
dan Infrastruktur. Berita ini akan meningkatkan tarikan kepada
pelaburan swasta. Peningkatan pelaburan swasta akan membuka ruang
ekonomi gandaan (economic spin-off) kepada sektor-sektor pembekal,
pemborong dan peruncit. Ini juga akan meningkatkan peluang pekerjaan dan
gaji.
Dalam konteks kecekapan kerajaan menduduki tangga ke 15 dengan komponen utama serta kedudukan seperti berikut:
a. Kewangan Awam - 15
b. Dasar Fiskal - 11
c. Rangka kerja Institusi - 13
Kecekapan kerajaan menduduki tangga begitu tinggi membuktikan integiti
kerajaan amat tinggi. Tuduhan pembangkang yang kerajaan mengamalkan
ketirisan, rasuah dan kronisma adalah tidak berasas.
Kedudukan
negara Malaysia dikukuhkan lagi dengan Laporan Ease of Doing Business
oleh World Bank yang di terbitkan awal tahun ini di mana negara kita
duduk di tangga ke 6 di dunia.
Tak mungkin negara Malaysia mencapai tangga yang tinggi jika kerajaan mengamalkan ketirisan, rasuah dan kronisma.
-DS Husni Hanadzlah-
No comments:
Post a Comment