SHAH ALAM: Tan Sri Khalid Ibrahim hanya bersetuju jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor, dedah Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad.
Katanya dengan 'Langkah Kajang' yang diusahakan PKR demi menyingkirkan Khalid dengan meletakkan Anwar bertanding sebelum disekat mahkamah adalah cara untuk mengundurkan Khalid secara sukarela.
"Bagi saya kita tahu yang nak bertanding memang Anwar Ibrahim di Kajang untuk proses permulaan peralihan kuasa.
"Pada waktu itu dalam usaha kita kenapa perlu langkah Kajang kita nak yakinkan Khalid untuk melepaskan jawatannya dan hanya kepada Anwar ibrahim
"Beliau setuju pada waktu itu (kalau Anwar nak ganti jadi MB)," katanya dalam Wacana Sinar: Kerusi Panas MB Selangor.
Kemudian PKR sebulat suara kata Nik Nazmi meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai pengganti Anwar di DUN Kajang setelah mahkamah mengumumkan keputusan Liwat II nya.
Mengulas lanjut beliau menegaskan bahawa pihak istana yang mahu lebih dua nama MB negeri itu dicalonkan bukan bermakna penolakan Wan Azizah seperti yang diperkatakan.
Malah katanya pengalaman Wan Azizah yang dilihatnya sebagai peneraju PKR sejak 1998 adalah bukti beliau mampu menerajui negeri itu sekaligus menggantikan Khalid.
"Istana tidak menolak Kak Wan tidak ada kenyataan dan mana- mana keputusan itu yang fakta perlu dijelaskan.Hanya mintak nama lagi. Soal siapa suami dia hakikat yang sudah ada," kata beliau.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur PKR dan DAP kerana berdegil untuk hanya mencalonkan Wan Azizah sungguhpun baginda memohon lebih daripada dua nama bagi membolehkan calon paling sesuai dipilih.
Khalid dipecat setelah enggan memberi laluan kepada Wan Azizah untuk mengambil alih jawatan MB.
Sultan Sharafuddin meminta Khalid untuk terus kekal sebagai MB sehingga seorang calon baru daripada Pakatan Rakyat di perkenan oleh baginda.
-antarapos-
No comments:
Post a Comment