SEBELUM itu penulis nak katakan, sekarang
 ini Anwar dan kuncu-kuncunya sedang cuba alih isu Menteri Besar 
Selangor dengan bangkitkan gerakan anti Akta Hasutan.
Sebab itulah Anwar tak komen langsung 
pasal keputusan PAS untuk letak calon dari kalangan ADUN mereka sendiri –
 walhal itulah yang penyokongnya tunggu sangat-sangat.
Memang isu Menteri Besar Selangor dan 
‘pengkhianatan’ yang dilakukan PAS terutama oleh Presidennya Hadi Awang,
 benar-benar buat Anwar sakit kepala, oleh yang demikian Anwar guna 
taktik biasa – divertion
Apa pun, kegopohan Anwar untuk menamakan 
bininya sendiri bagi jawatan Menteri Besar Selangor, sudah benar-benar 
makan diri.  Penulis boleh katakan, pada saat ini, tak siapa nampak 
dimana peluang Azizah nak jadi Menteri Besar bila lebih dari satu nama 
sudah dalam pertimbangan Istana.
Tujuan sebelum ini ialah untuk tidak beri
 Istana pilihan, sebab itu pakat-pakat letak nama bini Anwar seorang, 
tapi dengan PAS sudah mula tunjuk belang, perkara itu (bini sebagai 
calon tunggal), nampaknya semakin kelam.
Sejak PAS mula buat hal di Selangor, DAP 
pun sudah mula jauhkan diri sebab jaminan DAPlah dulu yang menyebabkan 
pengundi cina beri sokongan kepada calon-calon PAS – bukan sahaja di 
Selangor tapi juga di seluruh Malaysia.  Hanya masa sahaja yang akan 
menentukan sebelum kredebiliti DAP pulak jadi persoalan di kalangan 
pengundi tradisi mereka, sebab itu DAP all out isu PPS di Pulau Pinang.
Pendek kata, masing-masing PKR dan DAP 
sedang mula main divert-divert isu sebab cerita lantik bini sebagai MB 
Selangor ini; macam yang disebut awal-awal tadi sudah mula makan diri.
Dalam masa yang sama, apa yang boleh 
Anwar buat untuk halang Istana dari ambil kira pencalonan PAS sebab 
awal-awal dulu Anwar dah sahkan bahawa PAS adalah sebahagian dari 
pakatan politik yang bentuk kerajaan di Selangor.
Mungkin ada yang kata, perkara ini mudah 
diselesaikan – singkirkan PAS dari Pakatan Rakyat, macam Anwar singkir 
Khalid Ibrahim dari PKR sebab taknak bagi jalan kepada bininya jadi MB. 
 Dengan itu, pencalonan yang dihantar PAS kepada Istana Selangor tidak 
sah kerana bukan lagi sebahagian dari pakatan itu.
Tapi Pakatan Rakyat bukan komponen 
politik berdaftar.  Kalau singkirkan PAS pun nak ikut saluran apa? 
 Kalau ada surat, nak pakai kepala surat mana?
Inilah padahnya bila guna nama yang tidak didaftarkan.  Lama dulu dah cakap, tapi buat-buat pekak.

No comments:
Post a Comment