Wednesday, September 10, 2014

Langkah Kajang Punca Kekejangan Politik Selangor

Oleh Riana Abd Aziz

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1Krisis jawatan Menteri Besar Selangor nampaknya makin kusut simpulnya. Ingatkan episod ini bakal berakhir dan jalan buntu mula tenang bila Tuanku Sultan dengan hemahnya bertitah agar setiap parti dari pakatan menghantar senarai nama lebih dari dua nama untuk dipilih oleh Baginda Tuanku. Rupanya makin kejang sebaik sahaja masing-masing mula menghantar nama.

Pkr kelihatan agak kelam kabut kerana terpaksa menghantar dua kali nama calon yang sehingga kini berjaya disembunyikan apa sebabnya dan siapakah nama-nama tersebut.



Dap setelah menghantar nama, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng siap mengadakan sidang media bagi menyatakan bahawa mereka telah menghantar nama seperti yang diminta oleh Tuanku Sultan Selangor. Dap juga berjaya menyepikan diri tanpa wujudnya spekulasi siapakah calon yang dihantar oleh mereka.

Pas, seperti biasa, penuh dengan dramatik. Belum pun masuk hari kedua selepas menghantar nama calon. Pelbagai cerita panas mula kedengaran. Sehinggakan menimbulkan kekeliruan kepada ahli Pas sendiri. Siapa tidak loya tekak bila Setiausaha Agung PAs, Mustafa Ali mengeluarkan kenyataan bahawa Pas hantar tiga nama, termasuk satu darinya adalah dari parti Pas.

Membingungkan bila Hadi Awang sebagai Presiden Parti menjelaskan bahawa Beliau bertanggungjawab dan berkuasa penuh dalam isu ini dan tidak mengiyakan atau menafikan siapa tiga calon tersebut. Ada tohmahan mengatakan bahawa Hadi Awang menghantar senarai nama calon yang terdiri dari semua Exco Pas yang dilantik oleh Khalid Ibrahim baru-baru ini. Bila ditanya dalam satu temuramah oleh stesen TV3 semasa selesai memberi kuliah di Masjid Rusila, Hadi Awang mengatakan ianya urusan sulit dan minta semua pihak bersabar.

Namun, sehari selepas itu, Hadi Awang mula mengadakan dialog terbuka dengan pemimpin-pemimpin Pas tempatan di Rusila, Terengganu dan menjelaskan panjang lebar tentang kemelut di Selangor serta menegaskan sekali lagi bahawa kenapa beliau tidak menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Kesan dari penjelasan dari Hadi Awang tersebut maka bersambung semula ‘kepanasan’ dalaman antara penyokong golongan ulama dan kumpulan Anwarinas di dalam Pas. Paling memalukan, dakwaan kewujudan PasMa, NGO yang kononnya ditubuhkan untuk menyokong Pas bakal digunakan sebagai ‘vehicle’ baru dalam usaha menggantikan Pas dalam ikatan pakatan pembangkang.

Walaupun dilarang keras agar jangan sesekali ahli Pas menjadi ahli PasMa, malam tadi adalah jawapan atau isyarat jelas bahawa sebilangan pemimpin Pas bersama penyokongnya tetap degil dengan mengadakan dialog atas nama PasMa bertajuk “Pas Campur UMNO, Kemana Halatuju?”.
Kenapa buat dialog yang bersangkutan dengan Umno sedangkan krisis dalaman Pas ini antara golongan ulama dengan kumpulan Anwarinas?

Mat SabuJawapannya amat mudah, kumpulan Anwarinas cuba mengalihkan pandangan ahli Pas bahawa kononnya ada usaha yang begitu serius ingin membawa Pas untuk bersama Umno dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan di Selangor dan usaha itu datangnya bukan dari kumpulan Anwarinas.

Kumpulan Anwarinas ingin meletakkan kesalahan pada bahu Presiden Parti dan Dewan Ulamak yang tidak menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Di masa yang sama, Anwarinas cuba lepaskan diri dari menjadi kumpulan yang membelot untuk tidak menyokong apa juga keputusan dari Presiden Parti dan Majlis Syura Ulamak Pas
Hadi Awang sendiri mengakui di majlis dialog beliau kelmarin bahawa segala permasaalahan yang timbul adalah dari rakan sekutu mereka namun Pas terkena tempias dari krisis ini hingga mencemarkan nama baik parti Pas itu sendiri.


Penghinaan yang Pas terima bukan setakat di label Parti U-Turn, tetapi nampaknya Langkah Kajang sebenarnya Langkah Kejang bagi Pas dan Langkah Songsang bagi Hadi Awang untuk terus kekal menjadi Presiden Parti buat sepenggal dua lagi.


-nblo.gs-

No comments:

Post a Comment