Disebut cerita semasa zaman Nabi Allah Nuh a.s. berlakunya banjir besar di dunia.
Maka
telah diperintah oleh Allah S.W.T. supaya baginda membina bahtera untuk
menyelamatkan orang-orang yang beriman serta haiwan yang didatangkan
secara berpasangan tidak ketinggalan juga benih-benih tumbuhan.
Semasa perlayaran itu, timbulnya masalah, dimana hendak dibuang najis yang semakin banyak di dalam bahtera tersebut.
Maka dengan kuasa Allah diciptakan satu haiwan untuk makan najis tersebut.
Haiwan itu juga dijadikan dari najis.
Untuk mengawal populasi haiwan tersebut maka tugas itu diserahkan kepada harimau.
Ketika harimau memegang punggung haiwan tersebut, maka terkeluar lagi seekor haiwan kecil yang seakan-akan haiwan pertama tadi.
Haiwan yang pertama tadi adalah KHINZIR dan yang kedua itu adalah TIKUS.
Wallahua'alam.
Babi dari segi sains
Babi
dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa
dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan
keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah
digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.
Disebabkan
babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat
kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.
Sebagai contoh, wabak virus Nipah
telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran
Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua
ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama
sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.
Babi
juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia
sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu
menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan
kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan
cacing pita merebak.
Admin: Ini la sebabnya Allah mengharamkan babi kepada manusia ciptaan-Nya. Namun, ada manusia yang degil yang menghalalkan babi..
No comments:
Post a Comment