Friday, June 20, 2014

Isu Raja Berperlembagaan.


Semalam ada orang tanya saya, apa fungsi raja dalam kehidupan seharian kita?

Saya kata TAK ADA FUNGSI.
==========================================================================

Lepas tu dia kata lagi, kalau camtu kita pi hapus je lah raja-raja ni.

Saya kata tak boleh bro.....

Pasal apa pulak?


Pasal, fungsi Raja ni masih ada walaupun ia tidak wujud dalam kehidupan seharian kita.
Fungsinya wujud bila ia melibatkan perundangan, perlembagaan dan juga kuasa eksekutif, legislatif serta kehakiman.

Kuasa sebenar raja amat diperlukan bilamana berlakunya perbalahan yang besar antara para ahli dewan bersidang tak kira dewan Parlimen waima dewan negeri.

Kuasa sebenar raja juga amat diperlukan bila ia melibatkan perundangan negara, perlembagaan dan juga agama serta hak-hak asasi orang Melayu.

Katalah, ada bangsa lain yang nak naik jadi Perdana Menteri. Nak tak nak dia kena menghadap raja dan mendapat perkenan raja juga. Katalah si bangsa lain itu adalah kiasu. Dengan budi bicara raja, maka si kiasu itu mungkin akan ditendang daripada menjadi Perdana Menteri. Alamatnya selamatlah kita daripada sifat kiasu dia.

Katalah pula Perdana Menteri dah dilantik dan dia bukan bangsa Melayu dan bukan berugama Islam. Maka sudah pasti ada sifat mahu menghapuskan kuasa Melayu dan melemahkan pengaruh Islam dalam negara ini kerana negara ini majoritinya Melayu dan Islam. Jadi si PM itu terpaksa mengubah perlembagaan. Bila dia nak ubah apa sahaja perlembagaan, bila ia membabitkan 3 perkara, Agama, Bangsa (termasuk bahasa) dan kuasa Raja, maka dia harus bersemuka dengan Raja / Sultan. Disini dengan kuasa dan budi bicara Majlis Raja-raja, kita akan terselamat daripada ancaman tersebut.

Katalah ada pula puak-puak pengganas nak masuk negara kita dan buat serangan terhadap negara. Sudah pasti penyerang ni akan meresapi angkatan tentera dan polis kita. Sebab serangan daripada dalam lebih mudah daripada berhadapan di luar. Jadi, kuasa pertahanan pertama kita sudah pasti daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sendiri yang mana mereka ini terima arahan daripada Rejimen Askar Diraja Melayu (RAMD) yang mendapat arahan terus daripada Agong. Disitu kuasa Sultan digunapakai untuk mengisytiharkan darurat, mengarahkan perang, membela nasib rakyat, mempersetujui perjanjian atau gencatan senjata.

Katalah ada yang nak tuntut penggunaan kalimah ALLAH digunapakai dalam semua agama atau nak digunapakai dalam mana-mana kitab selain kitab orang Islam, maka disini ia harus dibawa ke Mahkamah Syariah dengan enakmen agama dan dengan atau tanpa persetujuan Sultan, maka perundangan itu tidak boleh diubah atau dipinda. Katalah ada orang nak melemahkan kuasa Majlis Agama Islam Negeri, maka ia harus berhadapan Sultan dahulu sebelum urusan itu diluluskan atau dinafikan.

Bila ada hal-hal melibatkan bangsa Melayu, tanah orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Islam sebagai agama rasmi negara, hal-hal melibatkan agama Islam, hal-hal melibatkan perundangan dan perlembagaan, maka ia harus melibatkan kuasa raja-raja.
==========================================================================

Okay, kawan saya tu berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Pastu dia tanya lagi....

Habih tu sekarang ni yang kita tau Sultan dan Raja tu sebagai payung agama dalam negara. Tapi apa pasal aku tengok banyak je sultan kaki mabuk, kaki perempuan, kaki judi dan lain-lain maksiat lagi?

Ni aku jawab....

Katalah tiba-tiba hujan lebat kat luar sana. Hang tengah nak jalan dengan kawan hang pergi market. Pastu hang ada payung sebijik. Masalahnya payung tu dah koyak rabak dan compang camping. Hang nak ke pakai payung tu?????
==========================================================================

Fungsi Sultan dan Raja sekarang ini tak lebih daripada yang disenaraikan di atas. Kalau ada pun selain yang itu, maka ia melibatkan hal-hal diplomatik dan legasi yang mana ia tak ada kaitan langsung pun dengan rakyat.

Sekarang ini, fungsi Sultan dan Raja sudah banyak disalahguna oleh Sultan dan Raja itu sendiri. Sebab itu Sultan dan Raja itu sendiri tak ada Daulat. Tengok la sana sini rakyat duk kutuk Sultan dan Raja, rileks je tak ada lagi yang muntah darah.

Dulu-dulu zaman Sultan Alauddin Riayat Shah, kau kutuk sultan makan gelojoh je pun kau dah boleh muntah darah tau walaupun kau cuma bercerita dgn kawan-kawan dalam kedai kopi.
Jadi, kalau sultan tu kaki mabuk, kaki perempuan waima kaki judi sekalipun, jangan kita pi ikut depa. Memang berdosa besar kalau kita ikut depa buat sama mungkar tu.

Kita nak hapus kuasa Sultan / Raja ni memang tak boleh sebab bila kita hapus, lagi cepat la musnah hala tuju dan jati diri orang Melayu dalam negara ni. Tak lama lepas musnah tu kita akan jadi bangsa yang terbuang serta tiada asal usul.

Pasal payung agama tu, maksud dia cuma fungsi Sultan dalam institusi perlembagaan yang melibatkan agama sahaja. Kalau nak suruh para Sultan / Raja ni bagi ceramah atau kuliah Tasauf, aku rasa sekerat dua je yang reti.....
==========================================================================

Siapa payung agama kita sekarang????

TAK ADA !

Sebab apa?

Sebab, Nabi dah kata.... di akhir zaman nanti kalau keluarnya fitnah dajjal, kamu harus menjadi hujjah bagi diri kamu sendiri.

Maka, kitalah yang menjadi payung kepada agama diri kita sendiri.
Kalau nak harap payung agama yang lain, ia hanya boleh berfungsi dalam keadaan tertentu sahaja.
==========================================================================

Begitulah nasib kita bangsa Melayu yang terpinggirkan.

Sedangkan raja-raja pun berkahwin campur dengan bangsa bukan Melayu, mana tak hilangnya jati diri Melayu dalam rakyat jelata sendiri ???

Fikir-fikirkan dan selamat beramal....



p/s: Bukan bererti saya menentang Sultan dan Raja, tetapi ini realiti serta hakikinya !




-bradokapak-

No comments:

Post a Comment