KUALA LUMPUR 18 Sept - Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani sebentar tadi mengesahkan Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada pagi Selasa ini.
Istiadat itu akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.30 pagi.
Bagaimanapun, Mohamad Munir enggan mendedahkan siapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal dilantik sebagai menteri besar yang baharu itu.
Difahamkan, sumber istana mengesahkan ADUN berkenaan bukan wanita, tanpa menyatakan sama ada beliau dari PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR)

No comments:
Post a Comment