Tuesday, May 20, 2014

Terkini...Calon BEBAS Bukit Gelugor Dilanggar Kereta Rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang di Hadapan Bangunan DUN Pulau Pinang.













Foto ANTI Semua Salah UMNO - ASSU.

















Foto ANTI Semua Salah UMNO - ASSU.





















Jam 1:00 tengah hari tadi, Abu Backer Sidek, calon BEBAS P.51 Bukit Gelugor telah dilanggar oleh kereta rasmi yang membawa Lim Guan Eng di luar pintu pagar bangunan DUN Pulau Pinang dan kini calon BEBAS itu sedang diberikan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Dalam perkembangan tersebut, Abu Backer yang berada di luar bangunan DUN Pulau Pinang dikatakan berhasrat untuk bersemuka dengan Lim Guan Eng sebaik-baik sahaja Sidang DUN Pulau Pinang berakhir.

Lebih kurang jam 2:00 petang, kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu bergerak ke pintu pagar bangunan DUN. Abu Backer yang berada di luar, terus meluru dan berusaha menahan kenderaan tersebut. Bagaimanapun beberapa anggota keselamatan yang berada di situ, segera menahan Abu Backer Sidek dan cuba menghalangnya daripada mengganggu laluan Ketua Menteri.
Abu Backer enggan berganjak. Pada ketika kereta yang membawa Lim Guan Eng itu melanggarnya, Abu Backer sempat diselamatkan oleh anggota-anggota keselamatan. Beberapa orang saksi menyatakan, Lim Guan Eng yang berada di dalam kereta, kemudiannya mengarahkan pemandunya meneruskan perjalanan dan langsung tidak menurunkan tingkap atau menjenguk Abu Backer. Wajahnya kelihatan selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Perlanggaran tersebut menyebabkan Abu Backer terlentang dan mengalami kecederaan. Sehingga jam 2:40 petang, Abu Backer masih terbaring di atas jalanraya itu. Hanya pada 2:50 petang sahaja, barulah Abu Backer dibawa ke Hospital Pula Pinang untuk diberikan rawatan.

-Tok Guru-

No comments:

Post a Comment